Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

One Piece dan Digimon Ghost Game ditunda selepas laman Toei Animation diserang hacker!

Maira by Maira
March 11, 2022 - Updated on March 15, 2022
in Animasi, Anime, Artikel, Berita
0 0
0
One Piece dan Digimon Ghost Game ditunda selepas laman Toei Animation diserang hacker!
Share on FacebookShare on Twitter

Pada 6 Mac yang lalu, Toei Animation mengumumkan bahawa ada pihak ketiga yang mengakses rangkaian syarikat itu tanpa kebenaran. Ini telah menyebabkan beberapa sebahagian lamannya terpaksa digantung daripada sistem syarikat seperti kedai dalam talian mereka. Bukan setakat itu sahaja, kejadian hack ini juga membuatkan beberapa anime Toei Animation ditunda. Anime tersebut ialah One Piece, Dragon Quest: The Adventure of Dai, Delicious Party Precure dan Digimon Ghost Game.

Toei Animation

Untuk anime Dragon Quest: The Adventure of Dai dan Digimon Ghost Game yang ditunda, pengumuman rasmi telah dibuat melalui akaun Twitter rasmi masing-masing dan akan memberi maklumat terbaru untuk episod yang akan ditayangkan. Laman web rasmi One Piece pula mengumumkan bahawa staf terlibat akan mengumumkan lebih lanjut perincian mengenai jadual tayangan anime dan episod yang akan ditayangkan pada 20 Mac nanti.

Toei Animation kini bekerjasama dengan syarikat yang pakar dalam keselamatan IT untuk mengetahui maklumat yang telah dikompromi. Syarikat itu ingin mengetahui sama ada sebarang maklumat peribadi telah digodam bersama dokumen dan e-mel dalaman. Toei Animation juga berkata ia telah menutup akses luar kepada sistem dalamannya berikutan penyiasatan ini, dan tidak ada maklumat sama ada bahagian laman webnya yang menghadapi pelanggan akan dihadkan pada masa hadapan.

Dengan pelbagai projek hebat yang sedang dihasilkan oleh syarikat animasi itu, nampaknya ada pihak yang mungkin cuba untuk membocorkan maklumat sulit daripada syarikat itu. Apapun, harap-harap perkara ini diselesaikan dengan baik oleh pihak terlibat. Bosanlah kalau episod kena tunda. Apa pendapat anda mengenai perkara ini? Boleh kongsikan di ruang komen.

[Update]
Twitter rasmi One Piece dan Digimon Ghost Game baru sahaja mengumumkan bahawa episod baru tidak akan ditayangkan pada 20 Mac ini. Tarikh tayangan untuk episod baru akan diumumkan kemudian oleh staf terlibat.

Untuk segala liputan mengenai anime daripada kami, sila klik pautan ini.

Sumber: ANN

Tags: HackerToei Animation
Previous Post

Beta Overwatch 2 akan bermula April 2022, daftar sekarang untuk peluang cuba

Next Post

Cara-cara pindahkan screenshot & gameplay dari PS5 ke smartphone – update terbaru PS App

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

Mahukan Telefon Gaming Yang Boleh Buat Lebih Daripada Sekadar Bermain Game? Kenali POCO F9 Ultra!
Smartphone

Mahukan Telefon Gaming Yang Boleh Buat Lebih Daripada Sekadar Bermain Game? Kenali POCO F9 Ultra!

September 5, 2026
Previu Age Twisters – Apabila “Usia” Menjadi Kunci Kerjasama Antara Dua Pemain
Preview

Previu Age Twisters – Apabila “Usia” Menjadi Kunci Kerjasama Antara Dua Pemain

September 4, 2026
SEGA/ATLUS Umum Barisan Game Di Tokyo Game Show 2026; Persona 4 Revival, STRANGER THAN HEAVEN & Banyak Lagi
Pameran/Expo

SEGA/ATLUS Umum Barisan Game Di Tokyo Game Show 2026; Persona 4 Revival, STRANGER THAN HEAVEN & Banyak Lagi

September 4, 2026
Next Post
Cara-cara pindahkan screenshot & gameplay dari PS5 ke smartphone – update terbaru PS App

Cara-cara pindahkan screenshot & gameplay dari PS5 ke smartphone - update terbaru PS App

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Bleach: Zaraki Kenpachi Akhirnya Pakai Bankai; Hitsugaya Tōshirō Lepaskan Bankai Sebenar
Anime

Bleach: Zaraki Kenpachi Akhirnya Pakai Bankai; Hitsugaya Tōshirō Lepaskan Bankai Sebenar

August 20, 2026
Bos WIT Studio Dedah Sebab MAPPA Ambil Alih Attack on Titan Untuk Musim Terakhir
Anime

Bos WIT Studio Dedah Sebab MAPPA Ambil Alih Attack on Titan Untuk Musim Terakhir

August 19, 2026
Kingdom Hearts 4 – Gameplay Baru Dunia ‘Coco’, Pelancaran Lewat 2027 Serta Anime Original Disney+
Berita

Kingdom Hearts 4 – Gameplay Baru Dunia ‘Coco’, Pelancaran Lewat 2027 Serta Anime Original Disney+

August 15, 2026
Menurut Data, Ratusan Anak Indonesia Diberi Nama Naruto, Luffy, Nobita & Banyak Lagi
Anime

Menurut Data, Ratusan Anak Indonesia Diberi Nama Naruto, Luffy, Nobita & Banyak Lagi

August 12, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd