Tidak mengejutkan bahawa tahun 2020 adalah tahun paling GEMPAK dalam sejarah gaming, dengan pelancaran dua konsol gaming next-gen: PlayStation 5 oleh Sony dan Xbox Series X oleh Microsoft.
Perang konsol ini akan bermula Holiday 2020 (akhir tahun 2020), kerana kedua-dua konsol ini akan dilancarkan pada penghujung tahun 2020 walaupun tiada tarikh rasmi diumumkan. Sudah pasti, setiap gamer di seluruh dunia akan memberi perhatian sepenuhnya pada Sony dan Microsoft untuk menarik perhatian kita dengan teknologi terbaru dan tercanggih dari segi prestasi dan permainan video eksklusif.
Sebelum saya sambung, mari kita lihat apakah isi kandungan PlayStation 5 dan Xbox Series X:
Konsol | PlayStation 5 | Xbox Series X |
Processor | 8-Core AMD Ryzen Zen 2 CPU | 8-Core AMD Ryzen Zen 2 CPU 1.6GHz |
Grafik | AMD Oberon GPU (menyokong ray-tracing) | AMD Arcturus GPU (menyokong ray-tracing) |
RAM | GDDR6 SDRAM | 16GB GDDR6 SDRAM |
Video Output | 4K (max 8K) 120Hz refresh rate Up to 120fps |
4K (max 8K) 120Hz refresh rate Up to 120fps |
Storage | 1TB SSD | 1TB SSD |
VR | Yes | TBA |
Backwards Compatibility | PS4 | Xbox, Xbox 360, Xbox One |
Cloud Gaming/Streaming | PlayStation Now/Remote Play | Project xCloud |
Harga | TBA | TBA |
Tarikh pelancaran | Holiday 2020 | Holiday 2020 |
Prestasi
PlayStation 5 dan Xbox Series X mendemostrasikan kekuatan grafik dan kuasa pemprosesan yang tinggi. Nampaknya kedua-dua konsol ini akan menggunakan CPU yang sama, dan juga ray-tracing. Gabungkan ciri-ciri itu dengan resolusi 4K (sehingga 8K, tidak rasmi) dan refresh rate 120Hz yang mengagumkan, PlayStation 5 dan Xbox Series X adalah lebih kurang sama kuat dengan beberapa high-end PC hari ini.
Dari segi RAM, hanya Xbox sahaja yang disahkan mempunyai jumlah 16GB, jadi ia sepatutnya beroperasi dengan sangat lancar. Walaupun RAM PS5 belum lagi diumumkan, kami telah melihat betapa hebatnya PS5 dengan kelajuan loading yang tidak masuk akal. Boleh baca artikel kami di sini.
Backwards Compatibility
Apa yang tidak seronok kalau membeli konsol baru adalah game yang anda sayang tidak boleh dimainkan. Isu ini sentiasa menjadi masalah bagi konsol baru, terutamanya apabila game eksklusif di konsol itu tidak begitu menarik. Sony dan Microsoft berharap untuk mengatasi masalah ini, dengan memberi keupayaan untuk bermain permainan video pada konsol terdahulu di PlayStation 5 dan Xbox Series X.
Walaupun Backwards Compatibility milik PS5 hanya tersedia untuk permainan video PS4, Xbox Series X mempunyai pilihan yang lagi luas sehingga di konsol Xbox yang pertama. Walaupun Xbox Series X memenangi aspek ini, anda tidak boleh memandang rendah kepada pilihan game PS4 yang tersedia untuk PS5. Game seperti Bloodborne dan Uncharted 4 telah memikat hati ramai gamers di awal pelancaran PS4, dan judul-judul seperti Horizon Zero Dawn, Marvel’s Spider-Man dan God of War, kemudian menjadi antara permainan video paling hebat pernah dicipta.
