Mesti korang tahu kan game Deemo? Pada mulanya, ianya dilancarkan untuk versi mobile, kepada mereka yang tak tahu, Deemo adalah game piano-themed fantasy rhythm game. Senang cerita, macam main Guitar Hero. Kalau tak tahu jugak, dia game muzik.
Jadi, dengar kata yang pada bulan Oktober nanti, kepada pemilik Nintendo Switch, korang boleh mainkan Deemo dengan menggunakan salah satu Nintendo Labo Toy-Con kit, iaitu, kit Piano. Website rasmi Nintendo Jepun telah pastikan perkara ini.
Korang dah boleh main game Deemo untuk Nintendo Switch melalui Nintendo eShop. Untuk versi fizikal, akan dilancarkan di Jepun pada Oktober 25. Kepada mereka yang tak tahu macam mana main game Deemo ni, korang boleh usha video gameplay dia kat bawah ni:
@gamersantaimy
Discussion about this post