Fairy Tail merupakan salah satu anime terbaik yang ditayangkan! Beribu-ribu peminat anime suka adaptasi siri-siri dari manga Hiro Mashima. Yang pastinya genre paling menarik adalah berkaitan kuasa sihir, pengembaraan dan komedi! Jadi serba sedikit plot dari manga ini mengisahkan tentang Lucy Heartfilia (ahli sihir pengembara) yang bertemu Natsu Dragneel (ahli sihir yang mencari ibubapa angkatnya), Naga yang bernama Igneel dan kawan baiknya Happy (kucing berwarna biru yang boleh terbang dan bercakap).
Sejurus selepas perjumpaan mereka, Lucy dicuik oleh Bora of Prominence yang menyamar sebagai Salamander Fairy Tail, untuk dijual sebagai hamba. Natsu menyelamatkan Lucy dan membocorkan rahsia Bora sebenarnya bukan Salamander tetapi adalah dia dan mempunyai skil Dragon Slayer salah satu kuasa ‘Lost Magic’. Lepas tu, Natsu mengajak Lucy untuk bersama pasukanya dan bermulalah pengembaraan mereka menyelesaikan lebagai misi yang ditawarkan kepada Guild Fairy Tail.
Kita beralih semula dengan tajuk utama kita, siapa sebenarnya ahli sihir paling kuat dalam siri anime dan manga Fairy Tail ni? Jadi ini hanyalah hasil keseluruhanya, mungkin jika ketinggalan watak yang lebih kuat mohon maaf jika terlepas pandang. Jom lihat senarai ini!
Zeref Dragneel
Rasanya memang ramai bersetuju terutama peminat Fairy Tail bahawa Zeref adalah ahli sihir Black Arts yang paling kuat! Merupakan abang kepada Natsu Dragneel, dia terlalu kuat sehingga tidak mampu mengawal kuasanya sendiri! Kuasa abadi membawanya kependirian yang lain dari yang lain. Dengan menguasai semua Sihir Black Arts dan mencipta pelbagai makhluk seperti Deliora, Mard Geer dan Nirvana.
Kehebatanya bukan setakat untuk Dark Magic, Living Magic dan Black Arts, tetapi Black Magic Zeref yang paling digeruni dan boleh membawa mati! Tapi jangan risau Zeref takkan mati sebab dia ada kuasa abadi. Tak habis disini, Zeref juga mempunyai sihir kembalikan masa selepas memiliki Lumen Hostoire (Fairy’s Heart). Memandangkan semua aspek ini dikelilingi dalam diri Zeref, sudah semestinya dia adalah ahli sihir terkuat dalam Fairy Tail!
Acnologia
Dilahirkan lebih 400 tahun yang lalu, selalu dilihat dalam formasi manusia. Dia mempunyai kekuatan untuk berubah kepada Black Dragon of the Apocalyps. Memang hebat menggunakan kuasa sihir Dragon Slayer . Bukan sahaja kuat dalam bentuk manusia, tetapi bila menjadi naga yang besar, anda boleh bayangkan sendiri berapa besar kerosakan yan Acnologia mampu lakukan!
Zeref sendiri agak gentarkan Acnologio, sebab dia juga pernah mengalahkan God Serena (merupakan top 10 ahli sihir terkuat dalam dunia Fairy Tail juga mempunyai 8 Dragon Lacrima ditanam dalam badanya) dengan hanya menghayunkan tanganya! Kuasa sihir memang tiada fungsi untuk menentangnya, sebab itulah dia menjadi yang kedua terkuat dalam senarai ini!
Irene Belserion
Merupakan ahli Springgan 12 of Alvarez Empire, Irene Belserion juga dikenali sebagai Ratu Naga dan ‘Scarlet Despair’. Ibu kepada Erza Scarlet dan pencipta Sihir Dragon Slaying! Dia mencipta sihir tersebut untuk membantu naga yang tinggal bersama manusia dan juga untuk mengajar manusia supaya mereka boleh membunuh naga yang menentang manusia.
Irene ternyata ahli sihir wanita yang paling kuat di dalam Fairy Tail, dia juga satu-satunya dalam Springgan 12 yang berjaya memusnahkan August. Siap dapat pujian dari si raja naga kita Acnologia! Kuasa sihirnya yang popular adalah Perubahan ke Naga, bila dah jadi naga tu memang dia lah yang paling kuat! Juga kuasa Universe One yang membenarkan dia membawa sesiapa sahaja ke mana-mana.
August
August merupakan jeneral dan ahli lelaki paling kuat di Spriggan 12 Alvarez Empire, juga merupakan pelindung bagi Maharaja Spriggan. Dikenali sebagai Raja Ahli Sihir kerana penguasaannya dengan sihir yang tidak terhitung dari seluruh dunia “Bencana” (Saigai) kerana kekuatannya yang tak tertandingi.
Walaubagaimanapun, sekuat mana kuasanya untuk ahli Spriggan, Irene lebih kuat berbandingnya. Kekuatannya ketika berperang sehingga begegar Bumi dan Langit. Dia begitu cepat sehingga mampu meramalkan gerakan lawan dan dengan mudah mengalahkan Cobra. Dia juga tahu sihir salin dan boleh menggunakannya seketika untuk membatalkan sihir lawannya. Ars Magic (Serangan Bunuh diri) sangat dahsyat sehingga dapat memusnahkan keseluruhan Fiore.
Natsu Dragneel & Gray Fullbuster
Kedua orang ini sering bersaing sesama sendiri tidak kira dalam lisan ataupun fizikal. Natsu mempunyai kuasa sihir Api Naga yang mencairkan musuh dan Gray menggunakan kuasa Ais nya untuk membekukan musuh! Walaupun Natsu sebenarnya lebih kuat dari Gray, tetapi Gray bila mengunakan kuasa sihir Ice Demon Slaying nya, kuasa nya jadi tidak terbatas!
Gabungan Natsu dan Gray boleh memusnahkan segerompolan tentera ahli sihir! Setelah menjalani latihan sengit selepas pembubaran kesatuan Fairy Tail, kuasa mereka berjaya mencapai tahap yang lain, bahkan melampaui Gildarts sendiri. Jadi jangan lah cari pasal kalau mereka berdua bergabung!
Jadi sampai disini kami kongsikan. Jangan lupa banyak lagi watak dalam Fairy Tail yang kuat seperti Mavis Vermillion, Erza Scarlet, Lucy Heartfilia dan ramai lagi! Sesiapa yang tak pernah tengok anime Fairy Tail, korang wajib tengok okay sebab ini memang anime dan manga yang awsome!
Sumber: Fandom
@gamersantaimy
Discussion about this post