Hari ini, entri aku berbeza sikit, sebab, kali ini, aku dapat peluang untuk menemurah seorang streamer dan juga influencer yang cantik, comel, molek dan berkebolehan dalam bermain game FPS (First-Person Shooter). Sebelum kita pergi lebih jauh, jom, kita kenal-kenal dulu, siapa dia Mimi Haney ni.
Nama penuh beliau adalah Syamimi Haney Jaffry. Dilahirkan pada 30 April 1994. Berasal dari Johor Bahru. Stage name beliau adalah Mimi Haney. Beliau berusia 24 tahun. Mimi Haney juga telah berumah tangga. Jadi, kepada lelaki diluar sana, simpan harapan korang tu jauh-jauh. Dibawah merupakan sesi soal jawab aku dengan Mimi Haney:
Q: Bagaimanakah dan bila bermulanya penglibatan Mimi Haney dalam dunia gaming?
A: Mula bermain game sejak berumur 6 tahun ,pada tahun 2000, game pertama yang Mimi main adalah Resident Evil Nemesis, ayah yang ajar untuk Mimi bermain game , sebab ayah merupakan gamer tegar dan passion gaming sama dgn Mimi.
Q: Mengapakah dari PlayStation 4 anda bertukar ke platform PC?
A: Game platform pertama Mimi ialah PlayStation 1 , dari kecik Mimi main console. Semua PlayStation sampai lah ke Xbox, memang dah lama teringin nak ada PC sendiri, Mimi juga ada cuba untuk mempunyai semua platform , sampai satu hari tu dapat offer untuk menjadi Ambassador Asus ROG.
Q: Selama menjadi streamer dan juga influencer dalam dunia gaming, apakah pandangan netizen terhadap Mimi?
A: Masa awal-awal start agak struggle since girl streamer tak ramai, kecaman dan kritikan sangat banyak dalam komuniti Malaysia ni . Mula-mula rasa down jugak, tapi sebabkan ramai jugak supporter , viewer, kawan-kawan & family yang bagi semangat and positive , lama-lama benda dah jadi biasa dan sekarang sudah immune dengan perkara negative.
Q: Apakah halangan dan juga cabaran untuk Mimi dalam menceburi bidang ini?
A: Dalam bidang ni, so far takde halangan bagi Mimi, cuma cabaran agak banyak, mental dan juga emosi nak kena kuat.
Q: Mimi sudah pun berkahwin, jadi, bagaimanakah cara suami menyokong apa yang Mimi lakukan sekarang ini?
A: Husband sangat supportive dengan bidang yang Mimi buat ni, since kita pun kenal dalam dunia gaming, dia pun merupakan part of manager or penasihat jika ada apa job yang datang , dia orang pertama Mimi akan discuss dan minta pendapat.
Q: Adakah parents Mimi menyokong Mimi untuk menjadi atau menceburi dalam dunia streamer dan juga influencer?
A: Parents menyokong untuk Mimi lagi explore dalam bidang ni, dari kecik parents sangat supportive and tak pernah anggap game tu satu activity yang negative or wasted. Mimi agak lucky sebab dari kecik parents jenis always update dengan game yang baru keluar and akan always check on me if ada game baru nak beli. Since kecik, in my bedroom my parents dah setup kan tv, console, sound system (for my gaming need) and space for CD game collection , rarely play outside in my childhood days.
Q: Pengalaman manis dan juga pahit selama menjadi Streamer dan Influencer?
A: Pengalaman manis is, since jadi influencer, banyak lagi dapat offer and ada banyak gifts from fans & friends. Bila orang ramai kenal, people always be nice and want to make friend with you. Pengalaman pahit, I would say, since jadi influencer ni, ada ramai yang tak puas hati dengan apa rezeki yang kita dapat. Including kawan sendiri, start dari situ, ada hilangnya kawan.
Q: Adakah suami seorang gamer tegar ataupon dia seorang streamer/influencer juga?
A: Dia bukan streamer ataupun influencer, tapi dia gamer tegar and sejati untuk platform PlayStation dan juga PC , kami juga main variety genre of game. Most of the time, every month akan beli game yang baru release, if game yang multiplayer and coop, dia yang akan jadi my player 2.
Q: Bagaimanakah cara Mimi manage rumahtangga dan juga kehidupan Mimi sebagai Streamer dan Influencer?
A: Di sebabkan sekarang just focus on gaming scene, full time influencer and streamer, tak lagi kerja, life routine as a wife streamer quite balance. Ramai orang yang suka kecam akan cakap “gamer girl“ nanti tak berasap dapur, semua benda tak buat, main game je. Tapi untuk orang yang dah dewasa, kita akan pandai bahagi kan masa untuk semua tu. To be honest, I can’t imagine if kahwin dengan someone yang tak boleh faham hobby and kerja Mimi as a gamer/streamer.
Q: Kata-kata semangat buat Girl Gamers di luar sana yang ingin cuba mengikut langkah Mimi.
A: Untuk gamer girl kat luar sana, kena put more effort, every achievement bukan datang dalam sekelip mata ataupun masa yang singkat. Everything take time and need baby step, kita as perempuan ada banyak cabaran sebab netizen Malaysia banyak lagi yang tak open and accept the “nature of game is for all gender”. Our people still at the stage yang perempuan only deserve to be in kitchen, but slowly and hopefully typical minded akan change for a better.
Jadi, ini sahaja perbualan kami untuk kali ini. Dan ini juga merupakan Content ekslusif kami untuk melakukan coverage terhadap Malaysia Streamer dan juga Influencer. Ribuan terima kasih diberikan kepada Mimi Haney kerana sudi ditemuramah oleh kami dari Gamer Santai.
Kepada korang yang nak follow aktiviti harian dan juga stream Mimi Haney, korang boleh lah follow beliau di bawah ini:
Facebook Page: https://www.facebook.com/mimihaneyMHJ/
Twitch (partnered): https://www.twitch.tv/mimihaney
YouTube: https://www.youtube.com/channel/UC7iIqaIuFlR8tKrpzRP72Gw?view_as=subscriber
Instagram: https://www.instagram.com/mimihaney/?hl=en
@gamersantaimy
Discussion about this post