Kehangatan PMCO Global Final 2019 masih belum reda ya semua, hari pertama kami berpeluang untuk menemu ramah Alan Walker, RRQ Athena, Purple Mood dan Pevita Pearce. Hari kedua kami berpeluang untuk menemu ramah pasukan yang masih mengekalkan momentum mereka dan menduduki tempat pertama secara keseluruhan untuk dua hari berturut-turut, pasukan yang dimaksudkan adalah X-Quest F!
Merupakan pasukan yang berasal dari China, X-Quest F merupakan pasukan Esports yang dimiliki oleh Xiamen Qingshoutang Culture Media Co. Ltd. Memenangi tempat kedua di PMCO Spring Split China Championship Mei lalu, jom lihat sesi temuramah kami bersama mereka!
S: Boleh beritahu kami, sudah berapa lama anda bersedia untuk acara ini?
X-Quest: Kami telah berlatih dalam masa yang agak lama, kemungkinan besar sudah beberapa bulan.
S: Pasukan mana yang memberi ancaman terkuat untuk acara ini?
X-Quest: Elite Esports, TOP Esports, NOVA Esports dan RRQ Athena
S: Apa strategi anda untuk hari terakhir esok?
X-Quest: Kami perlu bermain dengan lebih baik dan mempunyai lebih kejayaan “breakthrough” untuk keadaan semasa kami
S: Bolehkah anda menerangkan lebih lanjut mengenai “breakthrough”?
X-Quest: Kami masih tidak bermain dengan baik untuk masa kini. Kami berharap agar dapat mengurangkan sedikit kesilapan kami esok dan menjadi juara dunia!
S: Adakah anda yakin untuk menjadi juara dunia?
X-Quest: Kami perlu kekalkan keyakinan kami untuk menjadi juara dunia. Jika tidak, kami tidak akan menjadinya.
S: Banyak pasukan China merupakan pasukan teratas dari hari pertama dan kedua. Apa sebenarnya perbezaan skil atau strategi China dengan yang lain?
X-Quest: Kami rasa kami lebih fokus pada manuver di sekitar medan perang bukan mencari pergaduhan.
S: Apakah keperluan untuk menjadi pemain pro PUBG Mobile?
X-Quest: Perlu bekerja keras dan bersemangat dengan permainan. Sukakan permainan, meletakkan banyak usaha ke dalam latihan dan belajar bagaimana untuk bekerja dengan rakan sepasukan.
S: Adakah ibu bapa anda membantah apabila anda berani menjadi pemain pro?
X-Quest Cat: Untuk awal-awal dahulu, ibu bapa saya bantah. Tetapi mereka tidak dapat mengawal saya, jadi saya mendedikasikan diri saya pada hari ini sehingga hari ini.
X-Quest Coolboy: Saya ada seorang abang dirumah yang memang ibubapa saya sangat tegas terhadapnya, dan itu memberi saya lebih kebebasan.
X-Quest Jimmy: Ibu bapa saya sangat menyokong
X-Quest Paraboy: Ibu bapa saya juga sangat menyokong kerana masyarakat kini memberi lebih banyak pengiktirafan kepada Esport.
S: Ada apa-apa yang anda ingin sampaikan pesanan kepada ibu bapa anda?
X-Quest: Mak ayah, tidak perlu terlalu bimbang terhadap kami. Kami semua dalam keadaan yang baik dan esok kami akan mengharumkan nama negara dan menjadi juara dunia!
Dalam temuramah ni dalam bahasa cina, tapi ada subtitle yang boleh korang rujuk ok;
Jadi sampai disitu sesi temuramah kali ini. Jangan lupa untuk menyaksikan hari terakhir PMCO GLOBAL FINAL 2019 di Youtube rasmi PUBG Mobile Esports! Dan teruskan menyokong pasukan Asia!!
@gamersantaimy
Discussion about this post