Untuk meraikan pelancaran produk terbaru Predator Gaming dari Acer, jualan kilat yang hebat akan hadir pada 29 Jun dan 30 Jun 2019 untuk dua jam sahaja (10 am hingga 12 pm) ini di Roadshow Predator, Orange Concourse Sunway Pyramid. Paling menarik, tawaran hebat ini mencecah diskaun sehingga 70% untuk produk-produk Acer terpilih.
Gamers dan bukan gamers boleh menambahkan lebih banyak swag kepada gaya peribadi mereka kerana jualan kilat ini menawarkan promosi yang luar biasa bukan sahaja pada produk permainan tetapi juga pelbagai produk lain, termasuk aksesori seperti Predator Rolltop Jr. Backpack, Predator Waterproof Bag serta Predator T-shirt, yang semuanya hanya berjumlah RM29 setiap satu! Set permainan Nitro yang terdiri daripada papan kekunci, tetikus dan mousepad hanya menelan pembelanjaan sehingga RM99 sahaja!
Meningkatkan pengalaman permainan anda dengan membeli salah satu komputer riba permainan Predator terpilih semasa roadshow dan mendapatkan tawaran hebat sehingga RM1,000 dan hadiah lain. Pembelian tertentu juga berpeluang untuk mendapat barangan PERCUMA seperti kerusi permainan Predator, pembesar suara Edifier atau hadiah misteri!
30 pelanggan pertama yang ingin mendapatkan peranti atau produk kegemaran mereka semasa jualan kilat ini berhak membeli dua item setiap satu. Pelanggan seterusnya hanya terhad membeli satu item, sementara stok masih ada. Untuk terma dan syarat lanjut, pelanggan dinasihatkan untuk melayari facebook rasmi Predator Roadshow 2019. Jadi, apa lagi yang ditunggu! Jangan lepaskan jualan kilat padu ini dan tanda kalendar anda seakarang!
@gamersantaimy
Discussion about this post