Kali pertama diperkenalkan di PlayStation State of play, kemudian beberapa informasi turut dikongsikan di Gamescom 2019 bulan lalu, kini sekali lagi Predator: Hunting Grounds menonjolkan diri di Tokyo Game Show 2019! Bertuahnya kami di acara ini, kami dapat bersama Ketua IIIFonic Charles Brungardt dan Creative Director Jared Gerritzen untuk perkongsian permainan terbaru Predator yang akan ke platform PlayStation 4 tahun hadapan.
Disini kami dapat bertanya beberapa soalan serta mencuba sendiri demo Predator: Hunting Grounds untuk dikongsikan kepada peminat. Paling penting, kami dapat memegang watak Predator dan ‘Fire Team‘ untuk beberapa pertempuran berbilang asimetri yang terbukti tersangatlah sengit dan tegang, penuh aksi dan bersama-sama merasakan keseronokan itu. Tidak pastilah jika permainan dalam talian nanti bagaimana pula reaksinya nanti.
Gameplay
Sebelum kita ke pengenalan yang dipersembahkan oleh Charles Brungardt dan Jared Gerritzen, kami akan menceritakan serba sedikit demo yang kami cuba bersama rakan media yang lain di TGS 2019. Pertama dalam demo yang kami main, perbezaan terbesar antara permainan asimetris ini dan yang lain ialah pemaju sebenarnya menambah npcs neutral dalam peta, di mana ia akan menyerang Fire Team dan pemangsa.
Bermain sebagai Fire Team memerlukan lebih banyak interaksi bersama tentera yang lain. Jika terlalu dekat menjadi sasaran yang senang buat pemangsa, terlalu jauh pula akan menjadikan rakan tentera menjadi sasaran hidangan buat pemangsa. Kita boleh menumpukan pada membunuh pemangsa (yang akan menamatkan permainan) atau memberi tumpuan untuk menyelesaikan misi dan pada fasa terakhir kita boleh dapat menggunakan helikopter.
Buat masa sekarang, kesemua senjata memang seronok untuk digunakan tetapi bukan sniper lah, kerana nak dapatkan sasaran untuk tembak Predator memang susah! Tambahan pula waktu untuk reload sniper tu tiba-tiba kita yang mati diserang dahulu.
Menjadi Predator dari Fire Team lagi seronok! Predator dapat memanjat pokok, jadi halimunan dan intip musuh (Fire Team). Tidak seperti Fire Team, Predator tidak perlukan UI minimap! Selain itu, Predator dapat akses untuk menggunakan heat vission, dimana ianya dapat mengesan haba NPC (yang kadang kala anda akan tersilap juga ingatkan pemain lain). Dengan gegelang di tangan yang banyak kegunaan itu serta ‘deadly plasma caster’, senang sahaja Predator menghuru harakan pasukan Fire Team.
Yang menariknya disini, Fire Team kami bermain sebagai pandangan orang pertama (1st person view) manakala Predator pula pandangan orang ketiga (3rd person view). Terdapat banyak persamaan dengan versi filem asal, seperti apabila anda adalah Fire Team anda bertindak sebagai pemangsa, dan anda dapat menghapuskan si pemangsa yang suka mengeluarkan isir hati jantung badan tulang orang untuk dapatkan trofi. Jika Predator mati, dia juga dapat mengaktifkan bom penghapusan sendiri yang disambungkan di lenganya. Apa yang tiada dalam demo ini adalah gelak Predator yang agak seram itu!
Apa yang menjadi kebimbangan dalam permainan ini secara amnya, ianya akan menjadi lebih seronok mengikut kemahiran pemangsa. Ketika bermain demo ini, kami bermainya dengan 5 orang lain dalam satu bilik. Jadi memang seronok bila beramai-ramai menjerit dan gelak tawa bersama. Tetapi jika dengan permainan dalam talian, mungkin ianya akan menjadi biasa-biasa dan hanya begembira dalam talian.
Okay kita beralih dengan persembahan ciri-ciri permainan bersama Charles Brungardt dan Jared Gerritzen;
Ciri-cirinya:
- 1v4 (Predator vs Fire Team)
- Sekumpulan tentera elit ke dalam kawasan pemburuan predator;
- Tentera (Fire Team) bermain sebagai ‘1st person’, Predator sebagai ‘3rd person’;
- Tentera masuk kekawasan pemburuan, selesaikan misi sebelum masa berakhir, dan lari menggunakan helikopter;
- Boleh menggunakan lumpuh untuk mengelak pengesanan infrared haba Predator untuk masa tertentu
- Jaringan Predator adalah memburu dan menewaskan Fire Team
- Boleh intip mangsa dari pokok atau kawasan tanah;
- Mempunyai teknologi ikonik yang boleh digunakan seperti infrared pengesan haba, dan ‘cloaking’.
- Mempunyai keupayaan pasif dipanggil ‘Second Wind’, yang akan membuat anda hidup dan bertahan dengan lebih baik.
- Senjata Predator – Deadly Plasma Caster; Wrist blades; Self-destruct
- Boleh mendapatkan trofi, dapatkan segala tengkorang dan tulang apabila Fire Team telah tumbang.
- Selebihnya dalam perkongsian ;
- Kelas hanya beban. Pemain akan dapat menyesuaikan seberapa banyak “kelas” yang mereka mahu pada masa akan datang.
- Juga beberapa kelas Predator kelak;
- Beberapa map untuk pelancaran, mungkin akan ditambah lagi;
- Hanya mempunyai permainan multiplayer buat masa sekarang kerana lebih seronok bermain beramai-ramai;
- Banyak lagi kemaskini untuk masa akan datang sebelum pelancaran;
- Selain dengan mengeluarkan isi perut Fire Team untuk Predator dapatkan trofi, turut ada beberapa sesi mokap yang pihak developer dapat tahu untuk dapatkan trofi. Jadi lebih banyak cara kejam yang lain untuk mendapatkan trofi;
- Selalunya Predator akan memusnahkan diri sendiri dan gelak sebelum menjadi kamikaze, pihak developer menyatakan mereka tidak memasukanya kerana ianya akan VOIP (suara tertentu)
Banyak sungguh perkongsian yang kami dapatkan bersama kedua orang kuat untuk Predator: Huntung Grounds ini, jadi kita tunggu lebih lagi maklumat sepanjang tahun ini sebelum pelepasanya pada tahun hadapan untuk platform PlayStation 4 dan akan diberitahu kelak.
@gamersantaimy
Discussion about this post