Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Terbang Ke Destinasi Bersama Pesawat AirAsia x Sonic the Hedgehog, Inilah Pengalaman Kami!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
October 17, 2024
in Artikel, Berita, Jom Singgah!, Tempatan
0 0
0
Terbang Ke Destinasi Bersama Pesawat AirAsia x Sonic the Hedgehog, Inilah Pengalaman Kami!
Share on FacebookShare on Twitter

Baru-baru ini, kami berpeluang menikmati pengalaman yang sangat istimewa—iaitu terbang dengan pesawat bertemakan Sonic the Hedgehog yang diperkenalkan oleh AirAsia.

Dalam kolaborasi menarik antara AirAsia, SEGA, dan ATLUS, pesawat bertemakan Sonic ini dilancarkan sebagai sebahagian daripada kempen ‘The Colour of Connection’. Kerjasama ini bukan sahaja memaparkan Sonic the Hedgehog, tetapi juga watak-watak dari Persona 5 Royal, memberi keterujaan tambahan kepada peminat di seluruh dunia.

Kredit: Digital Braves

Tanpa membuang masa, berikut adalah pengalaman kami menaiki pesawat Sonic the Hedgehog!

Perjalanan kami bermula dengan penerbangan D7 170 dari Kuala Lumpur ke Bangkok menggunakan pesawat Airbus A330 AirAsia X dengan nombor ekor 9M-XXU. Sebaik sahaja menaiki pesawat, suasana permainan video timbul dengan serta-merta.

Sonic the Hedgehog dan rakan-rakan ikoniknya seperti Tails, Knuckles, Shadow, dan Amy Rose menghiasi bahagian luar pesawat dengan warna-warna terang yang menarik perhatian. Reka bentuk livery yang dinamik ini berjaya memberikan aura bertenaga kepada pesawat, membuatkan kami seakan-akan melangkah masuk ke dunia permainan itu sendiri.

Kredit: Digital Braves

Di dalam pesawat, tema Sonic diteruskan. Setiap sudut pesawat dihiasi dengan elemen Sonic, termasuk pelekat promosi Sonic X Shadow Generations di belakang tempat duduk, kompartmen bagasi tangan yang turut dihiasi poster-poster Sonic, serta poster Sonic di setiap bahagian kabin. Malah, cermin di tandas turut dihiasi pelekat bertemakan Sonic, menjadikan pengalaman ini serba lengkap.

Untuk menambah lagi keunikan penerbangan ini, lagu-lagu tema Sonic yang ikonik dimainkan sebelum berlepas dan selepas mendarat. Suasana ini benar-benar mencipta mood yang menyeronokkan dan mengasyikkan—membuatkan setiap detik dalam penerbangan terasa lebih istimewa.

Kredit: Digital Braves

Kerana saya berada di atas pesawat pada hari pelancaran, semua penumpang diberi pencuci mulut istimewa, Sonic’s Golden Ring Cakes yang berperisa mangga dan lemon. Walaupun minuman tidak disertakan, minuman Fizzy Iced Yuzu boleh dibeli dan sangat sesuai dipadankan dengan kek tersebut.

Pencuci mulut ini boleh didapati di semua penerbangan AirAsia Malaysia dan AirAsia X pada harga MYR13, walaupun saya rasa, ia lebih untuk diambil gambar daripada untuk rasa.

Selain itu, saya menerima kad ucapan khas daripada AirAsia, menjadikan pengalaman ini lebih personal/peribadi. Pramugari menyambut kami dengan mesra, dan setibanya di Bangkok, kami disambut dengan papan tanda bertemakan Sonic—sentuhan tambahan yang menjadikan keseluruhan pengalaman terasa seperti satu perayaan.

Kredit: Digital Braves

Sebagai sebahagian daripada kolaborasi ini, AirAsia juga memberi kami peluang untuk melihat barangan yang akan datang, termasuk pin Persona 5 Royal (P5R). Namun, rangkaian penuh barangan kolaborasi ini belum tersedia. Peminat boleh menantikan koleksi eksklusif Sonic dan Persona 5, yang akan tersedia mulai suku pertama 2025 dalam penerbangan AirAsia Malaysia dan AirAsia X, serta di AirAsia MOVE Duty Free.

Kredit: Digital Braves

Pesawat bertemakan Sonic kini beroperasi dan akan terbang ke destinasi utama di seluruh Asia Tenggara dan Asia Pasifik, seperti Bangkok, Tokyo, Seoul, Taipei, Shanghai, dan Sydney. Sementara itu, pesawat bertemakan Persona 5 dijadualkan mula terbang pada bulan November.

Kredit: Digital Braves

Secara keseluruhannya, penerbangan saya dengan pesawat Sonic the Hedgehog AirAsia adalah pengalaman yang tidak dapat dilupakan. Dari dekorasi bertemakan Sonic hingga pencuci mulut khas, AirAsia dan SEGA telah berusaha keras untuk menjayakan kolaborasi ini. Sama ada anda peminat Sonic atau hanya ingin merasai pengalaman perjalanan yang unik, saya sangat mengesyorkan untuk mencubanya jika berpeluang!

Jika berminat, anda boleh tempah penerbangan di AirAsia MOVE.

Tags: airasiasonic the hedgehog
ShareTweetSend
Previous Post

ASTRO BOT Tambah Level Speedrun Baru, Update Mingguan Bermula 17 Oktober!

Next Post

[TGS24] EKSKLUSIF: Kazutaka Kodaka Berkongsi Visi The Hundred Line -Last Defense Academy-

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

animate KL Bakal Anjur Sonic the Hedgehog 35th Anniversary Fair & Gratte Cafe Bermula 6 Jun!
Jom Singgah!

animate KL Bakal Anjur Sonic the Hedgehog 35th Anniversary Fair & Gratte Cafe Bermula 6 Jun!

June 5, 2026
Reviu Farming Simulator 26 (Nintendo Switch) – Pertanian Santai “On-The-Go,” Tapi Grafik Pula Kurang Menjadi
Review

Reviu Farming Simulator 26 (Nintendo Switch) – Pertanian Santai “On-The-Go,” Tapi Grafik Pula Kurang Menjadi

Pokémon Center Singapore Bakal Dibuka Semula 1 Julai 2026 – Wajah Baru, Merchandise Baru!
Jom Singgah!

Pokémon Center Singapore Bakal Dibuka Semula 1 Julai 2026 – Wajah Baru, Merchandise Baru!

June 5, 2026
Next Post
[TGS24] EKSKLUSIF: Kazutaka Kodaka Berkongsi Visi The Hundred Line -Last Defense Academy-

[TGS24] EKSKLUSIF: Kazutaka Kodaka Berkongsi Visi The Hundred Line -Last Defense Academy-

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd