Left Alive, game yang dibuat oleh Square Enix telah mengumumkan tarikhnya pada 5 Mac 2019! Left Alive adalah game shooter, Survival Action yang pastinya ramai suka, untuk pengetahuan korang, Left Alive akan ada Limited Edition. Jadi apa limited Edition tu?
Korang akan dapat Klyuch (SP) Weapon yang ada warna tersendiri, yang ada kelainan dari versi biasa. Kemudian kita ada Ammo Pack yang mengandungi pelbagai Peluru untuk kegunaan dalam game. Seterusnya kita ada Grenade Pack yang memberi pelbagai bom dalam game. Recovery Pack untuk membantu kita dalam game.
Kemudian kita ada “Light Body Armour”, ini adalah barang pertahanan yang akan mengurangkan sakit dari musuh serang kita, Korang juga boleh dapatkan Early Purchase Bonus di Playstation Store untuk menikmati kelebihan dalam game tersebut seperti Tatical Pack yang ada Slava Weapon, Ammo Pack, Material Pack, Recovery Pack dan Light Body Armor.
Korang boleh beli pada 5 Mac 2019 dengan harga Disc (RM239), kalau Download pula (RM229). Untuk pengetahuan korang, Untuk Download pula, korang boleh Download game tu pada 6 Mac 2019! Untuk details boleh pergi Website Playstation.
Discussion about this post