Acara e-sukan kegemilangan dua hari PMCO SEA FINAL 2019 akhirnya melabuhkan tirai. Pasukan gergasi PUBG MOBILE dari Thailand, RRQ Athena, memenangi kejuaraan dan berjaya merangkul hadiah 30,000 USD! Boleh saksikan ulasan kemenangan disini;
RRQ Athena Memenangi PMCO SEA 2019 dan Tahniah Team Secret Berjaya Menempah Tiket ke Berlin!
Siapa sangka, disebalik pasukan-pasukan gergasi ini, Malaysia turut berpeluang untuk bertarung dan antara pasukan yang berjaya membawa pasukan ke Berlin untuk PMCO Spring Global 2019 bulan Julai ini untuk pusingan kelayakan Final Global adalah Team Secret! Dengan mata yang konsisten dimiliki mereka, dan berjaya menghadiahkan satu ‘Chicken Dinner’ pada hari pertama perlawanan, kami sekali lagi berpeluang menemu ramah mereka sejurus selepas perlawanan!
Dalam temu bual bersama BiuBiu, Stewart9k, SinB Neo dan Alex, Team Secret menyatakan bahawa prestasi hari kedua permainan sebenarnya tidak seberapa baik dari hari pertama. Team Secret berkata bahawa mereka sangat gugup dalam setiap perlawanan. Di samping itu, strategi keselamatan yang mereka pakai tidak boleh dikatakan sangat lancar dalam perlawanan hari ini. Jadi dengan keadaan yang lebih berhati-hati ini banyak mempengaruhi prestasi keseluruhan mereka.
Latihan mereka akan dikuatkan lagi selepas acara ini agar ianya dapat mendekatkan diri mereka lebih lagi dengan permainan ini. Terutama pasukan gergasi RRQ Athena, yang membuatkan Team Secret mengagumi dan menghormati kekuatan serta strategi mereka.
Team Secret berkata bahawa sangat sukar untuk mendapatkan kelayakan untuk bermain dalam persaingan global Berlin. Mereka sering ditertawakan dan ‘ditoxickan‘ kerana ‘Too Soon’ di awal permainan ketika pusingan kelayakan PMCO Sea di Shanghai. Dan siapa sangka, dengan kerja keras, mereka berjaya membawa nama Malaysia ke Berlin.
Di samping itu, Team Secret turut menyampaikan ucapan beribu terima kasih pada peminat yang sentiasa menyokong dan mempercayai mereka.
Team Secret tersangatlah gembira di samping kesusahan menempuh kelayakan bagi mewakili Malaysia untuk PMCO Spring Global di Berlin nanti. Jadi mereka sanggup memberikan sepenuh usaha untuk menunjuk status dan prestasi yang terbaik kepada peminat dan penyokong mereka.
Saksikan video temuramah penuh disini;
Korang jangan lupa PMCO Spring Global Final 2019 akan diadakan di Berlin pada 26 Julai (untuk pusingan kelayakan) 27 – 28 Julai 2019 (untuk global final yang termasuk pemenang-pemenang wakil PMCO seluruh kawasan dan top 5 dari pusingan kelayakan hari sebelumnya). Saksikan siaran lansung perlawanan di Facebook dan Youtube rasmi PUBG Mobile Malaysia okay!
Tahniah sekali lagi buat Team Secret dan terima kasih kerana buat yang terbaik demi mengharumkan nama Malaysia!
@gamersantaimy
Discussion about this post