Penantian akhirnya berakhir! Masih ingat beberapa hari lepas di State of Play, mereka mendedahkan sedikit teaser permainan video Ghost of Tsushima dan akan disambung? Nampaknya sambungan itu telah didedahkan di The Game Awards 2019!
Didalam treler ini turut menyatakan bahawa permainan video ini akan hadir di PlayStation 4 musim panas 2020! Kecantikan permainan ini dari segi grafik nyata terserlah! Kami dapat merasakan sebuah remake akan dibuat juga untuk versi PlayStation 5 kemungkinan!
Di luar grafik, kita dapat melihat dalam pendedahan gambaran baru ringkas menggunakan pedang, stealth, dan traversal. Ia hanya dalam coretan ringkas tetapi ia kelihatan seperti seronok yang anda harapkan dari pemaju di sebalik Infamous, satu siri yang diiktiraf untuk permainannya yang sangat baik.
Anda boleh lihat sendiri treler Ghost of Tsushima yang sangat cantik ini;
Nyata kecantikanya terserlah kan! Jadi jangan lupa kunci tarikh anda musim panas 2020 untuk pelancaran rasmi Ghost of Tsushima!
@gamersantaimy
Discussion about this post