Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Tokyo Revengers: Bloody Halloween – Destiny akan tayang di Malaysia pada 26 Oktober!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
October 23, 2023
in Anime, Artikel, Berita, Filem
0 0
0
Tokyo Revengers: Bloody Halloween – Destiny akan tayang di Malaysia pada 26 Oktober!
Share on FacebookShare on Twitter

Beberapa hari lepas, Encore Films Malaysia mengumumkan bahawa mereka akan menayangkan Tokyo Revengers: Bloody Halloween – Destiny pada 26 Oktober di Malaysia. Ini merupakan filem sekuel pertama daripada projek dua filem aksi langsung Tokyo Revengers berdasarkan manga dengan nama yang sama oleh Ken Wakui.

Sempena itu, anda boleh menonton trailer di bawah untuk gambaran umum:

Sinopsis

Kredit: Encore Films Malaysia

“Semasa menonton berita, Takemichi Hanagaki dapat tahu bahawa teman wanitanya dari zaman sekolah menengah, Hinata Tachibana, telah dibunuh oleh sekumpulan organisasi jahat yang dikenali sebagai Tokyo Manji Gang. Pada satu hari, dia tiba-tiba melompat masa 12 tahun kembali ke zaman sekolah menengahnya! Untuk menyelamatkan Hinata, dan mengubah kehidupan yang dia cuba sedaya upaya untuk melarikan diri, Takemichi mesti menyertai geng delinkuen paling jahat di Kanto!“

Secara kasar, itulah sinopsis keseluruhan. Tetapi filem sekuel ini akan mengisahkan tentang saga Bloody Halloween yang berlaku di titik pertengahan manga/anime.

Kredit: Encore Films Malaysia

Khususnya, Bloody Halloween adalah peristiwa yang mengubah perebutan kuasa antara dua kumpulan. Pertama ialah Valhalla, yang terdiri daripada bekas ahli Moebius di bawah pimpinan Shuji Hanma dan pasukan Anti-Toman yang diketuai oleh bekas pengasas Toman, Kazutora Hanemiya. Kedua ialah ialah Tokyo Manji Gang (yang saya sebutkan tadi) dengan matlamat untuk mengalahkan Valhalla dan membawa pulang bekas Kapten Divisyen 1 mereka, Keisuke Baji.

Takumi Kitamura kembali dalam peranan Takemichi Hanagaki dalam filem sekuel manakala pelakon lain termasuk Ryō Yoshizawa sebagai Mikey dan Yuki Yamada sebagai Draken.

Kento Nagayama menyertai barisan pelakon sebagai Keisuke Baji, manakala Nijirō Murakami juga menyertai sebagai Kazutora Hanemiya, dan Mahiro Takasugi sebagai Chifuyu Matsuno.

Kredit: Encore Films Malaysia

Seperti saya kata tadi, ini adalah sekuel kepada filem aksi Tokyo Revengers pertama yang dikeluarkan di Jepun pada Julai 2021. Projek filem Tokyo Revengers: Bloody Halloween dibahagikan kepada dua filem: Destiny (yang akan ditayangkan tidak lama lagi) dan Decisive Battle.

Buat masa sekarang, tarikh untuk Decisive Battle masih belum diumumkan tetapi mungkin akan dikeluarkan dalam beberapa bulan akan datang (harap-harap awal 2024).


Untuk membaca segala liputan kami tentang francais Tokyo Revengers, sila tekan pautan ini.

Tags: filemTokyo RevengersTokyo Revengers: Bloody Halloween - Destiny
ShareTweetSend
Previous Post

Fate/Samurai Remnant (PC) Review — Jalan Cerita yang Mesra buat Peminat Baru, Combat Menyeronokkan!

Next Post

Interview Bersama Faye Mata, Pelakon Suara A.K.I. dalam Street Fighter 6!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Game Terakhir Dalam Trilogi, Final Fantasy VII Revelation Akan Datang 8 April 2027
Berita

Game Terakhir Dalam Trilogi, Final Fantasy VII Revelation Akan Datang 8 April 2027

September 3, 2026
Previu FINAL FANTASY RESONANCE – Pandang Pertama Prologue & Dungeon Termasuk Combat
Preview

Previu FINAL FANTASY RESONANCE – Pandang Pertama Prologue & Dungeon Termasuk Combat

September 3, 2026
Jin Sakai Kembali Dalam Ghost of Yōtei; Mod Roguelike ‘Most Wanted’ Dijelaskan
Berita

Jin Sakai Kembali Dalam Ghost of Yōtei; Mod Roguelike ‘Most Wanted’ Dijelaskan

September 3, 2026
Next Post
Interview Bersama Faye Mata, Pelakon Suara A.K.I. dalam Street Fighter 6!

Interview Bersama Faye Mata, Pelakon Suara A.K.I. dalam Street Fighter 6!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Bleach: Zaraki Kenpachi Akhirnya Pakai Bankai; Hitsugaya Tōshirō Lepaskan Bankai Sebenar
Anime

Bleach: Zaraki Kenpachi Akhirnya Pakai Bankai; Hitsugaya Tōshirō Lepaskan Bankai Sebenar

August 20, 2026
Bos WIT Studio Dedah Sebab MAPPA Ambil Alih Attack on Titan Untuk Musim Terakhir
Anime

Bos WIT Studio Dedah Sebab MAPPA Ambil Alih Attack on Titan Untuk Musim Terakhir

August 19, 2026
Kingdom Hearts 4 – Gameplay Baru Dunia ‘Coco’, Pelancaran Lewat 2027 Serta Anime Original Disney+
Berita

Kingdom Hearts 4 – Gameplay Baru Dunia ‘Coco’, Pelancaran Lewat 2027 Serta Anime Original Disney+

August 15, 2026
Menurut Data, Ratusan Anak Indonesia Diberi Nama Naruto, Luffy, Nobita & Banyak Lagi
Anime

Menurut Data, Ratusan Anak Indonesia Diberi Nama Naruto, Luffy, Nobita & Banyak Lagi

August 12, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd