Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Tiada Butang! Sony Peroleh Paten Controller Berasaskan Skrin Sentuh & Sensor!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
February 2, 2026
in Artikel, Berita, Khabar angin, PS5
0 0
0
Tiada Butang! Sony Peroleh Paten Controller Berasaskan Skrin Sentuh & Sensor!
Share on FacebookShare on Twitter

Satu paten baharu yang diterbitkan oleh Pejabat Paten dan Tanda Dagangan Amerika Syarikat (USPTO) bertarikh 27 Januari 2026 mendedahkan bahawa Sony telah memperoleh hak untuk satu konsep radikal: iaitu sebuah controller/gamepad yang langsung tidak mempunyai butang fizikal.

Dikenali dengan nombor geran 12533573, paten tersebut (yang mula dikesan oleh VGC) menampilkan sebuah peranti yang menggantikan butang plastik, trigger, dan thumbstick yang biasa kita gunakan dengan beberapa skrin sesentuh serta sensor canggih.

Menurut fail tersebut, yang asalnya dimohon oleh Sony pada Februari 2023, peranti ini akan menggunakan sensor untuk mengesan kedudukan jari secara real-time. Ia boleh membezakan antara ketikan ringan, tekanan lama, dan leretan (swipe).

UI-nya pun dinamik; controller tersebut boleh memaparkan “butang” maya dan melaraskan susun aturnya secara automatik berdasarkan cara pemain memegang peranti tersebut. Ini bermakna controller ini boleh “mengubah bentuk” UI mengikut kesesuaian tangan dan tabiat unik setiap pemain.

Dengan beralih daripada susun atur fizikal “satu saiz untuk semua” yang statik, satu peranti yang sama kini boleh disesuaikan dengan pelbagai saiz tangan dan keperluan fizikal yang berbeza.

Walaupun Sony telah melancarkan PlayStation 5 Access Controller pada penghujung 2023 untuk membantu pemain orang kurang upaya, paten baharu ini mengacah masa depan di mana “input adaptif” dibina terus ke dalam pengalaman gaming standard.

Berbanding perlu membeli perkakasan khas, pengguna boleh menentukur controller standard untuk meletakkan input tepat di mana mereka memerlukannya.

Cumaini, maklumat ini tidaklah 100% akan direalisasikan. Realitinya, sebahagian besar idea daripada paten seperti ini tidak pernah sampai ke peringkat produksi komersial.

Tambahan pula, paten itu sendiri ditulis secara meluas; ia merangkumi teknologi permukaan adaptif, yang bermaksud Sony mungkin hanya akan melaksanakan zon sesentuh ini pada controller yang masih mengekalkan beberapa butang fizikal tradisional.

Tags: ControllerSony
ShareTweetSend
Previous Post

Zenless Zone Zero Version 2.6 Tiba 6 Februari: Watak Baharu & Ganjaran Lumayan!

Next Post

Jujutsu Kaisen Modulo – Yuji Itadori Kini Melampaui Kekuatan Gojo & Sukuna Dalam Sekuel!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Game Terakhir Dalam Trilogi, Final Fantasy VII Revelation Akan Datang 8 April 2027
Berita

Game Terakhir Dalam Trilogi, Final Fantasy VII Revelation Akan Datang 8 April 2027

September 3, 2026
Previu FINAL FANTASY RESONANCE – Pandang Pertama Prologue & Dungeon Termasuk Combat
Preview

Previu FINAL FANTASY RESONANCE – Pandang Pertama Prologue & Dungeon Termasuk Combat

September 3, 2026
Jin Sakai Kembali Dalam Ghost of Yōtei; Mod Roguelike ‘Most Wanted’ Dijelaskan
Berita

Jin Sakai Kembali Dalam Ghost of Yōtei; Mod Roguelike ‘Most Wanted’ Dijelaskan

September 3, 2026
Next Post
Jujutsu Kaisen Modulo – Yuji Itadori Kini Melampaui Kekuatan Gojo & Sukuna Dalam Sekuel!

Jujutsu Kaisen Modulo - Yuji Itadori Kini Melampaui Kekuatan Gojo & Sukuna Dalam Sekuel!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Bleach: Zaraki Kenpachi Akhirnya Pakai Bankai; Hitsugaya Tōshirō Lepaskan Bankai Sebenar
Anime

Bleach: Zaraki Kenpachi Akhirnya Pakai Bankai; Hitsugaya Tōshirō Lepaskan Bankai Sebenar

August 20, 2026
Bos WIT Studio Dedah Sebab MAPPA Ambil Alih Attack on Titan Untuk Musim Terakhir
Anime

Bos WIT Studio Dedah Sebab MAPPA Ambil Alih Attack on Titan Untuk Musim Terakhir

August 19, 2026
Kingdom Hearts 4 – Gameplay Baru Dunia ‘Coco’, Pelancaran Lewat 2027 Serta Anime Original Disney+
Berita

Kingdom Hearts 4 – Gameplay Baru Dunia ‘Coco’, Pelancaran Lewat 2027 Serta Anime Original Disney+

August 15, 2026
Menurut Data, Ratusan Anak Indonesia Diberi Nama Naruto, Luffy, Nobita & Banyak Lagi
Anime

Menurut Data, Ratusan Anak Indonesia Diberi Nama Naruto, Luffy, Nobita & Banyak Lagi

August 12, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd