Selepas menamatkan Season 1 pada bulan September lalu, akhirnya peminat anime Tokyo Revengers di Malaysia boleh bergembira kerana Season 2 siri ini akan ditayangkan di Disney+ bermula 8 Januari 2023.
Tokyo Revengers Arc Christmas Showdown ialah bahagian sambungan anime, mengadaptasi Arc Christmast Conflict daripada manga. Ini adalah arc ketiga daripada lima arc siri ini, bermaksud mereka pasti akan membuat adaptasi anime untuk kesemua Arc. Disebabkan Season 2 sudah semakin hampir untuk ditayangkan, berikut adalah perkara yang anda patut tahu tentang musim baru ini.

Arc Christmas Showdown akan menampilkan lebih banyak puak kumpulan yang diperkenalkan pada musim pertama. Ini termasuk dengan kumpulan Black Dragons, geng ganas yang menyasarkan saingan kumpulan Toman mereka.
Berlangsung selepas “Arc Bloody Holloween”, Takemichi dan Tokyo Manji Gang perlu menghadapi saingan dengan generasi yang lebih kuat. Walaupun begitu, Takemichi sedar bahawa perubahan yang dia lakukan pada masa lalu tidak mengubah masa depannya, tetapi berjaya membuahkan hasil yang berbeza daripada apa yang dia jangkakan.
Berikut adalah trailer untuk Tokyo Revengers Season 2:
Trailer tersebut menunjukan para watak berbincang bahawa mereka semua akan ke Shibuya untuk “aktiviti kumpulan”. Bagi mereka yang tidak membaca manga, mungkin agak susah untuk faham kerana ia tidak menyediakan sari kata Bahasa Melayu ataupun Bahasa Inggeris.
Di dalam trailer ini juga kita dapat lihat plot dan pembangunan watak siri ini. Selain itu, ketua kumpulan Black Dragon, Taiju Shiba, didedahkan. Tindakan dan perangainya serta-merta menggambarkan betapa kejamnya dia sebagai seorang ketua.
Berikut adalah sinopsis siri Tokyo Revengers:

Selepas menonton berita, Hanagaki Takemichi mendapat tahu bahawa bekas teman wanita sekolah rendahnya, Tachibana Hinata, telah meninggal dunia. Disebabkan itu, dia secara tiba-tiba kembali 12 tahun ke masa lalu untuk menghadapi Toyo Manji Gang yang pernah merosakkan kehidupannya dan punca keatas kematian Hinata.
Untuk menyelamatkan Hinata, dia harus mengalahkan ketua geng delinkuen Kanto yang paling kuat. Tetapi ia tidak seperti apa yang dia sangkakan selepas berkawan dengan ketua kumpulan tersebut, Mikey. Apa yang akan terjadi pada Takemichi? Bolehkah dia mengubah masa depan dan menyelamatkan teman wanitanya?

Selain daripada Season 2, Disney+ juga akan menayangkan Tokyo Revengers Season 1 di platform penstriman mereka. Saya pasti mesti ramai yang tidak sabar untuk menonton musim terbaru siri ini.
Sekali lagi saya ingatkan, Tokyo Revengers Season 2 akan ditayangkan di Disney+ bermula 8 Januari 2023. Untuk mendapatkan liputan lain mengenai Tokyo Revengers, sila klik pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post