Game mobile Tower of God: New World telah pun dilepaskan pada hujung Julai yang lalu. Rasanya ramai antara anda telah mencuba untuk naik ke level Tower yang lebih tinggi. Kami telah berpeluang untuk menemu ramah Direktor projek, Jeong Eon-San dan Direktor seni Kim Yong-Won untuk game tersebut. Tanpa membuang masa, berikut adalah hasil temu ramah kami!
Proses seni dan animasi Tower of God: New World
Gaya seni dalam New World kelihatan sedikit berbeza daripada manhwa dan anime. Apakah elemen seni manhwa yang pasukan ingin tekankan dan terokai?
Kim: Kami meletakkan banyak tenaga untuk menampilkan animasi berkualiti tinggi. Biasanya, dalam peringkat pra-produksi, ramai pembangun akan menggunakan rujukan bertulis sebagai alat bantu visual mereka, tetapi untuk Tower of God: New World, kami bekerjasama dengan bakat yang pakar dalam melukis papan cerita animasi untuk projek. Dengan menggunakan proses ini, kami dapat mengekspresikan cutscene skill dengan lebih jelas dan dinamik.
Selain itu, animator pernah bekerja secara manual, namun kami menggunakan motion capture untuk meningkatkan realisme pengeluaran animasi kami. Dengan banyak percubaan dan kesilapan untuk mengatasi cabaran, kami akhirnya bersedia untuk menunjukkan cutscene animasi berkualiti tinggi kami.
Sejauh mana cerita game akan mengikuti progress manhwa?
Kim: Kisah musim pertama akan diliputi dalam Tower of God: New World selepas pelancaran. Kebanyakan event utama akan dipaparkan dalam cutscene cerita dan melalui perbualan dalam game. Sesetengah pemain mungkin fikir kami tidak mengadaptasinya dengan cukup, memandangkan musim ketiga masih bersiri. Tetapi daripada mengejar cerita dengan tergesa-gesa, kami lebih suka tumpuan lebih pada kualiti animasi kami supaya pemain dapat menikmati pengalaman sepenuhnya dan diserapkan dalam game.
Adakah adegan cerita dalam game mempunyai alih suara penuh?
Kim: Kami menyediakan alih suara penuh dalam bahasa Inggeris, Korea dan Jepun.
Mengenai Webtoon & Gameplay
Dengan Webtoons mendapat lebih banyak projek seperti game, anime dan game, adakah anda rasa Webtoons boleh menjadi lubuk IP besar?
Jeong: Komik web sentiasa menunjukkan nilai, dan kami percaya ini akan berterusan. IP Tower of God: New World juga sangat popular dalam kalangan peminat, dan kami berhasrat untuk memberikan keseronokan kepada pemain melalui naratif unik dan cerita mendalam pada setiap watak daripada komik web asal.
Memandangkan Tower of God: New World menceritakan semula kisah Webtoon asal, bagaimana anda seimbangkan kisah tersebut untuk peminat lama serta individu baharu yang mengalami kisah Bam dan Tower untuk kali pertama?
Jeong: Kami memberi tumpuan untuk kekal setia kepada webcomic asal, mengikut kebanyakan tema dan watak utama. Walaupun kami sedang membangunkan cerita autentik kami sendiri untuk game itu, kami cuba untuk kekal setia kepada sumber asal. Kami berharap pemain akan menikmati jalan cerita baharu, walaupun ini kali pertama mereka dengan IP Tower of God.
Sistem Shinsu Link sangat berguna untuk mereka yang tidak mempunyai masa untuk naikkan level untuk watak-watak. Boleh terangkan sedikit mengenai sistem tersebut?
Jeong: Sistem Shinsu Link ialah cara untuk mengembangkan slot yang akan digunakan dalam battle. Dalam game genre koleksi lain, pemain biasanya perlu mengembangkan setiap watak dengan sendiri.
Kami membangunkan sistem baharu ini kerana jika perkembangan terikat pada setiap watak individu, bilangan watak yang perlu anda tingkatkan akan terus bertambah secara eksponen semakin lama game itu beroperasi. Itu boleh memberi kesan negatif kepada keseluruhan kitaran game untuk pemain, jadi kami membangunkan sistem Shinsu Link untuk memudahkan keseluruhan proses.
Pemain boleh meningkatkan Shinsu Link melalui sistem Gacha. Tidak kira watak apa yang mereka perolehi, mereka akan menerima Soul Crystal mengikut birth grade. Pemain boleh menggunakan Soul Crystal untuk meningkatkan gred watak, dan level boleh dinaikkan dengan menggunakan material yang diperoleh melalui battle. Watak akan ditetapkan mengikut gred dan level Shinsu Link, membolehkan pemain memanfaatkan pelbagai watak yang dikumpul mereka.
Banyak game yang menggunakan elemen MMO memakan masa yang lama apabila dimainkan, apakah sebab anda memilih elemen idle untuk Tower of God: New World?
Jeong: Terdapat elemen idle tetapi ia bukan game genre idle. Kami menyediakan sebahagian fungsi idle hanya untuk kemudahan. Kami fikir kami boleh meringankan beban pemain untuk grind berulang kali apabila mereka terperangkap di level tertentu. Kami menyediakan keupayaan idle sebagai ganjaran rehat supaya pemain boleh memberi lebih tumpuan untuk menyerang level itu sendiri.
Bagaimana pasukan mencari keseimbangan antara membuat game sepenuhnya auto dan memberikan pemain untuk mengawalnya?
Jeong: Adalah mustahil untuk pemain memanipulasi watak secara langsung, tetapi mereka boleh terlibat dalam battle strategik dengan menggunakan penempatan watak. Kami mereka bentuk sistem melalui simulasi berterusan, menjadikan pelbagai pembolehubah muncul mengikut susunan pertempuran dan menguji keputusan yang berbeza bergantung pada watak yang diletakkan setiap kali. Pemain juga boleh mempertimbangkan Elemen watak; mereka boleh meningkatkan kuasa serangan dan memperoleh kesan Buff tambahan untuk pasukan mereka apabila mereka meletakkan tiga atau lebih watak Elemen yang sama.
Netmarble pernah melepaskan Ni No Kuni Cross Worlds sebagai game biasa sebelum memasukkan mekanik NFT selepas itu, adakah Tower of God: New World akan menerima sesuatu yang sama?
Jeong: Tiada ciri-ciri blockchain yang dirancang untuk Tower of God: New World.
Soalan bonus! Siapakah Puteri Zahard kegemaran semua orang?
Jeong: Endorsi Zahard merupakan salah satu watak kegemaran saya. Walaupun mempunyai sifat seperti idol, dia boleh menjadi seseorang yang dingin tetapi mempunyai sisi yang lembut pada masa yang sama.
Dengan soalan terakhir dijawab oleh Jeong Eon-San, maka berakhirlah temu ramah ini. Terima kasih banyak-banyak kepada Jeong Eon-San dan Kim Yong-Won kerana sudi menjawab persoalan kami mengenai game Tower of God: New World. Kalau anda masih belum mencubanya, bolehlah lawati kedai aplikasi masing-masing dan mulakan pengembaraan anda! Untuk membaca temu ramah lain daripada kami, boleh klik pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post