Aku Sedih sangat-sangat bila dapat berita yang The Last Remnant akan delisted dari Steam. Ianya merupakan salah satu game favorite aku, dan aku boleh katakan, game ni sangat la underrated walaupun ianya di develop oleh Square Enix. Gameplay yang berbeza dari siri Final Fantasy, grafik yang menarik, jalan cerita yang Umph!!! Aku boleh anggap game ni sebagai satu game AAA yang best untuk di layan.
Publisher sendiri yang mengumumkan tentang delist game The Last Remnant ini dari Steam. Tetapi, kepada mereka yang dah ada, jangan risau, korang masih boleh lagi bermain game ni seperti biasa atau download selepas September 4.
Untuk korang yang tak pernah, dan nak cuba main game ni, lagi-lagi korang merupakan kipas-susah-mati game Final Fantasy, korang boleh lagi membeli game ni sebelum ianya di delist! Cepat! Aku akan sediakan LINK untuk download di bawah:
@gamersantaimy
Discussion about this post