The Sims 4 kembali dengan expansion ke-15 yang bernama For Rent! Pek expansion ini bakal dilancarkan pada 7 Disember 2023 untuk PS5, PS4, Xbox Series, Xbox One, PC dan Mac! Untuk expansion ini, anda berpeluang untuk membina dan mencipta pelbagai jenis kediaman sewaan seperti rumah bandar, dupleks, pangsapuri sehinggalah sewaan bilik. Sims anda boleh mendapatkan pengalaman untuk merasakan susah senang menjadi pemilik hartanah. Jom kita lihat serba sedikit mengenai kandungan yang tersedia pada The Sims 4 For Rent.
Selamat datang ke Tomarang
Dalam expansion ini, anda akan diperkenalkan kepada Tomarang, sebuah bandar sibuk yang diinspirasikan oleh negara-negara di Asia Tenggara. Tomarang terletak dalam landskap tropika yang subur dengan latar langit bandar yang meriah, memberikan gabungan unik tempat tradisional dan moden, di mana Sims boleh menemui pelbagai aktiviti komuniti yang menarik. Terdapat dua kawasan kejiranan tersedia di Tomarang untuk anda mulakan expansion ini iaitu Morensong and Koh Sahpa.
Sim anda boleh bersantai di garden botanik, melawat tempat perlindungan haiwan atau meninggalkan kemenyan atau buah di Spirit House. Kanak-kanak Sim pula boleh berseronok di taman permainan bermain guli atau ketingting.
Pasar malam & pilihan resipi baharu

Satu lagi aspek baharu yang diperkenalkan dalam expansion For Rent ialah Night Market serba baharu. Sim anda boleh bersiar-siar pada waktu malam melalui pasar malam yang ikonik di bandar ini.
Night Market merupakan sebuah tempat yang dipenuhi dengan tanglung bercahaya serta penjual-penjual yang hadir dengan barangan unik dan makanan yang menyelerakan. Sim anda juga boleh makan makanan yang diinspirasikan oleh makanan di Asia Tenggara seperti Khao Niao Mamuang, Tofu Pad Thai, Sate Malaysia, Nasi Lemak, Burmese Samosa Soup, Halo Halo, Teh Ais Thailand dan banyak lagi.
Gerai-gerai yang buka ini hanya boleh digunakan untuk membeli barang baru sahaja termasuklah barang eksklusif. Jadi anda tidak boleh menjual barang kepada mereka secara langsung. Anda boleh pair semua objek ini dengan gerai Home Chef Hustles untuk menjadi penjual secara aktif.
Jenis Lot Baru
Buat pertama kalinya dalam Sims 4, Simmers akhirnya boleh membina kediaman berbilang unit yang boleh disesuaikan sepenuhnya di mana berbilang keluarga Sim boleh tinggal di lot yang sama. Ciri baharu ini tersedia di mana-mana dunia yang boleh didiami dalam game.
Pemain boleh menjadi kreatif sesuka hati dan membina kediaman sewaan impian mereka, dengan kediaman berbilang keluarga yang boleh disesuaikan sepenuhnya sama ada anda ingin membina suite bawah tanah untuk disewakan atau dupleks yang selesa untuk keluarga rapat dan juga membina pangsapuri yang luas untuk keluarga besar.

Kediaman yang cantik ini mempunyai warna tingkap kayu yang serba boleh, rumah bertapak berhampiran pantai yang indah serta jambatan bersejarah. Untuk bahagian dalaman, terdapat ukiran kayu tradisional dan perabot rotan yang tersedia bersama-sama permaidani, kerusi, jubin dan lampu tradisional.
Resident Rental wujud secara berasingan daripada lot pangsapuri sedia ada, kerana ia akan menjadi jenis lot baharu. Ia tidak semestinya akan mengubah gameplay pangsapuri sedia ada, tetapi menawarkan pengalaman berbeza dengan lebih banyak kebebasan gameplay yang boleh dibawa ke mana-mana dunia kediaman dalam game.
Kedua-dua radiator dan unit penyaman udara boleh digunakan tanpa kehadiran musim. Tetapi akan ada gameplay tambahan dengan musim. Model unit penyaman udara juga dilaraskan membolehkan anda untuk vent berada di dalam unit dam kotaknya di luar rumah.
Acara komuniti telah berkembang dengan pemain mempunyai keupayaan untuk mendekatkan komuniti penyewa mereka dengan mengadakan potluck dan parti pool. Minta Sim anda berinteraksi dengan jiran mereka dan bawa komuniti anda bersama-sama dalam kediaman sewaan anda. Untuk menjadikan komuniti ini lebih menarik, Sim mempunyai lima ciri baharu. Sims boleh menjadi Nosy, Generous, Cringe, Child of the Village dan khas untuk orang tua, Wise.
Situasi dan peristiwa baharu akan dicetuskan pada Residential Rental ini dan ruang kongsi menghasilkan beberapa cerita keluarga Sim yang sangat menarik.

Pengurusan Hartanah
Hartanah sewa membawa peluang baharu juga sebagai pemilik dan penyewa hartanah. Sebagai pemilik hartanah, anda boleh memilih sama ada tinggal di hartanah bersama penyewa anda atau hanya mengekalkan kediaman berasingan sambil anda menjana pendapatan daripada pelaburan hartanah. Anda juga boleh mengisi kekosongan di setiap hartanah yang mana anda akan mengawal jumlah sewa dan tempoh sewaan, peraturan dan sebagainya.
Setiap unit Residential Rental mempunyai had isi rumah biasa sebanyak 8 Sim seunit. Had 6 unit setiap lot tetapi terdapat cara lain yang boleh pemain gunakan untuk melebihi had itu jika pemain mahu. Ruang luar secara default dikira sebagai ruang kongsi untuk penyewa keluar dan menggunakan kemudahan yang ada.
Mana-mana Sims boleh memecah masuk rumah penduduk termasuk kleptomaniac, mereka masih boleh menukar sesuatu semasa Break In. Jika penduduk kembali semasa anda menceroboh masuk, mereka akan melawan pengintip! Polis juga tiada kalau anda ditangkap. Jadi ada banyak peluang untuk anda gunakan tanpa kerisauan!
Menjadi pemilik hartanah walaupun mungkin rasa agak santai, tetapi jangan terlalu selesa. Daripada serangan serangga kepada kesan degil, macam-macam perkara boleh berlaku. Anda mungkin menghadapi pemberontakan penyewa di hadapan rumah jika mereka tidak berpuas hati. Jika penyewa anda melanggar peraturan, anda boleh mengusir mereka. Gunakan kuasa itu dengan bijak atau Unit Rating anda mungkin terlalu rendah.

Unit Rating dipengaruhi oleh banyak faktor berbeza seperti saiz unit, kemudahan, kualiti persekitaran (hiasan), penyelenggaraan objek dalam unit , tingkah laku pemilik atau penyewa hartanah, interaksi antara penyewa dan pemilik hartanah.
Jangan lupa untuk melawat dan memeriksa hartanah yang disewa untuk memastikan sebarang objek utiliti yang rosak seperti pemanas air atau kotak fius elektrik diperbaiki. Anda akan mahu bekerja lebih untuk memastikan penyewa Sims anda tidak mempunyai lampu berkelip-kelip dan air sejuk.
Jadi anda yang inginkan pengalaman seperti ejen hartanah, bolehlah pra-tempahnya sekarang. Kalau anda beli expansion ini sebelum atau pada 18 Januari 2024, anda boleh akses kandungan tambahan “Street Eats Digital Content”, yang membolehkan anda untuk bawakan barang-barang pasar malam seperti:
- Quick Treats Frill
- Streetside Stars Shade
- Peak Freshness Fruit Basket

Untuk membaca berita lain mengenai The Sims 4 daripada kami, boleh klik pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post