Capcom telah melancarkan sebuah trailer baru Monster Hunter Stories 2: Wings of Ruin semasa di Monster Hunter Digital Event. Di dalam trailer tersebut, mereka telah mengumumkan Monster Hunter Stories 2 akan dilancarkan pada 9 Julai 2021! Seperti permainan sebelum ini, Stories 2 berkonsepkan RPG, dimana pemain akan bertarung dengan monster.
Lilia dan Reverto kembali
Trailer baru telah mendedahkan dua watak dari permainan sebelum ini, iaitu Lilia dan Reverto akan bersama-sama Hunter. Tetapi selepas beberapa acara, pemain akan bekerjasama dengan Reverto dalam pengembaraan dan melawan segala ancaman. Sekumpulan Rider misteri turut hadir untuk menangkap Ratha dan menganggu perjalanan anda.
Membentuk hubungan bersama monster
Di dalam permainan baru ini, anda dapat membentuk hubungan dengan monster melalui “Kinship Skill”. Antara monster yang boleh anda membentuk hubungan seperti Glavenus, Gammoth, Tobi-Kadachi dan Bazelgeuse,
Sistem turn-based yang mencabar
Tambahan pula, trailer ini turut memfokuskan sistem pertempuran permainan. Monster Hunter Stories 2 menggunakan sistem turn-based battle dengan penambahbaikan untuk pemain, supaya mereka memiliki pelbagai cara untuk melakukan strategi semasa bertarung. Dengan mengetahui sifat musuh, serta memilih kelebihan elemen dan senjata, anda pasti dapat menumpaskan musuh yang lebih kuat.
Tiga jenis serangan baru
Di dalam permainan ini, terdapat 3 jenis serangan baru diperkenalkan, iaitu Power, Speed dan Technical. Jenis serangan ini boleh dipilih semasa pertempuran seperti permainan sebelum ini. Anda boleh mengenal pasti corak serangan monster dengan memahami cara lawan musuh. Setiap jenis serangan mempunyai kelemahan dan kekuatannya tersendiri, seperti contoh Speed boleh mengalahkan Power, Technical boleh mengalahkan Speed, dan Power boleh menewaskan Technical. Serangan monster tidak terhad kepada satu corak sahaja, tetapi akan berubah mengikut situasi.
Double Attack
Jika anda dan Monstie memiliki jenis serangan yang sama dan menang Head-to-Head, pemain boleh melakukan Double Attack. Serangan ini akan memberikan lebih banyak damage dan mengisi Kinship Gauge jika pemain memenangi Head-to-Head.
Breaking Parts
Dengan mematahkan bahagian utama Monster dapat menjatuhkan atau menghentikan mereka dari melakukan sebarang aksi, akan memberikan pemain kelebihan dalam pertempuran. Anda juga akan mendapat material berkualiti tinggi yang boleh digunakan untuk meningkatkan kelengkapan. Setiap senjata mempunyai kelebihan tersendiri, seperti slashing, blunt atau piercing. Keberkesanan ini bergantung kepada bahagian monster yang mereka akan lawan. Dengan menukar senjata yang mempunyai kelebihan keatas bahagian monster, anda boleh mematahkan mereka dengan lebih mudah.
Kinship Gauge
Kinship Gauge diisi oleh pemain bersama Monstie mereka selepas setiap pertarungan. Anda boleh menggunakan Kinship Charge untuk melakukan serangan biasa atau Kinship Skill, yang boleh menghasilkan damage yang hebat keatas monster.
Beberapa skil senjata untuk Rider dan skil Monsties boleh menyebabkan perubahan status atau menghalang serangan monster. Pastikan anda tahu skil apa yang anda gunakan untuk dijadikan sebagai kelebihan dalam pertempuran.
Kinship Gauge boleh digunakan dengan pelbagai cara, seperti melakukan Double Attack bersama Monstie untuk menghalang musuh dari membalas serangan anda. Ia juga boleh digunakan untuk membuat serangan maut pada masa yang tepat.
Battle Buddies
Battle Buddies adalah karakter yang akan bertarung bersama anda semasa pengembaraan. Jika Monstie anda mempunyai Battle Buddy, ia akan menyertai pemain dalam pertarungan dan menjadikan empat karakter yang akan berlawan bersama.
Multiplayer
Di dalam Multiplayer, anda boleh berhubung dengan pemain serata dunia! Bekerjasama dengan mereka di Co-Op Expedition Quest atau bertarung bersama mereka di Versus Battles.
Tambahan ciri baru pada senjata
Gunlace memberikan pemain mengumpul ammo setiap kali serangan. Serangan biasa tidak memberi kesan yang banyak untuk mengecas Kinship Gauge, tetapi dengan menggunakan ammo untuk membuat skil dan menang Head-to-Head dapat mengisi Kinship Gauge anda lebih efektif. Apabila Kinship Gauge anda penuh, pemain boleh melakukan Wyvern’s Fire, iaitu serangan terkuat yang akan menghasilkan lebih banyak damage keatas musuh.
@gamersantaimy
Discussion about this post