Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

[TGS25] Previu No Straight Roads 2 – Cubaan Pertama Memakai Casey, Ternyata Irama Lagi Padu

Razin Syafiq by Razin Syafiq
October 7, 2025
in Action, Artikel, Berita, Konsol, Muzik, PC, Preview, Steam
0 0
0
[TGS25] Previu No Straight Roads 2 – Cubaan Pertama Memakai Casey, Ternyata Irama Lagi Padu
Share on FacebookShare on Twitter

Di Tokyo Game Show 2025, kami akhirnya dapat merasai pengalaman bermain No Straight Roads 2. Sekuel yang begitu ditunggu-tunggu dari studio tempatan, Metronomik ini, jelas menjanjikan sesuatu yang istimewa.

Walaupun sesi percubaan kami hanya berlangsung selama enam belas minit, ia sudah cukup untuk membuktikan bahawa demo ini berjaya menyerlahkan semula ramuan yang menjadikan game pertamanya begitu istimewa.

Untuk yang belum tahu, Metronomik adalah studio indie yang diasaskan pada tahun 2017 oleh dua veteran dalam industri permainan video, iaitu Wan Hazmer (pernah terlibat dengan Final Fantasy XV) dan Daim Dziauddin (bekas artis konsep Street Fighter V).

Projek pertama mereka, No Straight Roads, dilahirkan dari sebuah aspirasi unik: untuk menghasilkan sebuah dunia permainan di mana muzik bukan sekadar hiasan audio, tetapi berfungsi sebagai inti dan peraturan utama.

Game sulung mereka merupakan adunan genre aksi dan rhythm yang menentang sebarang kelaziman. Di dalamnya, pemain mengawal gitaris Mayday dan pemain dram Zuke secara silih berganti, memanfaatkan gaya tempur berlandaskan muzik untuk menentang kuasa besar EDM.

Keunikan utamanya terletak pada bagaimana setiap elemen—daripada serangan musuh ke peralihan pentas—diselaraskan sepenuhnya dengan rentak muzik. No Straight Roads 2 mengambil formula ini dan membawanya ke tahap yang lebih tinggi. Metronomik dilihat mahu memperkemas lagi gabungan aksi dan muzik ini.

Pertarungan menentang bos yang epik seperti konsert dan reka bentuk pentas yang gah masih dikekalkan, tetapi kini ditambah baik dengan mekanik irama yang lebih kompleks, serta pertembungan pelbagai genre muzik yang lebih dinamik dalam setiap pertempuran.

Jika dahulu pemain hanya boleh menggunakan Mayday dan Zuke, No Straight Roads 2 kini memperluaskan senarai wataknya dengan dua lagi ahli muzik. Dalam demo yang kami mainkan, kami diperkenalkan kepada Casey, seorang ‘keyboardist’ yang menyerang dengan melepaskan nota-nota muzik.

Dari segi visual, No Straight Roads 2 menampilkan palet warna yang meriah, pencahayaan berbeza-beza yang menonjol, serta kesan visual pentas yang menjadikan setiap pertarungan sebuah persembahan.

Gaya rekaan watak yang berinspirasikan komik turut kembali, kini dengan butiran yang lebih teliti dan pergerakan yang terasa lebih bertenaga.

Sebagai sebuah game yang menggabungkan aksi dan rhythm, kesepaduan antara sistem combat dan runut bunyinya perlu berharmoni. Setiap serangan kombo yang dilancarkan selari dengan melodi, membuatkan sesiapa sahaja pasti akan terikut dengan rentaknya.

Corak serangan musuh juga bergerak mengikut denyutan muzik, membolehkan pemain yang mahir mengelak atau menyerang pada detik yang tepat untuk melancarkan kombo yang lebih berkesan.

Biarpun sesi demo ini singkat, kami dapat melihat dengan jelas bagaimana muzik menjadi teras kepada strategi pertempuran. Masa serangan, perubahan irama pada musuh, dan kelajuan tempo muzik latar semuanya saling mempengaruhi, memberikan ganjaran kepada pemain yang peka terhadap audio dan bertindak balas dengan bijak.

Sebagai contoh, menggunakan sesuatu abiliti tepat pada masanya akan menjadikan pergerakan lebih lancar dan berpotensi untuk mencetuskan serangan khas.

Pengalaman yang kami peroleh meninggalkan kesan yang besar. Walau bagaimanapun, cutscene yang dipaparkan dalam demo ini kelihatan sedikit kaku. Dialog dan ekspresi wajah watak adalah antara aspek yang masih boleh diperbaiki. Namun, ini boleh dijangka kerana ia merupakan versi pembangunan awal.

Jika aspek ini digilap, No Straight Roads 2 berpotensi besar untuk berdiri setanding dengan game rhythm yang lain, apatah lagi dengan sistem gameplay yang sudah sedia mantap.

Sekuel ini dijangka akan tiba pada tahun 2026 untuk platform PC (melalui Steam) dan juga konsol. Untuk sebarang perkembangan terkini, anda boleh melayari halaman Steam rasmi mereka.

Tags: No Straight Roads 2previu
ShareTweetSend
Previous Post

[Eksklusif] Mengapa Transport Fever 3 Melangkau Era Awal Kereta Api? Interviu Bersama Manu Mikael Oehler

Next Post

Hero Shooter ‘Heart Electric’ Umumkan Sesi Playtest Global Pertama Untuk PC

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

MSI Prestige N16 Flip AI+ Bawa Kuasa AI 1 Petaflop Melalui Cip RTX Spark!
Teknologi

MSI Prestige N16 Flip AI+ Bawa Kuasa AI 1 Petaflop Melalui Cip RTX Spark!

June 3, 2026
Claw 8 EX AI+ & Titan 18 HX Dragon Edition Memimpin Barisan Produk Terbaru MSI Di COMPUTEX 2026!
Teknologi

Claw 8 EX AI+ & Titan 18 HX Dragon Edition Memimpin Barisan Produk Terbaru MSI Di COMPUTEX 2026!

June 3, 2026
Apple Umum Pemenang Apple Design Awards 2026 – Senarai Penuh Game & Aplikasi!
Anugerah

Apple Umum Pemenang Apple Design Awards 2026 – Senarai Penuh Game & Aplikasi!

June 3, 2026
Next Post
Hero Shooter ‘Heart Electric’ Umumkan Sesi Playtest Global Pertama Untuk PC

Hero Shooter 'Heart Electric' Umumkan Sesi Playtest Global Pertama Untuk PC

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd