Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

The Quintessential Quintuplets Movie Hadir Ke Malaysia Di GSC Terpilih Bermula 20 Oktober Ini!

Maira by Maira
October 11, 2022
in Animasi, Anime, Artikel, Berita, Filem, Tempatan
0 0
0
The Quintessential Quintuplets Movie Hadir Ke Malaysia Di GSC Terpilih Bermula 20 Oktober Ini!
Share on FacebookShare on Twitter

Setelah habisnya The Quintessential Quintuplets musim kedua pada tahun 2021, sudah tentu ramai yang ingin tahu penamatnya. Kalau anda ingin tahu, sambungan siri tersebut datang dalam medium filem. Selalunya susah untuk kita menontonnya, tetapi kami ada berita baik untuk anda! The Quintessential Quintuplets Movie akan ditayangkan di Malaysia pada 20 Oktober ini di pawagam GSC terpilih!

Filem tersebut telah pun ditayangkan di Jepun pada 20 Mei yang lalu. Filem ini membawa anda menonton watak-watak semasa festival sekolah, dengan Futaro yang mempunyai pengumuman penting terhadap kembar berlima semasa hari pertama festival. Berikut adalah sinopsis rasmi untuk The Quintessential Quintuplets Movie:

Futaro telah mengetuai membantu kembar lima sehingga mereka boleh menamatkan pengajian dan mengejar impian mereka sendiri. Kini, akhirnya mereka telah sampai ke festival terakhir sekolah. Setelah berazam untuk menjadikan festival tidak dilupakan, Futaro kini mempunyai perasaan terhadap kembar tersebut. Dia meminta mereka untuk berjumpa dengannya di dalam kelas supaya dia boleh memberikan jawapannya …

Quintessential Quintuplets Movie Malaysia
Sumber: Facebook GSC

Antara staf utama yang terlibat dengan pembikinan filem ini ialah pengarah, Masato Jinbo, Keiichirou Oochi sebagai penulis skrip dan Masato Katsumata sebagai pereka watak. Bibury Animation Studios pula bertanggungjawab untuk produksi animasi ini.

Pelakon suara juga kembali dengan peranan watak masing-masing. Berikut adalah pelakon suara untuk setiap watak utama:

  • Yoshitsugu Matsuoka sebagai Uesugi Futaro
  • Kana Hanazawa sebagai Ichika Nakano
  • Ayana Taketatsu sebagai Nino Nakano
  • Miku Itou sebagai Miku Nakano
  • Ayane Sakura sebagai Yotsuba Nakano
  • Inori Minase sebagai Itsuki Nakano
Quintessential Quintuplets Movie Malaysia

Untuk pengetahuan anda, ini merupakan tayangan umum untuk The Quintessential Quintuplets Movie. Fan Screening telah pun diadakan pada bulan September yang lalu.

Jualan tiket untuk filem masih belum bermula, jadi jangan lupa untuk ikuti laman sosial rasmi GSC di Facebook atau Twitter untuk mendapatkan maklumat terkini mengenainya. Anda juga boleh mengikuti laman sosial Odex Malaysia & Brunei juga. Untuk mendapatkan segala liputan mengenai anime daripada kami, sila klik pautan ini.

Tags: filemGSC CinemasThe Quintessential Quintuplets Movie
Previous Post

Tencent kena bayar lebih RM143,000 kepada Moonton kerana isu fitnah

Next Post

Bajet 2023 – Bermula dengan UTC, kerajaan bersedia ke arah hab digital!

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

Mahukan Telefon Gaming Yang Boleh Buat Lebih Daripada Sekadar Bermain Game? Kenali POCO F9 Ultra!
Smartphone

Mahukan Telefon Gaming Yang Boleh Buat Lebih Daripada Sekadar Bermain Game? Kenali POCO F9 Ultra!

September 5, 2026
Previu Age Twisters – Apabila “Usia” Menjadi Kunci Kerjasama Antara Dua Pemain
Preview

Previu Age Twisters – Apabila “Usia” Menjadi Kunci Kerjasama Antara Dua Pemain

September 4, 2026
SEGA/ATLUS Umum Barisan Game Di Tokyo Game Show 2026; Persona 4 Revival, STRANGER THAN HEAVEN & Banyak Lagi
Pameran/Expo

SEGA/ATLUS Umum Barisan Game Di Tokyo Game Show 2026; Persona 4 Revival, STRANGER THAN HEAVEN & Banyak Lagi

September 4, 2026
Next Post
Bajet 2023 – Bermula dengan UTC, kerajaan bersedia ke arah hab digital!

Bajet 2023 - Bermula dengan UTC, kerajaan bersedia ke arah hab digital!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Bleach: Zaraki Kenpachi Akhirnya Pakai Bankai; Hitsugaya Tōshirō Lepaskan Bankai Sebenar
Anime

Bleach: Zaraki Kenpachi Akhirnya Pakai Bankai; Hitsugaya Tōshirō Lepaskan Bankai Sebenar

August 20, 2026
Bos WIT Studio Dedah Sebab MAPPA Ambil Alih Attack on Titan Untuk Musim Terakhir
Anime

Bos WIT Studio Dedah Sebab MAPPA Ambil Alih Attack on Titan Untuk Musim Terakhir

August 19, 2026
Kingdom Hearts 4 – Gameplay Baru Dunia ‘Coco’, Pelancaran Lewat 2027 Serta Anime Original Disney+
Berita

Kingdom Hearts 4 – Gameplay Baru Dunia ‘Coco’, Pelancaran Lewat 2027 Serta Anime Original Disney+

August 15, 2026
Menurut Data, Ratusan Anak Indonesia Diberi Nama Naruto, Luffy, Nobita & Banyak Lagi
Anime

Menurut Data, Ratusan Anak Indonesia Diberi Nama Naruto, Luffy, Nobita & Banyak Lagi

August 12, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd