Siapa saja yang tengok siaran lansung PMCO Global Final 2019 dari petang tadi? Semestinya korang perasan Alan Walker membuat persembahan di atas pentas kan? Bukan setakat itu sahaja, kami turut berpeluang menemu ramah Alan Walker sebentar tadi!!
Kami rasa mesti ramai peminat kenal dah dengan Alan Walker betul tak? Antara lagu yang popular dan terrngiang-ngiang sebelum On My Way adalah lagu Faded! Selepas berkolobrasi dengan PUBG Mobile bersama lagu On My Way tersebut, sekali lagi Alan Walker memperkenalkan lagu terbaru nya untuk PUBG Mobile yang turut dipersembahkan di PMCO Global Final sebentar tadi yang bertajuk Live Fast. Memang puas hati geng kami berkesempatan untuk menemuramah Alan Walker! Jom lihat soalan dan jawapan temu ramah kami sebentar tadi;
S: Adakah anda memang peminat tegar untuk game atau hanya baru-baru ini?
Alan Walker: Memang sebenarnya kehidupan saya sebelum ini adalah dalam dunia gaming, dan saya turut pernah mencuba untuk mencipta permainan. Saya juga suka siri Diablo , jadi untuk sekarang saya boleh gelarkan diri saya sebagai gamer dan juga pemuzik.
S: Jadi, adakah anda mempunyai lagu tema kegemaran?
Alan Walker: Wow, sebenarnya banyak. Walaupun ada yang saya tak ingat, saya paling kagum dengan Tetris, tetapi terdapat banyak lagu dan lagu tema muzik di pasaran seperti Modern Warfare. Saya suka lagu tema permainan seperti Halo, Call of Duty dan sebagainya.
S: Pernahkah anda bermain PUBG, secara santai atau persaingan?
Alan Walker: Ya. Tetapi lebih kepada santai, tetapi cara saya bermain semasa tempoh di New York adalah lebih kompetitif.
S: Apakah mod kegemaran anda dalam permainan?
Alan Walker: Untuk masa sekarang adalah mod solo
S: Dah pernah dapat Chicken Dinner (WWCD)?
Alan Walker: Sudah beberapa kali dah!
S: Saya harus mengatakan bahawa muzik adalah sejenis alam yang boleh membawa orang dari tempat yang berbeza bersatu. Pada masa kini, dalam permainan juga mempunyai sifat sedemikian. Apa pandangan anda tentang ini?
Alan Walker: Semasa saya keluarkan lagu Faded, saya sedar bahawa muzik saya mampu menyentuh perasaan peminat tak terhingga dan saya membawa muzik saya untuk satukan pendengar. Dan saya juga berfikir bahawa muzik boleh menjadi kewujudan bebas berbahasa, biarkan orang-orang di dunia bersatu.
S: Terdapat skin khusus dalam banyak permainan dan bahkan beberapa inspirasi kulit diambil dari bintang dan artis. Adakah anda mempunyai harapan bahawa anda akan mendapat skin anda sendiri pada masa akan datang?
Alan Walker: Sudah semestinya, didalam PUBG Mobile juga mempunyai barangan bertemakan Alan Walker seperti sweater hoodie dan topeng. Saya merasakan ianya sangat menarik! Dan semestinya, yang paling menarik dan kacak nak kan trademark Alan Walker didalam permainan. Juga, saya tidak kisah pun jika dia menggunakan muzik saya untuk menanam permainan.
Nampak tak bertapa bahagianya geng kami dapat pegang Alan Walker terus! Jadi pada yang nak kan barangan Alan Walker, dan seperti pemain PUBG Mobile sudah sedia tahu, ada acara Alan Walker yang membolehkan pemain untuk mendapat ganjaran, dan ada juga yang boleh dibeli dalam permainan dengan harga yang murah
Okay sampai kat sini sahaja, teruskan bersama kami untuk kemaskini yang menarik di PMCO Grand Final 2019 okay!
@gamersantaimy
Discussion about this post