Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

[TGS2020] Atelier Ryza 2: Lost Legends & the Secret Fairy dapat trailer gameplay baru bersama pelancaran PS5!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
September 26, 2020
in Artikel, Berita, Livestream, Nintendo Switch, PC, PS4, PS5, RPG, Steam
0 0
0
[TGS2020] Atelier Ryza 2: Lost Legends & the Secret Fairy dapat trailer gameplay baru bersama pelancaran PS5!
Share on FacebookShare on Twitter

Di TGS 2020, Koei Tecmo mengungkap butiran baru tentang Atelier Ryza 2: Lost Legends & the Secret Fairy, yang bakal datang ke PC, PS4, PS5 dan Switch. Siaran langsung ini menampilkan produser Junzo Hosoi, seiyuu Yuri Noguchi, dan pereka watak Toridamono. Acara ini bermula dengan rumusan ringkas tentang Atelier Ryza 2, di mana ia menampilkan Ryza kembali sebagai protagonis sekali lagi, bersama fitur-fitur baru seperti berenang dan lain-lain.

Pengumuman  pertama adalah trailer baru, yang secara khusus mendedahkan Empel Vollmer dan Lila Decyrus. Walaupun mereka muncul dalam permainan, mereka tidak akan menjadi ahli party kerana kami hanya melihat mereka dalam adegan tertentu.

Pengumuman kedua adalah pelancaran lagu tema Atelier Ryza 2 berjudul Somewhen, Somwhere… oleh Clammbon, dengan muzik dan lirik oleh Mito. Sebuah mesej video daripada Mito juga ditunjukkan. Anda boleh mendengar lagu di dalam trailer.

Seterusnya, kami melihat beberapa gameplay langsung, bermula dengan gameplay alchemy di dan rumah agam yang disewa oleh Ryza. Kami juga melihat beberapa adegan penerokaan, dengan Ryza menunggang sejenis raksasa, Ryza berenang untuk merentasi kawasan dan memasuki dungeon. Permainan ini masih menggunakan sistem peta dunia yang sama di mana setiap lokasi diwakili oleh ikon.

Adegan pertempuran juga dijelaskan dengan lebih lanjut. Junzo Hosoi memberitahu bahawa ia adalah sistem pertempuran yang sama seperti permainan pertama tetapi dirombak dengan pengalaman aksi yang lebih besar. Sekarang, anda boleh menukar anggota parti yang aktif bersama watak simpanan semasa bertarung.

Atelier Ryza 2: Lost Legends & the Secret Fairy akan dilancarkan di seluruh dunia pada musim sejuk 2021 di PS4, PS5, Switch, dan PC melalui Steam manakala permainan akan dilancarkan lebih awal di Jepun pada 3 Disember 2020.

Tags: Atelier Ryza 2Atelier Ryza 2: Lost Legends & the Secret Fairykoei tecmoTGS 2020
Previous Post

[TGS2020] Dan Hibiki akan datang ke DLC terbaru Street Fighter V: Champion Edition!

Next Post

[TGS2020] Gameplay Monster Hunter Rise didedahkan dengan lebih lanjut sebentar tadi!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!
Berita

The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!

June 4, 2026
Game Survival Horror Kejam ‘ILL’ Sasar Pelancaran Pada 2027!
Berita

Game Survival Horror Kejam ‘ILL’ Sasar Pelancaran Pada 2027!

June 4, 2026
Game Aksi Supernatural KEMURI Akan Keluar Tahun 2027, Gameplay Pertama Didedahkan!
Berita

Game Aksi Supernatural KEMURI Akan Keluar Tahun 2027, Gameplay Pertama Didedahkan!

June 4, 2026
Next Post
[TGS2020] Gameplay Monster Hunter Rise didedahkan dengan lebih lanjut sebentar tadi!

[TGS2020] Gameplay Monster Hunter Rise didedahkan dengan lebih lanjut sebentar tadi!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd