Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Tarikh keluaran The Last of Us Part II didedahkan! Adakah ini kesilapan oleh pengedar?

Razin Syafiq by Razin Syafiq
April 16, 2020
in Artikel, Berita, PS4
0 0
0
Tarikh keluaran The Last of Us Part II didedahkan! Adakah ini kesilapan oleh pengedar?
Share on FacebookShare on Twitter

Tarikh keluaran The Last of Us Part II telah bocor, tetapi peminat PlayStation masih ragu-ragu mengenai tuntutan tersebut. Menurut senarai rasmi Amazon, game eksklusif PS4 yang dinanti-nantikan ini akan keluar pada 26 Jun 2020 (tarikh baru telah diumumkan di Amazon). Pada pandangan pertama, tarikh ini seperti betul. Ia jatuh pada hari Jumaat, dan jauh daripada pembebasan PS5. Walau bagaimanapun, yang aneh mengenai tarikh ini adalah ia akan keluar pada hari yang sama PlayStation mengeluarkan Ghost of Tsushima. Dalam erti kata lain, jika tarikh ini benar-benar nyata, adakah tarikh pelancaran Ghost of Tsushima akan ditangguhkan?

Walaupun Sony mungkin akan menunda Ghost of Tsushima untuk memberi ruang kepada The Last of Us Part II, yang pada awalnya dijadualkan untuk dikeluarkan dahulu, ini tetap menjadi langkah yang pelik. Mengapa mereka harus menangguhkan The Last of Us Part II, hanya untuk mengeluarkannya satu bulan kemudian? Jika pandemik COVID-19 menjadi masalah untuk pelancaran pada bulan Mei, bukankah ia masih menjadi masalah untuk bulan Jun? Isu yang paling besar ialah mereka harus menangguhkan satu lagi game eksklusif hanya untuk pelancaran The Last of Us Part II. Walaupun berita ini seperti susah untuk percaya, tetapi ia masih boleh berlaku.

Tidak berapa lama kemudian, Amazon telah mengubah tarikh pelancaran kepada 31 Disember 2020 yang nampak lebih meyakinkan. Adakah ini satu kesilapan atau sebenarnya tarikh rasmi? Pada masa ini, Sony masih belum memberikan komen mengenai isu ini, yang mengisi peminat PlayStation dengan lebih banyak spekulasi. Adakah 31 Disember 2020 tarikh pelancaran rasmi?

The Last of Us Part II sedang dalam pembangunan untuk PS4, dan pada saat ini, ia juga boleh dilancarkan sebagai game PS5. Sehingga kita mendapat info rasmi, anda boleh baca segala info The Last of Us Part II di sini.

BELI disini!!
THE LAST OF US PART II
Release Date: 2020-06-19
PlayStation 4
The Last of Us Part II adalah permainan petualangan aksi yang dibangunkan oleh Naughty Dog dan diterbitkan oleh Sony Interactive Entertainment untuk PlayStation 4.
Tags: COVID-19EksklusifPS4SonyTarikh pelancaranThe Last of Us part II
Previous Post

Acer menawarkan 60 hari lanjutan waranti selepas tamat PKP!

Next Post

Anak tempatan Lemon Sky Studios rupanya bekerja dibawah projek Final Fantasy VII Remake dan RE: Resistance!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Mahukan Telefon Gaming Yang Boleh Buat Lebih Daripada Sekadar Bermain Game? Kenali POCO F9 Ultra!
Smartphone

Mahukan Telefon Gaming Yang Boleh Buat Lebih Daripada Sekadar Bermain Game? Kenali POCO F9 Ultra!

September 5, 2026
Previu Age Twisters – Apabila “Usia” Menjadi Kunci Kerjasama Antara Dua Pemain
Preview

Previu Age Twisters – Apabila “Usia” Menjadi Kunci Kerjasama Antara Dua Pemain

September 4, 2026
SEGA/ATLUS Umum Barisan Game Di Tokyo Game Show 2026; Persona 4 Revival, STRANGER THAN HEAVEN & Banyak Lagi
Pameran/Expo

SEGA/ATLUS Umum Barisan Game Di Tokyo Game Show 2026; Persona 4 Revival, STRANGER THAN HEAVEN & Banyak Lagi

September 4, 2026
Next Post
Anak tempatan Lemon Sky Studios rupanya bekerja dibawah projek Final Fantasy VII Remake dan RE: Resistance!

Anak tempatan Lemon Sky Studios rupanya bekerja dibawah projek Final Fantasy VII Remake dan RE: Resistance!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Bleach: Zaraki Kenpachi Akhirnya Pakai Bankai; Hitsugaya Tōshirō Lepaskan Bankai Sebenar
Anime

Bleach: Zaraki Kenpachi Akhirnya Pakai Bankai; Hitsugaya Tōshirō Lepaskan Bankai Sebenar

August 20, 2026
Bos WIT Studio Dedah Sebab MAPPA Ambil Alih Attack on Titan Untuk Musim Terakhir
Anime

Bos WIT Studio Dedah Sebab MAPPA Ambil Alih Attack on Titan Untuk Musim Terakhir

August 19, 2026
Kingdom Hearts 4 – Gameplay Baru Dunia ‘Coco’, Pelancaran Lewat 2027 Serta Anime Original Disney+
Berita

Kingdom Hearts 4 – Gameplay Baru Dunia ‘Coco’, Pelancaran Lewat 2027 Serta Anime Original Disney+

August 15, 2026
Menurut Data, Ratusan Anak Indonesia Diberi Nama Naruto, Luffy, Nobita & Banyak Lagi
Anime

Menurut Data, Ratusan Anak Indonesia Diberi Nama Naruto, Luffy, Nobita & Banyak Lagi

August 12, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd