CD Projekt Red mengumumkan bahawa game yang dinanti-nantikan oleh orang ramai iaitu The Witcher 3 akan ditangguhkan untuk PlayStation 5 dan Xbox Series X.
Menurut Twitter rasmi The Witcher @witchergame,
Kami telah memutuskan untuk meminta pasukan pembangunan dalaman menjalankan kerja yang tinggal untuk versi gen seterusnya The Witcher 3: Wild Hunt. Kami sedang menilai skop kerja yang perlu dilakukan dan terpaksa menangguhkan keluaran sehingga diberitahu kelak.
Kami akan kemas kini kepada anda secepat yang mungkin. Terima kasih kerana memahami.
Sebelum ini, mereka telah mengumumkan bahawa game ini akan dilancarkan pada hujung tahun 2021 tetapi disebabkan perkara-perkara tertentu, ia telah ditangguhkan ke tahun 2022. Selepas penangguhan kali pertama, mereka menyatakan bahawa game ini akan dikeluarkan pada pertengahan tahun ini untuk konsol next-gen, tetapi kini ianya tidak jelas sama ada ia akan dikeluarkan pada tahun ini atau tidak.
Selain itu, Peralihan CD Projekt Red daripada menjadi studio pembangunan pihak ketiga kepada pasukan dalaman memberi satu impak besar kepada hasil akhir dan ini mungkin menjadi punca kepada masalah diatas.
Walaupun CD Projekt Red belum mengesahkan sebarang tarikh untuk pelancaran The Witcher 3 di konsol next-gen, mereka janji akan memberi kemas kini kepada anda secepat mungkin.
Kepada yang tidak tahu, The Witcher 3 telah dikeluarkan pada 2016 untuk PC, PlayStation 4, Xbox One. Game ini juga turut tersedia untuk Nintendo Switch pada 2019. Sejurus dilancarkan pada 2016, The Witcher 3 telah dinobatkan sebagai pemenang “Game of The Year”.
Ini merupakan kali kedua The Witcher 3 ditangguhkan. Harap-harap CD Projekt Red dapat selesaikan isu ini dengan cepat. Jadi apa pendapat korang yang dah tunggu lama game ini, tapi kena tangguh? Kongsikan sedikit pendapat korang di ruangan komen. Untuk lebih banyak berita menarik tentang The Witcher 3, sila klik pautan ini.
Sumber: Gamesradar
@gamersantaimy
Discussion about this post