Semasa persembahan Tokyo Game Show 2020, Capcom mendedahkan permainan baru Devil May Cry 5 Special Edition dengan lebih mendalam yang akan hadir ke konsol Next-Gen akan datang iaitu PS5 dan Xbox Series! Permainan ini akan menyokong Ray Tracing dan 120 Hz pada monitor yang menyokongnya. Ia juga akan menggunakan maklum balas haptik pada pengawal DualSense PS5.
Selain daripada pendedahan Ray Tracing dan 120Hz seperti yang dinyatakan pada PlayStation Showcase awal bulan lalu, nampaknya DMC Special Edition ini akan menampilkan Turbo Mode dan Dark Knight Mode juga!
Dalam Turbo Mode anda dapat bermain dalam kelajuan sehingga 1.2x!
Untuk mode Dark Knight anda harus bersedia untuk menentang 4x ganda musuh sehingga satu kawasan lebih dari 50 musuh untuk dilawan! Anda boleh lihat video dibawah dengan menggunakan watak terbaru Virgil dalam gameplaynya;
Kita juga dapat melihat beberapa video permainan yang menunjukkan ray tracing gelap legendaris untuk Nero dan Dante.
Terakhir, tetapi yang tidak kalah pentingnya, kami juga melihat Vergil yang boleh dimainkan pertama kali.
Kami juga mengetahui bahawa Vergil dan semua kandungannya akan hadir ke PS4, Xbox One, dan PC sebagai DLC. Tidak ada maklumat lagi yang diberikan mengenai perkara ini buat masa ini.
Setelah berakhir persembahan gameplay tersebut, mereka turut mempersembahkan figurin bersaiz ketinggian kanak-kanak untuk watak utama DMC iaitu Dante! Figurin yang besar ini sangat penuh ketelitian sehingga baju, rambut, muka yang berkerut nampak nyata! Anda boleh lihat tangkapan skrin dibawah:
Permainan ini akan dilancarkan pada 10 November untuk Xbox Series X dan S dan pada 12/19 November untuk PS5 bergantung pada pengeluaran bedasarkan konsol next-gen ini di negara masing-masing. Baca selebihnya mengenai Tokyo Game Show 2020 di sini.
@gamersantaimy
Discussion about this post