Seperti biasa, kami sekali lagi menampilkan beberapa Streamers / Gamers Malaysia untuk anda tonton dan mungkin boleh menjadikan mereka sebagai idola korang. Seperti sebelum ini kami juga telah mengongsikan beberapa Streamer pada bulan Ramadhan dan bulan Julai yang lalu. Kali ini kami akan kenalkan ketiga streamer yang mempunyai ramai pengikut di laman sosial media mereka, bukan itu sahaja, skil permainan mereka juga boleh menjadi contoh kepada penonton! Jom lihat siapa dalam senarai kami bulan Ogos ini;
MELROMEO – Facebook , Youtube

Bermula streaming dengan PUBG PC, seorang Streamer sepenuh masa dan juga seorang Leader buat PUBG Lapar Esports, kini nama MelRomeo bukan lagi biasa-biasa tetapi makin terkenal sehingga dia menjadi salah seorang Content Creator Facebook Gaming dan berpeluang ke Filipina bulan lalu untuk perjumpaan Facebook Gaming Creator Asia. Mempunyai like sebanyak 77 ribu orang, pengikut sebanyak 122 ribu orang di Facebook manakala Youtube nya pula mempunyai pengikut sebanyak 19 ribu orang, korang boleh bayangkan sendiri video-video stream nya boleh mencecah beratus ribu pada sesetengah masa tu!
Jadi apa lagi jangan lepaskan streamer yang ‘talented’ ini di Facebook, Youtube dan juga Facebook Group beliau sendiri!
ERA OF THE GEEKS – Facebook, Youtube

Seorang lagi Facebook Gaming Content Creator yang gempak dan meraih kepopulariti yang tinggi di sosial media nya! Mempunyai like sebanyak 112ribu dan pengikut sebanyak 297 ribu orang di Facebook, manakala di Youtube nya sebanyak 20 ribu subscriber, memang ternyata dia berjaya sebagai seorang streamer di Malaysia! Farhan Johari atau lebih senang dipanggil Han, dia bermula dengan unboxing barangan gajet seperti barang komputer dan telefon pintar kemudian streaming bermain pelbagai game dan menjadi makin popular disitu.
Jadi anda memang kena ikut dan terus sokong anak melayu ini! Jangan lupa ikutinya di Facebook dan Youtube!
QueeenxBee – Facebook

Si awek comel yang lebih senang menggelarkan dirinya Bee meraih kepopulartiti yang sangat tinggi di Facebook dengan stream permainan kegemaranya iaitu PUBG Mobile. Mempunyai like sebanyak 36 ribu orang dan pengikut seramai 156 ribu orang di Facebooknya memang tak dapat disangkalkan jika video streamnya akan mencecah sehingga beratus ribu orang penonton! Bukan setakat comel, tapi skill nya bermain PUBG Mobile juga tidak mengecewakan, Bee siap pernah dapat Title Conquer tau!
Pada korang yang nak menjadi pengikut Bee bolehlah ikutinya di Facebook! Teruskan sokong awek comel kita ni bagi dia semangat untuk teruskan kerjaya streaming ni okay!
Okay setakat itu sahaja perkongsian kami kali ini. Korang boleh terus sokong dan sokong lebih lagi pada streamer tempatan! Tambah senarai korang, dan jangan lupa kongsikan bersama kami streamer-streamer kesukaan korang! Kot-kot nanti satu hari korang pula dalam muka depan website GamerSantai!
@gamersantaimy
Discussion about this post