Salah satu yang menjadi kejutan hari ini ketika The Game Awards 2019, dengan kehadiran Michelle Rodriguez yang mendedahkan permainan terbaru dari filem terkenal yang dilakonkanya sendiri iaitu Fast & Furious Crossroads! Lagi menarik apabila Vin Diesel turut menampilkan kemunculanya di The Game Awards dan menyampaikan anugerah The Best Game of The Year yang dimenangi oleh permainan video Sekiro: Shadows Die Twice!!
Secara rasminya Bandai Namco Entertainment, Universal Games and Digital Platforms dan Slightly Mad Studios mengumumkan permainan berlumba yang gempak dan penuh dengan aksi ini! Fast & Furious Crossroads dijadualkan akan hadir untuk platform PlayStation 4, Xbox One dan PC via STEAM pada 22 Mei 2020.
Memaparkan jalan cerita yang sahih dan penuh dengan hero terkenal dari filem, alat, kereta dan tindakan sinematik tanpa henti, Fast & Furious Crossroads akan menyampaikan permainan penuh debaran dalam mod cerita pemain tunggal dan mod berbilang pemain yang akan didedahkan tidak lama lagi.
Menampilkan watak pratagonis asal dari filem seperti Vin Diesel, Michelle Rodriguez dan Tyrese Gibson sebagai Dom, Letty, dan Roman didalam permaianan yang penuh aksi pengembaraan yang disetkan di lokasi menarik sekali! Pemain akan melakukan perjalanan dari jalan-jalan eksotik ke dunia pengintipan antarabangsa yang keruh, melepaskan heist dan aksi laju berkelajuan tinggi ketika mereka bertarung untuk menumpaskan ancaman baru.
“Permainan yang penuh dengan aksi, pemancaran suara semua bintang, dan pengalaman Fast & Furious yang tulen terus kami sampaikan ‘lebih seronok untuk semua orang’ dan merupakan tambahan menarik untuk katalog hiburan kami yang mantap untuk peminat dari semua peringkat umur.”
-Chris Gilbert, Naib Presiden Kanan Jualan dan Pemasaran untuk BANDAI NAMCO Entertainment America Inc.
Jadi jangan lupa 22 Mei 2020 dengan kehadiran Fast & Furious Crossroads dan terus dapatkan kemaskini permainan ini di laman web rasminya, Facebook, Instagram, Twitter dan Youtube.
@gamersantaimy
Discussion about this post