Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Tinggal 5 Bab Lagi, Manga Jujutsu Kaisen Akan Tamat Pada 30 September

Razin Syafiq by Razin Syafiq
August 20, 2024
in Anime, Artikel, Berita, Fakta & Trivia, Manga
0 0
0
Tinggal 5 Bab Lagi, Manga Jujutsu Kaisen Akan Tamat Pada 30 September
Share on FacebookShare on Twitter

Manga Jujutsu Kaisen ciptaan Gege Akutami telah memasuki ‘Sage Finale’ selama berbulan-bulan, tetapi akhirya, kami dimaklumkan bahawa pengakhiran manga akan datang tidak lama lagi. Semalam, Shueisha mengesahkan bahawa Jujutsu Kaisen akan tamat secara rasmi dalam Weekly Shonen Jump pada 30 September, dengan baki lima bab lagi.

【#呪術廻戦 完結まであと5話】

『呪術廻戦』は9月30日(月)発売の
週刊少年ジャンプ44号で最終回を迎えます

最終第271話まで、応援よろしくお願いいたします! pic.twitter.com/dkOwjyb9XQ

— 呪術廻戦【公式】 (@jujutsu_PR) August 19, 2024

Berita ini diumumkan semasa video siaran langsung “Jump Press“, lalu disahkan oleh akaun rasmi X Jujutsu Kaisen. Bab terakhir manga (iaitu bab 271) akan diterbitkan dalam Weekly Shonen Jump pada 30 September. Namun, peminat di Malaysia akan dapat membaca bab ini pada 29 September kerana perbezaan masa Jepun melalui laman web dan aplikasi Manga Plus.

Selepas lebih 6 tahun dalam terbitan dan mencipta legasi baharu untuk genre shonen, pencipta Gege Akutami bersedia untuk mengakhiri Jujutsu Kaisen. Di sini, beliau menyampai mesej kepada para peminat:

“Kisah ini akhirnya akan berakhir dalam 5 bab lagi. Terima kasih atas sokongan dan kerjasama anda semua, pembaca yang dihormati, saya dapat menamatkan siri ini seperti yang saya mahukan.”

“Terima kasih! Saya sedang bekerja keras untuk membuat bab akhir yang memuaskan (mungkin) kepada seberapa ramai pembaca ‘Jujutsu Kaisen’ yang boleh. Semua orang, tolong bersabar dengan saya!!”

Kredit: Shueisha

Jujutsu Kaisen membuat debut pada Mac 2018, dan serta merta mendapat sambutan hangat di kalangan peminat. Lama-kelamaan, Jujutsu Kaisen mengukuhkan diri sebagai salah satu siri terlaris di bawah Shueisha. Ditambah lagi dengan adaptasi anime yang popular oleh Studio MAPPA, Jujutsu Kaisen kini merupakan salah seorang nama-nama besar dalam shonen moden.

Walaupun manga Jujutsu Kaisen akan tamat, jangan risau kerana kita masih ada adaptasi anime! Selepas finale musim kedua, sebuah sekuel telah diumumkan – yang merangkumi “Culling Game arc” bersama MAPPA yang menguruskan animasi.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Jujutsu Kaisenmanga
ShareTweetSend
Previous Post

[BIC 2024] Empat Game ‘Kasual Indie’ Yang Menarik Perhatian Kami!

Next Post

Final Fantasy XVI Datang Ke PC Pada 17 September!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Pelé Membuat Debut Dalam eFootball Sempena Ulang Tahun ke-30 Francais!
Berita

Pelé Membuat Debut Dalam eFootball Sempena Ulang Tahun ke-30 Francais!

July 10, 2025
Pra-Pendaftaran Chaos Zero Nightmare Kini Dibuka — RPG Roguelite Fantasi Dari Pencipta Epic Seven
Mobile

Pra-Pendaftaran Chaos Zero Nightmare Kini Dibuka — RPG Roguelite Fantasi Dari Pencipta Epic Seven

July 10, 2025
AFA Creators Super Fest 2025 Kembali Ke Singapura – Lokasi Baharu Dengan Lineup Hebat!
Acara

AFA Creators Super Fest 2025 Kembali Ke Singapura – Lokasi Baharu Dengan Lineup Hebat!

July 10, 2025
Next Post
Final Fantasy XVI Datang Ke PC Pada 17 September!

Final Fantasy XVI Datang Ke PC Pada 17 September!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Reviu Gachiakuta EP1 & EP2 – Konsep “Sampah Pun Barang Berharga”
Review

Reviu Gachiakuta EP1 & EP2 – Konsep “Sampah Pun Barang Berharga”

Daemons of the Shadow Realm Diadaptasi Ke Anime – Karya Terbaru Pencipta Fullmetal Alchemist
Anime

Daemons of the Shadow Realm Diadaptasi Ke Anime – Karya Terbaru Pencipta Fullmetal Alchemist

July 8, 2025
Netmarble Umum Solo Leveling: KARMA, Sebuah RPG Aksi Roguelite Untuk PC & Mobile
Berita

Netmarble Umum Solo Leveling: KARMA, Sebuah RPG Aksi Roguelite Untuk PC & Mobile

July 7, 2025
Anime Garena Free Fire Dedahkan Trailer Pertama, Fokus Utama Pada Watak Kelly!
Anime

Anime Garena Free Fire Dedahkan Trailer Pertama, Fokus Utama Pada Watak Kelly!

July 7, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In

No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd