Kita hari ni dapat inteview bersama James Nadiger iaitu Pengarah Naratif dalam Far Cry New Dawn, yang kita telah bertanyakan apa yang isi kandungan dalam Far Cry New Dawn yang akan dikeluarkan pada 15 February 2018.
Kita bertanyakan yang adakah Far Cry New Dawn ini adalah expansion baru dalam Far Cry 5 ataupun Game baru dalam Far Cry? James Nadiger yang berkata Far Cry New Dawn adalah sambungan kepada Far Cry 5 yang selepas letupan di Hope County dan ianya membawa 17 tahun kemudian selepas berlakunya letupan di Hope County. Jadi James menjelaskan yang ada puak yang jahat iaitu Highwaymen yang di ketuai oleh Mickey dan Lou iaitu adik beradik perempuan yang dikatakan sadistik dan kejam.
Untuk pengetahuan korang ini bukan seperti Blood Dragon yang ada di Far Cry 3 tetapi adalah sekuel untuk kali pertama dalam franchise Far Cry. Kemudian sabungan James Nadiger kata apabila selepas Far Cry 5 yang berakhir dengan letupan, dan mereka mahu cari jalan untuk sambungan selepas Far Cry 5 dan apa senario terbaik untuk Far Cry New Dawn. Mereka mencadangkan dunia selepas letupan itu berlaku. Kemudian kita akan dapat companion dan kita akan dapat Far Cry 5 companion dan korang ada gun for hire untuk korang membantu dalam dalam Prosperity.
Mesti korang tetanya, adakah Joseph Seed akan jadi musuh kita taupun kawan kita? James berkata walaupun Joseph adalah ketua kepada New Eden yang menolak semua jenis teknologi dan James tidak boleh beritahu, tetapi apa yang boleh diberitahu adalah musuh sebenar adalah adik beradik perempuan Mickey dan Lou. Jadi yang membezakan New Dawn dengan Far Cry 5? Well, Far Cry 5 yang ada Hope County dan Far Cry New Dawn ada Prosperity yang memang akan jadi tempat yang penting dalam New Dawn.
New Dawn yang memperkenalkan RPG yang agak ringan dalam New Dawn, untuk pengetahuan korang, dalam ni korang tak boleh beli barangan dalam game untuk beli senjata tetapi korang hanya boleh buat scavenging untuk improve weapon atau buat weapon sendiri. Jadi ianya adalah salah satu elemen yang terbaik dalam New Dawn. Untuk pengetahuan korang, kalau korang nak amik outpost, dan korang kena ada Ethanol iaitu untuk akan buat elektrik, api dan banyak lagi! Tetapi kalau Ethanol dah habis, outpost yang korang jaga tu akan ditinggalkan dan Highwaymen akan datang kembali ke outpost yang ditinggalkan dan improve lebih baik untuk menjaga Outpost itu.
Oh untuk pengetahuan korang, Size New Dawn yang agak besar dan meluas sebenarnya. Dalam game ni korang akan tahu yang sejarah Mickey dan Lou, korang akan dapat sejarah diorang dan korang dapat kupas, satu per satu dalam game ini. Korang juga akan dibantu oleh Tim, Rush, Carmina dan Nick! Untuk pengetahuan korang, Highwaymen yang menjadi puak yang jahat, tetapi Highwaymen ada banyak jenis seperti geng-geng motor yang menjadi masalah dalam game itu tersebut.
Ok, korang mesti excited kan? James Nadiger berkata Far Cry New Dawn akan dikeluarkan pada 15 Februari 2019 dan akan available di PC, PS4, dan Xbox One! Untuk lebih lanjut boleh pergi Website mereka! Terima kasih kepada Ubisoft kerana sponsor kami dan memberi peluang untuk menghadiri TpGS 2019!
@gamersantaimy
Discussion about this post