Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Hero Shooter ‘Heart Electric’ Umumkan Sesi Playtest Global Pertama Untuk PC

Razin Syafiq by Razin Syafiq
October 7, 2025
in Artikel, Berita, Beta, PC, Shooter, Steam
0 0
0
Hero Shooter ‘Heart Electric’ Umumkan Sesi Playtest Global Pertama Untuk PC
Share on FacebookShare on Twitter

Pembangun Modoyo mengesahkan sesi playtest global pertama untuk game PC mereka yang akan datang, Heart Electric, sebuah hero shooter yang dibangunkan menggunakan Unreal Engine 5.

Sesi playtest ini akan berlangsung dari Jumaat, 24 Oktober, hingga Isnin, 27 Oktober, dan menawarkan peluang pertama kepada para pemain untuk merasai pengalaman combat unik berasaskan tenaga yang melibatkan empat pasukan.

Heart Electric bertujuan untuk mentakrifkan semula genre ini dengan melagakan empat pasukan yang terdiri daripada tiga ahli dalam combat sengit untuk merebut tenaga.

Sorotan utama pengalaman ini ialah “Magnetic Flux,” satu mekanik yang membolehkan pemain memanipulasi logam, meluncur di arena pada kelajuan tinggi, dan mencetuskan efek elektromagnet untuk mengatasi pihak lawan.

“Magnetic Flux ialah satu kuasa yang mampu mengubah hala gameplay,” kata pasukan pembangun. “Ia memberi kebebasan pergerakan dan juga keupayaan untuk merangka strategi inovatif bagi mengekalkan kelebihan taktikal.”

Berdasarkan maklum balas daripada ujian-ujian berskala lebih kecil sebelum ini, Modoyo telah menambah baik sistem ini, kini membolehkan pemain menggunakan Magnetic Flux semasa di udara, sekaligus membuka pelbagai cara baharu untuk aksi-aksi mahir di udara.

Game ini ingin memberi nafas baharu kepada format hero shooter. Berbanding mod deathmatch tradisional, setiap pasukan mesti menghabiskan tenaga simpanan pihak lawan sambil melindungi tenaga mereka sendiri.

Pemain boleh menggunakan “Hearts” untuk mencuri tenaga terus dari pangkalan musuh, tetapi perlu berwaspada dengan perangkap magnetik, serangan hendap, atau campur tangan daripada pasukan lain yang mengambil kesempatan. Setiap kali pihak lawan disingkirkan, pasukan mereka akan kehilangan tenaga apabila respawn.

Apabila hanya tinggal dua pasukan, fasa endgame akan bermula. Kubah arena akan jatuh dan mula mengecil, sementara setiap pemain yang tinggal akan menerima ‘energy overload’. Fasa terakhir ini menjadi pertarungan penentuan untuk menentukan juara.

Sepanjang hujung minggu ujian main global ini, pemain akan mendapat akses kepada:

  • Mekanik Magnetic Flux di tiga arena yang berbeza
  • Beberapa hero yang boleh dimainkan dengan abiliti unik
  • Pelbagai pilihan senjata utama dan loadout yang boleh diubah suai sepenuhnya
  • Format kompetitif 4v4v4v4 serba baharu
  • Leaderboard global untuk kompetitif

Pemain yang berminat untuk menyertai aksi ini boleh mendaftar untuk sesi ujian main global dengan melayari laman rasmi Heart Electric di Steam.

Tags: BETAHeart Electric
ShareTweetSend
Previous Post

[TGS25] Previu No Straight Roads 2 – Cubaan Pertama Memakai Casey, Ternyata Irama Lagi Padu

Next Post

eFootball Akan Menjadi Antara Tarikan Utama Di “gamescom asia x Thailand Game Show 2025”

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

animate KL Bakal Anjur Sonic the Hedgehog 35th Anniversary Fair & Gratte Cafe Bermula 6 Jun!
Jom Singgah!

animate KL Bakal Anjur Sonic the Hedgehog 35th Anniversary Fair & Gratte Cafe Bermula 6 Jun!

June 5, 2026
Reviu Farming Simulator 26 (Nintendo Switch) – Pertanian Santai “On-The-Go,” Tapi Grafik Pula Kurang Menjadi
Review

Reviu Farming Simulator 26 (Nintendo Switch) – Pertanian Santai “On-The-Go,” Tapi Grafik Pula Kurang Menjadi

Pokémon Center Singapore Bakal Dibuka Semula 1 Julai 2026 – Wajah Baru, Merchandise Baru!
Jom Singgah!

Pokémon Center Singapore Bakal Dibuka Semula 1 Julai 2026 – Wajah Baru, Merchandise Baru!

June 5, 2026
Next Post
eFootball Akan Menjadi Antara Tarikan Utama Di “gamescom asia x Thailand Game Show 2025”

eFootball Akan Menjadi Antara Tarikan Utama Di "gamescom asia x Thailand Game Show 2025"

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd