Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Sankei Digital & Eliphant Bersatu Untuk Bawa Game Tempatan ke Pentas Dunia

Razin Syafiq by Razin Syafiq
July 22, 2026
in Artikel, Berita, Industri
0 0
0
Sankei Digital & Eliphant Bersatu Untuk Bawa Game Tempatan ke Pentas Dunia
Share on FacebookShare on Twitter

Syarikat media dan penyelesaian digital Sankei Digital Inc., dari Tokyo telah mengumumkan kerjasama dengan Eliphant Pte Ltd, sebuah agensi pemasaran permainan video dan e-sukan terkenal dari Singapura.

Melalui kolaborasi ini, satu sistem sokongan bersama diwujudkan bagi membantu syarikat game melebarkan sayap ke peringkat antarabangsa. Dengan persaingan sengit dalam industri gaming global, pihak pembangun dan penerbit sering berdepan cabaran untuk menembusi pasaran baharu. Melalui kerjasama ini, Sankei Digital dan Eliphant akan membantu pelanggan menguruskan promosi antara sempadan, reka bentuk serta reruai di konvensyen besar, hubungan awam tempatan, sehinggalah kepada operasi acara di Jepun, Asia Tenggara, Amerika Utara dan Eropah.

Diasaskan oleh Elicia Lee pada 2014, Eliphant terkenal sebagai firma pemasaran permainan video di rantau Asia-Pasifik (APAC). Agensi ini merupakan penganjur di sebalik GameStart Asia (salah satu konvensyen gaming terbesar di Asia Tenggara dari 2014 hingga 2019), selain menguruskan pelbagai kejohanan e-sukan. Portfolio mereka termasuklah menganjurkan peringkat serantau bagi Capcom Pro Tour dan Tekken World Tour, serta bekerjasama dengan Bandai Namco Entertainment untuk menganjurkan SoulCalibur Asia League.

Pada tahun 2023, agensi ini melancarkan Indie Wavemakers bagi menyokong pembangun indie, di samping menganjurkan TableCon Quest, yang sekarang berkembang menjadi konvensyen permainan papan terbesar di Singapura.

【新メンバー募集のお知らせ】
HYPER REALはより多くの個性的なタイトルをサポートするため、
新たにマーケティングマネージャーの募集を開始しました。

インディーゲームに情熱をお持ちの方のご応募をお待ちしております。
◆募集要項・応募はこちら⇒https://t.co/5nk2gUP6Vd pic.twitter.com/Ga4wS6t715

— HYPER REAL (@HYPERREAL_jp) July 22, 2026

Sankei Digital pula membawa rangkaian media serta kepakaran pasaran tempatan ke dalam kerjasama ini. Pada tahun 2016, syarikat ini melancarkan IGN JAPAN. Sejak itu, Sankei Digital mengunakan pengaruh medianya untuk menawarkan perkhidmatan pemasaran, perancangan pameran, serta khidmat rundingan bagi jenama yang ingin bertapak dalam industri gaming Jepun, termasuk bantuan untuk acara besar seperti Tokyo Game Show.

Sankei Digital juga terlibat dalam penerbitan permainan video melalui label indie mereka, HYPER REAL, yang ditubuhkan pada Julai 2023. Label ini memfokuskan usaha membawakan karya-karya unik dan kreatif dari Jepun serta luar negara ke pasaran global. Setakat pertengahan tahun 2026, HYPER REAL telah melancarkan tiga game di peringkat antarabangsa, iaitu game platformer pantas Telebbit, game pengembaraan-aksi bertemakan alam kerjaya SKY THE SCRAPER, dan game naratif SAEKO: Giantess Dating Sim.

Melalui kerjasama ini, kedua-dua syarikat berharap dapat menyediakan laluan bagi pembangun Jepun yang ingin menembusi pasaran Asia Tenggara, di samping membantu pembangun dari Asia Tenggara serta Barat bertapak dengan lebih kukuh di Jepun.

Tags: EliphantSankei Digital
ShareTweetSend
Previous Post

Previu Persona 4 Revival – Kita Kembali Ke Midnight Channel, Rupa Paras & Gameplay Lagi Dinamik

Next Post

Langrisser: Sea of Sword – Combat Dual-Hero Dengan Dunia Bebas Untuk Meneroka

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Nak Cakera Fizikal Punya Pasal, CyberLeek Ugut Lepaskan Game Penuh GTA VI
Berita

Nak Cakera Fizikal Punya Pasal, CyberLeek Ugut Lepaskan Game Penuh GTA VI

October 13, 2026
Tujuh Game Indie Popular Bakak Keluar Di iPhone & iPad Minggu Ini Termasuk Vampire Crawlers & No Man’s Sky 
iOS

Tujuh Game Indie Popular Bakak Keluar Di iPhone & iPad Minggu Ini Termasuk Vampire Crawlers & No Man’s Sky 

October 12, 2026
Reviu Total War: SHOGUN 2 – Complete Edition – Masa Terbaik Untuk Belajar Tawan Jepun
Review

Reviu Total War: SHOGUN 2 – Complete Edition – Masa Terbaik Untuk Belajar Tawan Jepun

Next Post
Langrisser: Sea of Sword – Combat Dual-Hero Dengan Dunia Bebas Untuk Meneroka

Langrisser: Sea of Sword - Combat Dual-Hero Dengan Dunia Bebas Untuk Meneroka

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

One Piece – Zoro Akhirnya Kuasai Conqueror’s Haki
Manga

One Piece – Zoro Akhirnya Kuasai Conqueror’s Haki

October 12, 2026
NARUTO × NINKŪ – Sebuah Anime Crossover 4 Episod Dengan Karya Yang Ilhamkan Naruto
Anime

NARUTO × NINKŪ – Sebuah Anime Crossover 4 Episod Dengan Karya Yang Ilhamkan Naruto

October 12, 2026
Masashi Kishimoto Kembali Dengan Manga Baru ‘Naruto: Shadow Rising’
Manga

Masashi Kishimoto Kembali Dengan Manga Baru ‘Naruto: Shadow Rising’

October 12, 2026
Selepas 10 Tahun Di Pasaran China, Game Naruto Mobile Akhirnya Akan Keluar Secara Global
Mobile

Selepas 10 Tahun Di Pasaran China, Game Naruto Mobile Akhirnya Akan Keluar Secara Global

October 12, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd