Game Goddess of Victory NIKKE telah pun dilancarkan beberapa bulan yang lalu dan rasanya ramai pemain game mobile “berbudaya” mesti mengenali game ini. Baru-baru ini, timbul satu isu dengan komuniti pemain NIKKE di Thailand apabila iklan terbaru game itu dikeluarkan. Jom kami ceritakan lebih lanjut kepada anda.
Isu ini bermula apabila page Facebook rasmi NIKKE Thailand memuat naik iklan terbaru untuk mempromosikan game tersebut. Dalam iklan tersebut, ia memaparkan seorang pemain yang ketagih dengan game tersebut sehingga membawanya ke alam mimpi, di mana watak NIKKE telah menggodanya. Ia juga terlampau seksual dan membuatkan ramai yang terasa jijik menontonnya.
Tidak lama selepas itu, video iklan itu telah dipadam setelah menerima pelbagai reaksi negatif daripada komuniti game tersebut. Banyak komen yang mengatakan bahawa iklan tersebut seperti merendahkan komuniti pemain dan secara halus menggelar mereka sebagai “otaku gatal”.
Halaman Facebook NIKKE Thailand telah pun membuat pengumuman permohonan maaf mengenai iklan tersebut dan benar-benar kesal dengan perkara yang berlaku. Walaupun begitu, majoriti pemain tidak berpuas hati dengan permohonan maaf tersebut dan meminta pihak mereka memberikan penjelasan lanjut mengenainya. Mereka ingin tahu bagaimana iklan tersebut boleh mendapat kelulusan untuk dihasilkan. Sehingga sekarang post tersebut masih dibanjiri oleh komen daripada pemain.
Harap-harap kejadian seperti ini boleh membuka mata pihak penerbit terhadap komuniti pemain. Walaupun mereka semua ini “berbudaya”, tidak semestinya mereka suka iklan seperti itu. Apa pula pendapat anda mengenainya? Boleh kongsikannya di ruangan komen! Untuk mendapatkan liputan lain mengenai game NIKKE, boleh klik pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post