Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

[TGS2020] Game strategy RPG Illusion Connect siap sedia untuk pra-pendaftaran! Pilih rakan Bishōjo anda!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
September 26, 2020
in Android, Artikel, Berita, iOS, Livestream, Mobile, Real time strategy
0 0
0
[TGS2020] Game strategy RPG Illusion Connect siap sedia untuk pra-pendaftaran! Pilih rakan Bishōjo anda!
Share on FacebookShare on Twitter

Di siaran langsung TGS 2020 hari ini, enerbit permainan Efun Company telah mendedahkan lebih lanjut tentang permainan turn-based RPG strategi Illusion Connect untuk iOS dan Android. Bersama itu, pemain kini boleh menyertai kempen pra-pendaftaran mereka, yang menyediakan banyak ganjaran untuk semua pemain yang mengambil bahagian dan memuat turun permainan tersebut. Untuk pra-daftar, klik di sini.

Semua pemain dapat menuntut ganjaran berikut secara percuma setelah mereka mencapai jumlah pra-pendaftaran yang tertera:

  • Nightmare Bottle M*10+Gold*20000 
  • 100,000 pra-pendaftaran: Crystal*10000+Diamond*50 
  • 200,000 pra-pendaftaran: Summoning certificate*10+Large gift box (purple)*5+Gold*30000 
  • 300,000 pra-pendaftaran: Miyuki Skin+ Diamond * 250 + Gold * 50000

Selain itu, “Invitation Code Contest” memberi peluang kepada pemain untuk mendapatkan watak SSR percuma. Semua pemain yang membuat pra-pendaftaran melalui telefon bimbit akan menerima ganjaran tambahan, dan semakin banyak kali kod jemputan mereka digunakan, kemungkinan itu akan meningkat untuk mendapatkan watak SSR percuma.

 

1 of 3
- +

Latar belakang

Illusion Connect memperkenalkan dunia yang tersembunyi bernama Dream World, di mana makhluk gelap yang dikenali sebagai Nightmare mengintai daripada bayang-bayang dan mencari peluang untuk menyerang dunia sebenar. Pemain akan menggunakan kekuatan Lenses, untuk bertarung bersama dengan Radiant demi menentang Nightmare dan mendedahkan konspirasi mereka. Mari kita berkenalan dengan enam puak di dalam dunia permainan.

Muscipula: organisasi Radiant kecil di Bloomsea City. Mereka memperoleh wang dengan menerima kontrak untuk menyiasat peristiwa berkaitan Nightmare di seluruh dunia.

SEED: Organisasi Radiant yang paling lama. Objektif utama mereka adalah untuk menghapuskan Nightmare dan melindungi umat manusia.

Uroboros:  Organisasi lama dan jahat yang ditubuhkan oleh Rotania yang berkhidmat untuk Nightmare. Mereka membenci manusia dan suka membunuh mereka untuk suka-suka.

Liberos: Organisasi Radiant misteri yang menguruskan tugas dengan cara mereka sendiri. SEED cuba menghapuskan Liberos sekali, tetapi ahli sihir ini masih beroperasi dalam kegelapan.

Phoenix: Konsortium kewangan yang hebat dan besar yang mempunyai pengaruh di seluruh dunia. Sebahagian besar pengurusan terdiri daripada Radiant.

Tobunkai: Organisasi yakuza yang ditubuhkan dan diketuai oleh Radiant. Ia bermula sebagai sebuah kumpulan yang berharap dapat membantu mempertahankan orang yang lemah daripada Nightmare, tetapi sejak itu menjadi ganas dan kini berurusan dengan Lenses aritifisial di bawah pemimpin generasi ke-3.

Sebuah teaser juga telah dikeluarkan, di mana pemain boleh mendapatkan perspektif mengenai  dunia dan juga reka bentuk watak:

Sekiranya anda peminat watak-watak Bishōjo, maka Illusion Connect ialah permainan video yang tidak boleh anda lepaskan. Dengan pelbagai watak, reka bentuk grafik yang menakjubkan, dan jalan cerita yang menarik, pra-daftar sekarang dan bersiaplah untuk menyelami Dream World yang penuh misteri dengan rakan-rakan Bishōjo anda!

Tags: Efun CompanyIllusion ConnectMobileTGS 2020
Previous Post

Game dari Konami termasuk siri Metal Gear, Castlevania dan Contra kini dijual di GOG.com!

Next Post

[TGS2020] Lebih pendedahan termasuk gameplay untuk game Earth Defense Force: World Brothers!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Mahukan Telefon Gaming Yang Boleh Buat Lebih Daripada Sekadar Bermain Game? Kenali POCO F9 Ultra!
Smartphone

Mahukan Telefon Gaming Yang Boleh Buat Lebih Daripada Sekadar Bermain Game? Kenali POCO F9 Ultra!

September 5, 2026
Previu Age Twisters – Apabila “Usia” Menjadi Kunci Kerjasama Antara Dua Pemain
Preview

Previu Age Twisters – Apabila “Usia” Menjadi Kunci Kerjasama Antara Dua Pemain

September 4, 2026
SEGA/ATLUS Umum Barisan Game Di Tokyo Game Show 2026; Persona 4 Revival, STRANGER THAN HEAVEN & Banyak Lagi
Pameran/Expo

SEGA/ATLUS Umum Barisan Game Di Tokyo Game Show 2026; Persona 4 Revival, STRANGER THAN HEAVEN & Banyak Lagi

September 4, 2026
Next Post
[TGS2020] Lebih pendedahan termasuk gameplay untuk game Earth Defense Force: World Brothers!

[TGS2020] Lebih pendedahan termasuk gameplay untuk game Earth Defense Force: World Brothers!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Bleach: Zaraki Kenpachi Akhirnya Pakai Bankai; Hitsugaya Tōshirō Lepaskan Bankai Sebenar
Anime

Bleach: Zaraki Kenpachi Akhirnya Pakai Bankai; Hitsugaya Tōshirō Lepaskan Bankai Sebenar

August 20, 2026
Bos WIT Studio Dedah Sebab MAPPA Ambil Alih Attack on Titan Untuk Musim Terakhir
Anime

Bos WIT Studio Dedah Sebab MAPPA Ambil Alih Attack on Titan Untuk Musim Terakhir

August 19, 2026
Kingdom Hearts 4 – Gameplay Baru Dunia ‘Coco’, Pelancaran Lewat 2027 Serta Anime Original Disney+
Berita

Kingdom Hearts 4 – Gameplay Baru Dunia ‘Coco’, Pelancaran Lewat 2027 Serta Anime Original Disney+

August 15, 2026
Menurut Data, Ratusan Anak Indonesia Diberi Nama Naruto, Luffy, Nobita & Banyak Lagi
Anime

Menurut Data, Ratusan Anak Indonesia Diberi Nama Naruto, Luffy, Nobita & Banyak Lagi

August 12, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd