Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

[TGS 2019] CONTRA: Rogue Corps Mengimbau CONTRA Lama Dalam Persekitaran Baru

CONTRA. Apa lagi nak di kata?

Jade Ice by Jade Ice
September 15, 2019
in Acara, Artikel, Berita, Nintendo Switch, PC, PS4, Steam
0 0
0
[TGS 2019] CONTRA: Rogue Corps Mengimbau CONTRA Lama Dalam Persekitaran Baru
Share on FacebookShare on Twitter

Konami Digital Entertainment telah mengumumkan francais Contra mereka akan kembali ke konsol dan PC dengan CONTRA: Rogue Corps. Pada 24 September (Asia dan America) dan 28 September (Jepun dan Eropah), pemain akan dapat memainkan sebuah game yang telah menjadi inspirasi kepada banyak games shooter lain semenjak ianya mula-mula diterbitkan pada 1987.

CONTRA: Rogue Corps adalah game aksi 3rd person yang mengekalkan elemen dan keaslian permainan siri Contra yang menampilkan pertempuran yang fokus dan pantas. Ianya bakal boleh dimainkan pada PlayStation 4, Xbox One, Nintendo Switch dan PC menerusi Steam. Nobuya Nakazato telah memasukkan 25 tahun sejarah contra ke dalam game ini dengan musuh-musuh unik yang ramai, keganasan yang terlampau dan juga pilihan watak-watak utama yang memberikan kesinambungan untuk game ini.

Beberapa tahun selepas kejadian Alien Wars, CONTRA: Rogue Corps menceritakan tentang sekumpulan bekas askar yang hidup di rantauan sebagai pembunuh upahan dan pencari harta karun di Damned City. Untuk kelansungan hidup, reaksi yang pantas, senjata yang kuat dan ada kalanya; penggubahan organ dan cybernetic. Pemain akan menyelesaikan misi menerusi kempen PVE, dengan mengumpulkan bahan asas untuk menaik taraf senjata mereka untuk terus hidup dalam Damned City. Jikka masih gagal, game ini boleh dimainkan bersama-sama pemain lain dalam mod permainan online dan juga mod multiplayer tempatan.

Antara ciri-ciri game ini adalah:

  • Shooter aksi yang pantas dengan mekanisma run & gun
  • Pilihan daripada 4 watak utama yang unik. masing-masing dengan kebolehan tersendiri. Load out senjata boleh dirancang, senjata yang unik juga boleh di cipta
  • Bilik operasi – untuk menaiktaraf watak dan kebolehan
  • PVE – Mod kempen Deep Story yang dipenuhi misi yang mencabar di kalangan musuh yang ramai. Permainan seorangan ataupun berkumpulan sehingga 4 pemain
  • PVP – Main dalam Carnage League dimana terdapat banyak ruleset, termasuklah team deathmatch dan sukan berasaskan arena. Perlawanan umum dan peribadi boleh dimainkan dalam 2v2, 3v3, 4v4 ataupun 1v4
  • Mod co-op tempatan sehingga 4 pemain

  • 4 watak utama yang unik:
    • Kaiser – Askar dari Alien Wars yang dibina semula setelah mengalami kecederaan yang teruk. Sekarang memiliki tangan yang besar dan mampu bertukar menjadi drill
    • Ms Harakiri – Pembunuh terkenal dan pakar dan penyelinapan dan pencerobohan senyap. Telah bergabung dengan seekor alien yang tinggal di bahagian tengah badannya.
    • Hungry Beast – Pernah menjadi seorang manusia bernama Kurt Steiner, otaknya telah dimasukkan ke dalam sebuah robot panda yang besar dan kini hanya menghabiskan masa mencari makanan.
    • Gentleman – Seekor alien Brain Bug yang dibesarkan oleh manusia. Dia merasakan ahli pasukannya yang lain sangat tidak beradab terutamanya Hungry Beast. Seringkali bergaduh berkenaan adab di meja makan dan menggunakan teknik paling efisyen untuk membunuh musuh.

Seperti biasa, semua permainan online memerlukan langganan berbayar perkhidmatan konsol masing-masing. Untuk permainan tempatan di atas Nintendo Switch, setiap pemain memerlukan konsol dan game mereka sendiri. Kami juga sempat mencubanya ketika berada di TGS 2019!

Pra-tempahan CONTRA: Rogue Corps telahpun dibuka dan bermula dengan harga USD$39.99 untuk edisi standard dan USD$44.99 untuk edisi yand di datangkan dengan Season Pass.

Maklumat lanjut berkenaan CONTRA: Rogue Corps boleh didapati daripada laman rasmi mereka.

Tags: contraContra: Rogue CorpskonamiPCPlayStation 4switchXbox One
Previous Post

[TGS 2019] Main sebagai Yokai di Nioh 2! Gameplay jauh lebih menarik daripada prequel!

Next Post

[TGS 2019] Mega Man Zero/ZX Legacy Collection Membawa Pemain Kembali Ke Zaman Kanak-Kanak

Jade Ice

Jade Ice

"Bolehlah" gamer. Tak n00b tak expert. Dulu-dulu teras keras punya gamer. Sekarang kids, wife, gaming (in that order). Hantu Final Fantasy, MGS, Kingdom Hearts.

Related Posts

Stellar Blade Dedahkan Sekuel “BLOOD RAIN”
Berita

Stellar Blade Dedahkan Sekuel “BLOOD RAIN”

June 6, 2026
Capcom Umum Remake Resident Evil Veronica, Akan Datang Tahun 2027
Remake

Capcom Umum Remake Resident Evil Veronica, Akan Datang Tahun 2027

June 6, 2026
Final Fantasy VII Revelation – Game Terakhir Untuk Trilogi Remake Akan Datang Pada 2027 Di Semua Platform
Berita

Final Fantasy VII Revelation – Game Terakhir Untuk Trilogi Remake Akan Datang Pada 2027 Di Semua Platform

June 6, 2026
Next Post
[TGS 2019] Mega Man Zero/ZX Legacy Collection Membawa Pemain Kembali Ke Zaman Kanak-Kanak

[TGS 2019] Mega Man Zero/ZX Legacy Collection Membawa Pemain Kembali Ke Zaman Kanak-Kanak

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd