Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

The Division Resurgence Beta Preview — Membawa Pengalaman Shooter Mobile Yang Selesa!

Maira by Maira
June 13, 2023
in Artikel, Berita, Game, iOS, Preview, Shooter
0 0
0
The Division Resurgence Beta Preview — Membawa Pengalaman Shooter Mobile Yang Selesa!
Share on FacebookShare on Twitter

The Division Resurgence telah pun diumumkan akan hadir ke Malaysia oleh Level Infinite. Kami telah berpeluang untuk mencuba versi beta untuk game tersebut. Boleh dikatakan kami puas hati dengan prestasi game ini walaupun dalam peringkat beta. Ingin tahu lebih lanjut, teruskan membaca!

Gameplay & Kawalan

Kawalan untuk game ini terasa lancar dan baik sahaja tetapi masih ada beberapa perkara yang perlu diperkemaskan. Kedudukan butangnya tidaklah begitu rapat antara sama sama lain, membuatkannya selesa untuk digunakan. Tetapi anda boleh sahaja edit kedudukan butang tersebut melalui control dalam menu.

Sumber: Ubisoft

Game ini bagi kami agak rumit jika nak dibandingkan dengan game mobile shooter lain yang hanya menembak dan berlari. Dalam The Division Resurgence terdapatnya elemen untuk anda berlindung, melompat daripada cover dan sebagainya. Walaupun begitu, kami tidak rasa terbeban langsung dengan butang-butang untuk elemen itu, malah layout butang juga terasa baik.

Sumber: Ubisoft

Terdapat juga aim assist dan kami selalunya tutup sahaja ciri tersebut apabila bermain game shooter sebab ia kadang-kadang mengganggu aim kami. Walaupun begitu, aim assist untuk Resurgence tidak mengganggu kami malah tidak terasa pelik langsung. Memang pembangun memberikan kerja yang baik untuk kawalan game ini.

The Division Resurgence
Sumber: Ubisoft

Penyesuaian

Mula sahaja game, anda boleh mereka watak tersendiri daripada 4 kepakaran iaitu:

  • Demolitionist
  • Bulwark
  • Vanguard
  • Field Medic
Sumber: Ubisoft

Semakin jauh anda maju dalam game ini, anda boleh menukar kepakaran dan akan ada satu lagi kepakaran yang tersedia iaitu Tech Operator. Bagi kami penyesuaian untuk game ini agak biasa, terutamanya cara untuk tingkatkan kuasa watak. Selain daripada naikkan level watak, senjata, gear dan sebagainya, anda boleh mod senjata anda menggunakan attachment seperti muzzle atau magazine. Selain daripada itu, terdapat banyak senjata yang anda boleh cuba. Boleh juga rasa seperti pembangun ingin mencabar kita untuk mencuba kesemua senjata tersebut kerana kadar drop untuknya bagus.

The Division Resurgence
Sumber: Ubisoft

Tetapi kalau anda masih belum dapat senjata yang diinginkan, boleh sahaja dapatkannya melalui Armoury, buka blueprint dan kraf senjata itu sendiri.

Kandungan yang tersedia

Sepanjang bermain beta The Division Resurgence, kami percaya bahawa ia mempunyai banyak kandungan yang tersedia. Terdapat banyak perkara yang anda boleh lakukan. Banyak juga EXP dan SXP (digunakan untuk naikkan level Specialization) dan juga beberapa peralatan.

The Division Resurgence
Sumber: Ubisoft

Selain itu, kita ada Hostile Next. Ia seperti stage mini di mana anda akan masuk dan membunuh segala benda dan kutip ganjaran yang ada lalu keluar daripada tempat tersebut. Masa yang diperlukan untuk acara ini tidaklah begitu panjang. Ganjarannya juga boleh tahan lumayan, tetapi hanya boleh dapat sekali sahaja. Jadi tidak boleh farm ganjaran tersebut.

Setelah anda selesaikan stage dalam misi utama, anda boleh kembali semula dan farm stage misi tersebut. Anda juga boleh memilih kesukaran stage serta membuat pasukan baharu untuk selesaikan misi.

Sumber: Ubisoft

Kesimpulan

Pendek kata, kami memang puas hati dengan The Division Resurgence. Kami betul-betul suka kawalan pada game ini. Walaupun ada beberapa bahagian yang kelihatan rumit, pembangun berjaya membuatkan game ini terasa seronok dimainkan pada mobile.

The Division Resurgence
Sumber: Ubisoft

Kandungan yang tersedia dalam versi beta ini juga membawa kami melihat sedikit sebanyak kandungan yang menanti apabila ia dilancarkan secara rasmi nanti. Ia juga dapat memberikan sesuatu kepada pelbagai jenis pemain. Penyesuaiannya juga baik bagi kami. Cuma satu sahaja perkara yang kami tidak berapa berkenan, iaitu frame rate game yang dikunci pada 30FPS. Grafik game juga biasa-biasa sahaja. Tetapi ada kemungkinan besar versi penuhnya nanti memberikan kualiti grafik yang lebih baik.

Itu sahaja yang kami boleh kongsikan kepada anda semua. Untuk mendapatkan liputan lain mengenai The Division Resurgence, anda boleh klik di sini.

Tags: The Division Resurgence
ShareTweetSend
Previous Post

Gameplay Star Wars Outlaws akhirnya didedahkan, Bakal dilancarkan pada tahun 2024!

Next Post

[Preview] Ghost Trick: Phantom Detective – Mencari punca kematian dengan bermain sebagai roh!

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

ASUS Kenalkan PC AI ProArt Baru Dengan NVIDIA RTX Spark, Bakal Tiba Di Malaysia Pada Q3 2026!
Teknologi

ASUS Kenalkan PC AI ProArt Baru Dengan NVIDIA RTX Spark, Bakal Tiba Di Malaysia Pada Q3 2026!

June 4, 2026
Pokémon Champions Akan Tiba Di Mobile Pada 17 Jun, Pra-Pendaftaran Kini Dibuka!
Mobile

Pokémon Champions Akan Tiba Di Mobile Pada 17 Jun, Pra-Pendaftaran Kini Dibuka!

June 4, 2026
MSI Prestige N16 Flip AI+ Bawa Kuasa AI 1 Petaflop Melalui Cip RTX Spark!
Teknologi

MSI Prestige N16 Flip AI+ Bawa Kuasa AI 1 Petaflop Melalui Cip RTX Spark!

June 3, 2026
Next Post
[Preview] Ghost Trick: Phantom Detective – Mencari punca kematian dengan bermain sebagai roh!

[Preview] Ghost Trick: Phantom Detective - Mencari punca kematian dengan bermain sebagai roh!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd