Berita baru untuk pengguna broadcast streaming terbesar dunia Twitch untuk dunia gaming kini melancarkan siaran broadcastnya yang tersendiri yang diberi nama Twitch Studio. Sebelum ini seperti yang semua tahu, nak broadcast ke Twitch memerlukan perisian (software) ketiga untuk menyambungkan stream kepada penonton. Idea ini dibentangkan untuk menyenangkan pengguna Twitch terutama pengguna baru yang masih tidak tahu menggunakan perisian streaming ini.
Kami mendengar maklum balas pengguna kami, berkongsi pengalaman mereka, bagaimana mereka mula streaming dan bagaimana mereka maju.
-Cheng Cheng (Pengurus Produk Twitch)
Antara perisian sampingan yang digunakan selalunya adalah OBS, Xsplit, Streamlabs kemudian berikan sambungan dengan kamera, mikrofon dan capture card konsol stream. Selalunya memakan masa.
Kami tidak mahu pengguna habis masa berejam untuk lakukan setup. Kami mahukan pengguna untuk terus bermula stream dengan gembira. – kata Cheng
Menurut Twitch, perisian ini memakan bulan untuk menciptanya, negara yang berbeza dan setup hardware membuatkan konsistensi agak rumit. Dengan Twitch Studio ini, pengguna boleh terus broadcast siaran gaming termasuk audio dan juga video feed kedalam aplikasi ini.
Kini ujian beta untuk aplikasi semua dalam satu (all-in-one) Twitch Studio telah pun dibuka untuk pengguna/streamer baru untuk memudahkan mereka setup stream yang berkualiti serta memudahkan perhubungan bersama komuniti.
Jadi pada sesiapa yang berminat untuk menjadi penguji beta Twitch Studio dan laporkan kesemua pengalaman apabila menggunakan aplikasi ini, anda boleh daftar DISINI. Tetapi ujian beta adalah terhad, jika ada apa-apa kemaskini pihak Twitch akan memberi emel sebelum melancarkan secara rasmi aplikasi Twitch Studio ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post