Demon Slayer: Kimetsu no Yaiba telah membuat ramai peminat tertunggu selama berbulan-bulan, tetapi penantian mereka kini akan berakhir keranafilem anime tersebut akan membuat tayangan debut di Malaysia tidak lama lagi! Tayangan perdana ini pasti sudah berada di otak peminat, dan berkat populariti siri, ODEX Private Limited membuat pengecualian khas untuk pawagam yang bertanggungjawab menayangkan filem ini.
YES. The release dates are finally here!! Here are the dates for fan’s screening and general release scheduled to be…
Posted by GSC on Friday, October 16, 2020
Di Malaysia, filem ini akan dikeluarkan secara eksklusif di Golden Screen Cinemas atau GSC. Tayangan peminat (fan screening) akan berlangsung pada 5 Disember 2020 dan 23 Januari 2021. Tayangan umum pula telah ditangguhkan ke 4 Februari 2021 kerana peningkatan kes COVID-19 baru-baru ini dan masa yang diperlukan untuk pelepasan penapisan.
Berlangsung selepas peristiwa musim pertama, filem Mugen Train mengadaptasi salah satu story arc paling menarik daripada siri manga Koyoharu Gotouge. Gotouge juga telah kembali ke siri untuk melukis bab prequel istimewa untuk Rengoku Kyojuro bagi meraikan pelancaran filem ini. Saya tidak ingin cerita lebih tetapi tidak lama lagi, segala spoiler dan kandungan akan kamu tahu!
Sinopsis
“Kamado Tanjiro, bersama dengan Hashibira Inosuke, seorang budak lelaki yang dibesarkan di hutan dan memakai kepala babi hutan, dan Zenitsu Agatsuma, seorang budak lelaki yang mudah takut tetapi akan tunjuk kekuatan sebenarnya ketika tidur, harus naik Mugen Train dalam misi baru dengan Flame Hashira, Kyojuro Rengoku, untuk mengalahkan iblis yang menyeksa manusia dan membunuh demon slayer yang menentangnya!”
Untuk semua peminat Kimtesu no Yaiba di Malaysia, sila kosongkan jadual anda pada tarikh -tarikh di atas! Buat masa ini, GSC masih belum mengumumkan apa-apa berita lanjut tentang bila kita boleh beli tiket, berapa nilai harga tiket, atau di mana lokasi tayangan, tetapi saya jangka ini akan didedahkan dalam masa terdekat. Lama sudah kita bersabar, dan akhirnya kita boleh lihat pengembaraan terbaru Tanjiro dan Nezuko. Jangan lupa untuk patuh arahan SOP ya semasa menonton!
@gamersantaimy
Discussion about this post