Asyik-asyik permainan PC, asyik-asyik konsul je ada Top 5 update kan? Apa kata kalini kitorang kongsikan apa permainan yang terbaru di Google Play Store korang yang tengah tip top bulan ni?! Jadi kali ni kami nak kongsikan permainan yang perlu dibayar ye, tapi memang puas hati lah nak main!
Yang ada dalam senarai ini antaranya ada dalam PC, so siapa yang pernah main mesti rasa gembira sebab kini boleh dimain dimana-mana kat peranti mudah alih korang. Okay jom lihat senarainya;
Minecraft – RM28.12
Teroka dunia Minecraft kat peranti mudah alih korang dan binalah segala rumah yang paling mudah hingga ke istana yang gah! Korang boleh main dalam mod kreatif dengan sumber tanpa had atau hadapi mod survival dan buatlah senjata serta perisai untuk menghadap mob yang berbahaya! Permainan yang turut ada di PC ini boleh dimain bersama rakan-rakan, jadi jangan lepaskan peluang korang untuk teerus membina, meneroka dan bergembira!
Jadi ini adalah purata review untuk Minecraft didalam Play Store.
Menurut pengguna, termasuk kami sendiri, untuk menghilangkan rasa kebosanan korang bila dah kalah teruk kat TDM Pubg, bolehlah lepas kan geram sambil potong-potong pokok dalam game ni. Paling best bila tiada apps yang menggangu masa main game ni ok!
Okay korang boleh download disini;
Evertale – RM1.00
Sebenarnya kami pun tak faham kenapa kena bayar RM1.00 tu untuk permainan ini, sedangkan ianya turut ada transaksi dalam mainan (in-apps purchase). Tapi disebabkan “kawaii” ia menjadi rank kedua dalam Play Store ye! Permainan bergenrekan RPG ini membenarkan pemain untuk meneroka dunia yang luas, bandar-bandar yang sibuk, serta menangkap dan membesarkan raksasa!
Jadi sertai wira-wira lain dan berevolusi bersama 180 makhluk dan pahlawan untuk berperang bersama dalam pertempuran raksasa supercharged! Dan korang juga boleh berlawan 4v4 dengan pemain pemain lain!
Mungkin sebab kan watak-watak yang menarik dan barangan yang boleh dibeli tidak berapa mahal, sebab itulah rankingnya naik. Pendapat review sesetengah pemain turut positif, antaranya seperti “Permainan ini Interaktif, Ia membuatkan saya sibuk. Saya suka bahawa Manusia dan Makhluk atau Monsters boleh bertarung berdampingan dalam Pertarungan Kekaguman. Saya suka jenis permainan ini.”
Jadi korang memuat turunya disini;
Football Manager 2019 Mobile – RM12.90
Teringin nak jadi pengurus bola sepak tapi tak terjadi? Takpe, merealisasikan impian korang tu dalam permainan ini! Permainan ini menyampaikan pengalaman pengurusan yang licin dan realistik yang menakjubkan, dengan kelab-kelab bola sepak yang paling terkenal di dunia sedang menunggu ketibaan korang untuk menjadi pengurus mereka.
Football manager membenarkan korang untuk mengurus kelab pasukan, memilih pemain yang akan bermain dan korang boleh sentiasa perhatikan report segala perlawanan yang dilalui.
Antara review yang diterima untuk permainan ini agak positif dan menarik, dan wng digunakan tidaklah sia-sia kerana tiada iklan yang menggangu permainan lansung. Jadi korang boleh dapatkan Football Manager 2019 Mobile disini;
Grand Theft Auto: San Andreas Mobile – RM 25.99
Dari awal kehadiran nya di peranti mudah alih sehingga lah sekarang masih menetap di top ranking. Sebab apa? Sebab peminat GTA San Andreas dari zaman PC zaman PS dulu dah memang gempak! Menceritakan tentang Carl Johnson yang datang semula ke tempat asalnya untuk menyelamatkan keluarganya dan dapatkan kawasan-kawasan di sekitar San Andreas.
Purata review yang tetap naik, memang berbaloi nak beli bagi sesiapa yang rindu nak main GTA San Andreas ni, tak tipu kami sendiri masih ada game ni ok! Cuma berita buruknya ia akan ‘crash game’ kadang kala. Tapi kalau dah minat apa ada hal kan!
Okay korang boleh muat turun kat sini;
Human: Fall Flat – RM 25.99
Permainan fenomena yang menjadi popular di PC Steam, kini hadir di Android! Baru sahaja dilancarkan dah masuk Top 5 ranking weh! Yang ni memang lawak, sebab apa nak control orang liat korang tu memang boleh tergeliat-geliat jari!
Memang seronok korang boleh main permainan ini dengan kawan-kawan korang sambil melayan kerenah masing-masing yang akan gelak sepanjang masa!
Sekelip mata Human Fall Flat ni mendapat 4 Bintang untuk secara purata. Review yang diberikan masih ada yang positif dan negatif, seperti ramai yang menyatakan bahawa ianya permainan yang ditunggu lama untuk hadir ke peranti mudah alih. Kawalan agak sukar untuk dibiasakan dan ada yang memberi cadangan agak beri kemaskini yang akan datang yang membolehkan ubahsuai butang kontroller.
Jadi apa lagi jom muat turun ramai-ramai!
Amacam??? Ada yang nak beli ke? Beli lah korang k janji dapat lepas geram main permainan-permainan ni semua dimana saja korang berada!
@gamersantaimy
Discussion about this post