The Game Awards telah secara rasminya mendedahkan 30 calon untuk anugerah Players’ Voice, di mana pusingan pertama undian awam kini dibuka. Kategori unik ini (yang 100% diundi oleh peminat) membolehkan para pemain di seluruh dunia untuk menyokong game kegemaran mereka pada tahun ini.
Senarai pencalonan yang luas untuk tahun 2025 mempamerkan pelbagai genre dan platform, daripada keluaran AAA blockbuster kepada judul indie yang inovatif. Para calon adalah:
- Arc Raiders
- Battlefield 6
- Clair Obscur: Expedition 33
- Death Stranding 2: On the Beach
- Delta Force
- Dispatch
- Donkey Kong Bananza
- Doom: The Dark Ages
- Elden Ring: Nightrein
- Final Fantasy XIV
- Fortnite
- Genshin Impact
- Ghost of Yotei
- Hades II
- Helldivers 2
- Hollow Knight: Silksong
- Indiana Jones and the Great Circle
- Kingdom Come: Deliverance II
- Mario Kart World
- Marvel Rivals
- Megabonk
- Ninja Gaiden 4
- No Man’s Sky
- PEAK
- R.E.P.O.
- Silent Hill f
- Sonic Racing CrossWorlds
- Split Fiction
- Warframe
- Wuthering Waves
Proses pengundian distrukturkan dalam tiga pusingan. Dalam pusingan awal ini, peminat dijemput untuk memilih 10 game pilihan mereka daripada senarai 30 calon. Undian untuk pusingan pertama akan berakhir pada hari Rabu, 3 Disember jam 10:00 pagi waktu Malaysia.
Pusingan seterusnya akan pendekkan pilihan, yang akan berakhir dengan undian akhir untuk menentukan pemenang akhir.
Tidak seperti kategori lain di The Game Awards, yang diputuskan oleh juri, anugerah Players’ Voice ditentukan sepenuhnya oleh penyertaan awam, menjadikannya cerminan sebenar suara komuniti gaming.
Peminat boleh membuang undi mereka di laman web rasmi The Game Awards.









Discussion about this post