Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Tengah bosan ke tu?? Jom usha sikit Streamer Tempatan yang hebat-hebat ni!

Ketiga-tiga streamer ni follower padu beb!

Nyny.A by Nyny.A
January 10, 2020 - Updated on March 3, 2020
in Artikel, Berita, Streamer/influencer
0 0
0
Tengah bosan ke tu?? Jom usha sikit Streamer Tempatan yang hebat-hebat ni!
Share on FacebookShare on Twitter

Haaa setelah beberapa bulan kami tidak kongsikan streamer-streamer yang korang semua boleh luangkan masa jadi ‘fan-favourite’, supporter, kongsikan stream-stream mereka, bulan ini kami kembali semula untuk korang semua menambah senarai streamer kegemaran korang tu!

Tiga orang streamer tempatan yang akan kami kongsikan hari ini masing-masing ada kelebihanya. Ada yang lebih mengfokuskan game mobile, ada yang bermain PC dan Mobile dan ada yang bermain PC dan PlayStation 4. Stream mereka bertiga pun apa kurangnya, korang boleh sentiasa teruja untuk melihatnya. Jadi tak nak melengahkan masa lagi, jom usha siapa ketiga-tiga streamer tempatan yang kami maksudkan!

Maxhaze

Sumber: FB Maxhaze

Memperkenalkan ‘Maxhaze’! Tapi rasanya mungkin ramai yang dah kenal dia! Dia pun pernah ditemu ramah oleh geng kami sebelum ini , itu korang boleh rujuk balik disini. Maxhaze atau nama sebenarnya Mohd Hazeeq Bin Shaik merupakan seorang streamer pelbagai platform terutama PlayStation 4, PC dan Nintendo Switch. Kalau korang tengok page Facebook dia sekarang kini dia kerap stream pelbagai permainan video terkini seperti Pokémon Sword and Shield, Resident Evil, Judgment dan macam-macam lagi lah!

Follower Maxhaze di Facebook kini mencecah 85k okay! Bukan sikit tu! Dengan like nya pun sehingga 68k orang! Dunia dia dalam streaming memang tidak dapat dipisahkan, streamer serbegini dengan bermain pelbagai permainan video memang wajib la korang support sebab memang tak bosan dengan kerenah dia! Jadi jangan lupa untuk follow Maxhaze di Facebook okay!

Chiko

Sumber: FB Chiko

Ya ini dia seorang lagi ahli Lapar Esports yang berlambak follower! Sebelum ini kami kongsikan mengenai Mel Romeo betul tak? Kali ini memperkenalkan streamer comel bernama “Chiko” ini atau namanya Ku Izwan Ku Majid! Menggila dengan zaman kegemilangan PUBG PC, naikkan nama bersama-sama Lapar Esports, kini Chiko makin aktif dengan streamingnya di Facebook. Mempunyai follower yang memang ramai arh kat Facebook iaitu 234K dan Like sebanyak 89K, Chiko memang patut ada dalam senarai anda untuk terus beri sokongan pada anak tempatan ini.

Sering mencuba pelbagai permainan PC dan Mobile, baut masa ini Chiko lebih sering stream permainan GTA V, ada juga dia bermain Call of Duty: Mobile dan PUBG Mobile. Jadi jangan lengahkan masa untuk terus ikuti Chiko di Facebooknya okay!

Sharina Richie

Sumber: FB Sharina

Okay yang terakhir kami nak kongsikan hari ini, seorang awek kacukan Malaysia dan Aussie yang namanya makin melonjak naik selepas menubuhkan Angel Bosskur iaitu Sharina Richie! Mempunyai follower sebanyak 77K dan Like sebanyak 32K, Sharina sememangnya pemain PUBG Mobile dan Mobile Legends Bang Bang yang padu! Angel Bosskur yang turut dianggotai MissFarr selepas keluar dari Jr Talent, Baby X gaming dan beberapa ahli yang sememangnya padu-padu dibangunkan untuk pemain wanita naik dalam dunia esports.

Image may contain: 1 person

Inilah peluang korang untuk memberi sokongan pada gamers Wanita! Diatas ini terdapat jadual Sharina untuk waktu streamingnya dan kornag lihatlah sendiri skill awek ini mengganas dalam permainan kegemaranya!

Jadi macam mana dengan senarai streamers tempatan kali ini? Tahun dah baru kan, mestilah nak tambah senarai gamers-gamers kegemaran korang tu. Tapi kan agak-agak kami berpeluang tak nak temuramah streamer-streamer ni, mesti lebih menarik kan? Okay jangan lupa untuk kongsikan di ruangan komen Facebook/ Twitter kami streamer-streamer seterusnya yang korang nak kami kongsikan di artikel Gamer Santai. Chau dulu dan jangan lupa teruskan sokong streamer tempatan okay!

Tags: ChikomaxhazeSharina RichieStreamerStreamer tempatan
Previous Post

PlayStation 5 vs. Xbox Series X: Manakah yang lagi hebat?

Next Post

Square Enix akan membuka Taman Tema mereka sendiri dalam tahun ini dan ianya luar dari sangkaan!

Nyny.A

Nyny.A

Bekas pelajar Multimedia Creative. Lebih Independent. Layan game FPS sampai lebam. Open world pun kalau kena jalan cerita kita on je. Manga Anime untuk luang masa. Geng streamer dan esports, Interview developer, pemain esports, Influencer, lagi2 support lokal! Memang hantu gaming dah lama dari zaman CC dulu. Jangan lupa ikuti laman sosial untuk hubungi saya.

Related Posts

animate KL Bakal Anjur Sonic the Hedgehog 35th Anniversary Fair & Gratte Cafe Bermula 6 Jun!
Jom Singgah!

animate KL Bakal Anjur Sonic the Hedgehog 35th Anniversary Fair & Gratte Cafe Bermula 6 Jun!

June 5, 2026
Reviu Farming Simulator 26 (Nintendo Switch) – Pertanian Santai “On-The-Go,” Tapi Grafik Pula Kurang Menjadi
Review

Reviu Farming Simulator 26 (Nintendo Switch) – Pertanian Santai “On-The-Go,” Tapi Grafik Pula Kurang Menjadi

Pokémon Center Singapore Bakal Dibuka Semula 1 Julai 2026 – Wajah Baru, Merchandise Baru!
Jom Singgah!

Pokémon Center Singapore Bakal Dibuka Semula 1 Julai 2026 – Wajah Baru, Merchandise Baru!

June 5, 2026
Next Post
Square Enix akan membuka Taman Tema mereka sendiri dalam tahun ini dan ianya luar dari sangkaan!

Square Enix akan membuka Taman Tema mereka sendiri dalam tahun ini dan ianya luar dari sangkaan!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd