Samsung Electronics Co., Ltd. hari ini melancarkan Galaxy Note10, sebuah telefon pintar premium baru yang menggabungkan reka bentuk elegan dengan prestasi dan alat produktiviti yang kuat untuk membantu pengguna memanfaatkan setiap saat masa mereka.
Ini adalah spesifikasi asas:
Performance | Octa core |
Display | 6.3″ (16 cm) |
Storage | 128 GB |
Camera | 12MP + 12MP + 16MP |
Battery | 3500 mAh |
Ram | 8 GB |
Launch Date | August 7, 2019 (Official) |
Galaxy Note10 lebih murah daripada yang disangkakan memandangkan ia mempunyai base storage 256GB yang lebih besar. Pada harga RM3,699, ia adalah harga yang sama seperti Galaxy S10+ (128GB) dan Galaxy Note9 (128GB) pada masa pelancaran. Galaxy Note10 adalah telefon pintar Note terbaru buat masa ini dan untuk tambahan RM500, anda akan mendapat telefon pintar dengan skrin dan bateri yang lebih besar.
Dari apa yang kita dapat lihat, Galaxy Note10 datang dengan paparan 6.3 “Full HD+ dan dikuasakan oleh bateri 3,500mAh serta dilengkapi dengan Triple-Rear Camera yang sama seperti Galaxy S10.
GALAXY NOTE10 PRE-ORDER
Galaxy Note10 dan Galaxy Note10+ (256GB) masing-masing berharga RM3,699 dan RM4,199 dan bagi mereka yang mencari kapasiti yang lebih besar, Galaxy Note 10+ (512GB) dijual pada harga RM4,799.
Galaxy Note10 dan Galaxy Note10+ tersedia untuk pra-pesanan di Malaysia mulai 5PM, 8 Ogos hingga 18 Ogos 2019. Pengguna yang pre-order Galaxy Note10 dalam tempoh ini akan menerima hadiah yang menarik seperti di bawah:
Model | Color Availability | Rewards |
Galaxy Note10 | Aura PinkAura Black
Aura Glow |
Hadiah menarik bernilai RM1,058 termasuk:·
|
Galaxy Note10+ | Aura WhiteAura Black
Aura Glow |
Hadiah menarik bernilai RM1,159 termasuk:·
|
Untuk pre-order Galaxy Note10, mari lawat laman ini dan untuk maklumat lanjut, sila layari page ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post