Baik, kita kembali lagi dengan Thursday Streamer. Kali ini, aku berkesempatan untuk menemuramah ‘maxhaze’. Seorang lelaki yang melakukan stream menggunakan multiple platform, iaitu PlayStation 4 dan juga PC. Seorang yang sangat kacak, bergaya dan menjadi idaman ramai perempuan di luar sana. Haaa, jadi, nak tahu lebih lanjut, jom, ikut aku untuk entri Thursday Streamer minggu ini.
So, nama penuh ‘maxhaze’ adalah Mohd Hazeeq Bin Shaik. Gamertag dia adalah ‘maxhaze’. Tarikh lahir beliau adalah 16/01/1988 dan berumur 30 tahun. Asal ‘maxhaze’ dari Negeri Selangor. So, nak tahu apa yang kami borakkan, jom, baca perbualan kami di bawah.
Q: Bilakah Maxhaze mula terlibat dalam dunia gaming dan juga streaming? Dan game apakah yang membuatkan Maxhaze terpikat dengan dunia gaming?
A: Saya sudah bermula bermain game sejak kecil lagi. Bermula dengan Micro Genius, PC dan console2 lain seperti PS1 dan PS2. Streaming pula saya baru sahaja bergiat. Bermula pada bulan September tahun 2016 hingga kini.
Q: Bolehkah Maxhaze ceritakan sedikit tentang kerjaya Maxhaze?
A: Buat sementara waktu saya hanya freelance di event gaming yang ada di Malaysia. Sememangnya sedang mencari kerja dalam bidang gaming dari segi caster, production, streamer atau content curator.
Q: Game genre apa yang Maxhaze focus bila streaming?
A: Page streaming saya, saya membuatnya lebih pada Variety, supaya boleh kongsi pelbagai jenis game kepada semua jenis peminat. Tapi kadang kala ada bias pada J-RPG atau Fighting Games seperti Final Fantasy, Street Fighter dan juga Dragonball FighterZ.
Q: Pernah lakukan Speedrun stream? Kalau ada, Game apa, record dan juga pandangan Maxhaze tentang Speedrun stream? Adakah ianya susah? Seronok? Kritikan penonton, adakah positif, ataupun sebaliknya?
A: Saya tidak pernah focus pada speedrun kerana saya suka menghayati game itu tetapi pernah juga buat untuk game Metal Gear Solid X dengan masa 33m 36 s dalam stream. Tidak susah sangat, memang nak multitask membaca comment sambil main dengan laju. Oleh itu saya harus tahu bila untuk membaca dan bila untuk beri perhatian pada game. Seronok juga kerana kita memberi focus untuk bermain dengan lebih baik. Ia seperti bermain game dengan Difficulty yang lebih tinggi. Dengan kata pendek ia memberi cabaran pada diri kita. Penonton selalunya positif. Saya amat bersyukur majoritinya memang memberi sokongan dan semangat. Tetapi ada juga yang negatif, tapi kita harus terima yang baik dan juga yang buruk, dan cuba perbaiki dan buatkan yang lebih baik untuk semua.
Q: Apakah motivasi Maxhaze untuk teruskan stream? Pernah fikir untuk berhenti?
A: Saya bermula stream untuk mengisi masa dan bagi saya ia salah satu caranya untuk bersosial dengan ramai orang. Salah satu motif utama streaming bagi saya adalah sememangnya untuk berbual dan kongsi pengalaman bersama viewers. Buat sementara waktu tidak pernah berfikir untuk berhenti tetapi kadang kala jika tiada masa, terpaksa tidak stream pada hari itu atau minggu itu.
Q: Pernah tak hadapi kecaman dan juga tomahan daripada viewers? Dan bagaimana Maxhaze overcome perkara itu?
A: Kecaman pernah juga walau tidak seberapa. Bagi saya benda itu perkara kecil dan biasa. Jika orang berkata buruk, saya akan lihat apa yang diperkatakan dan mengapa. Jika benar saya sedang bermain dengan teruk atau commentary dengan teruk, saya akan cuba baiki dan buat yang lebih baik. Tetapi jika dia sengaja nak memburukkan saya, biasa saya buat tak hirau atau bertabah sahaja sebab saya tahu saya tidak buat salah.
Q: Circle of friends, adakah mereka memberi sokongan ataupun, memberi cemuhan? Bagaimana pula dengan ahli keluarga, terutama ibu dan juga bapa Maxhaze?
A: Kesemuanya memberi sokongan dan asyik bertanya bagaimana komuniti gaming Malaysia.
Q: Bagaimanakah Maxhaze mewujudkan audience Maxhaze? Maksud disini, apakah yang membuatkan Maxhaze ada Loyal Viewers dan juga apa yang audience suka tentang Maxhaze?
A: Bagaimanakah Maxhaze mewujudkan audience Maxhaze? Maksud disini, apakah yang membuatkan Maxhaze ada Loyal Viewers dan juga apa yang audience suka tentang Maxhaze?
Q: Adakah Maxhaze mempunyai jadual untuk streaming, ataupun, stream bila rasa nak Stream? Dan sudah berapa lama Maxhaze berkecimpung dalam dunia Streaming ni?
A: Sebelum ini saya ada cuba buat jadual tetapi kini saya main apa-apa sahaja tetapi selalunya akan bermula stream pada jam 9 malam jika tiada halangan. Kadang kala saya akan stream awal atau lewat.
Q: Kata-kata untuk peminat dan juga kata-kata semangat bagi mereka yang cuba untuk menjadi seorang streamer?
A: Dalam streaming harus lah bertabah. Janganlah buat semata nak “famous” kononnyalah. Seeloknya stream dengan ikhlas yang ingin kongsi pengalaman gaming atau sembang bersama viewers. Streaming juga pandangan saya ada beberapa jenis streamer tetapi yang ketara adalah “Pro-Gamer” dan “Entertainer”. Ikutlah mana anda nak lebih.
Jadi, sampai di sini sahaja perbualan kami, ribuan terima kasih kepada ‘maxhaze’ kerana sudi ditemuramah oleh Gamer Santai. Akan ada banyak lagi streamer dan juga influencer yang akan kami temuramah pada masa hadapan. Dibawah, aku akan sertakan sekali link untuk korang follow ‘maxhaze’
Facebook Page: https://www.facebook.com/maxhazePlays/
YouTube: max haze
Twitch: maxhaz3 – Twitch
@gamersantaimy
Discussion about this post