Untuk konsol Xbox Series X, francais Halo adalah sesuatu yang tidak boleh dilepaskan. Yang pertama dan kedua adalah antara game Halo paling terkenal dan hanya wujud di Xbox pertama. Dengan Backwards Compatibility, anda boleh mengulangi sejarah francais ini.
Cloud Capability
Cloud-based gaming adalah satu penambahan yang menarik. Sony sudah pun bermula dengan Remote Play di PS4 dan PS Vita, dan baru-baru ini di iOS, tetapi ia masih bukan cara yang praktikal untuk “stream” di peranti lain. Sony masih akan menambah Remote Play ke PS5, tetapi saya berharap ia sebuah penambahbaikan yang ketara.
Project xCloud oleh Microsoft juga akan ditampilkan di Xbox Series X. Buat masa ini, Project xCloud dilaporkan mempunyai 3,500 permainan video yang tersedia untuk “streaming“, tetapi jumlah itu akan meningkat dengan ketibaan XSX.
Estetika Reka Bentuk
Pada masa ini, kami hanya mempunyai imej untuk reka bentuk PS5, berterima kasih kepada development kit yang dibocorkan di atas talian. PS5 akan muncul dengan penampilan baru, di mana badannya mengambil bentuk “V” yang besar (angka Roman untuk nombor lima). Seperti yang dibincangkan sebelum ini, ia akan menggunakan kawalan sentuhan (touch controls), dengan lampu LED sebagai butang. Seterusnya, apa yang saya tahu tentang controller terbaru PS5 ialah ia mempunyai ciri-ciri maklum balas haptik dan trigger adaptif. Reka bentuk ini sangat berbeza dengan yang lama dan pasti akan mengubah bagaimana DualShock berasa di tangan kita.
Xbox Series X pula mengambil bentuk yang lebih menarik dan membuang reka bentuk kotaknya kepada sebuah mini-tower. Walaupun reka bentuk ini mencetuskan meme tanpa henti di Internet, ketua Xbox, Phil Spencer menjelaskan rasional reka bentuk ini di dalam sebuah blog post:
Reka bentuk ini membolehkan Xbox Series X menjana empat kali ganda kuasa pemprosesan berbanding Xbox One X dalam cara yang paling senyap dan cekap. Ini adalah sesuatu yang amat penting untuk memberi gameplay yang benar-benar imersif. Kami juga mencipta Xbox Series X untuk menyokong kedua-dua orientasi menegak dan mendatar.
Permainan Video Eksklusif
Dilema terbesar untuk menghadapi ialah konsol manakah yang mempunyai permainan video eksklusif yang lebih menarik. Pada masa ini, kedua-dua konsol mempunyai satu game yang akan dilancarkan. Di Video Game Awards 2019, kita tahu bahawa Halo Infinite dan Senua’s Saga: Hellblade II akan dilancarkan bersama Xbox Series X. Itu rasanya sebab yang cukup kukuh untuk membeli Xbox Series X.
Di bahagian Sony pula , action-RPG baru bernama Godfall oleh Gearbox Software sedang dalam pembangunan. Pada masa sama, sebuah lagi permainan video yang tidak diumumkan lagi sedang dibangunkan oleh Bluepoint Games. Sekiranya anda tidak kenal Bluepoint Games, mereka adalah minda di belakang Shadow of the Colossus Remastered dan Uncharted: The Nathan Drake Collection.
Kesimpulan
PlayStation 5 dan Xbox Series X akan membuka jalan untuk generasi seterusnya bagi console gaming. Walaupun kita harus tunggu hingga hujung tahun untuk pelancaran mereka, kemunculan kedua-dua konsol ini telah dilaporkan jauh lebih awal dari pengumuman rasmi mereka. Sekiranya anda mempertimbangkan untuk membeli konsol baru, mungkin lebih baik untuk menunggu hingga penghujung tahun ini dan upgrade diri ke konsol next-gen terkini.
@gamersantaimy
Discussion about this post