Resident Evil showcase 2021 memang boleh tahan pengumumannya. Dengan pelbagai pendedahan dalam siri yang lama dalam penerbit permainan terkenal Capcom ini, terutama dengan kedatangan terbaru Resident Evil Village dan pengalaman multiplayer terbaru tidak terlupa siap ada crossover dalam game lain menanti semua peminat Resident Evil!
Jadi tanpa melengahkan masa, jom kita lihat sendiri apa ada dalam pendedahan di Resident Evil showcase 2021!
Tarikh pelancaran dan Demo Resident Evil Village telah didedahkan!
Antara yang paling utama dinantikan di showcase ini sudah semestinya pengumuman Capcom tentang tarikh pelancaran. Resident Evil Village akan hadir ke PS5, Xbox Series X, PC, PS4, dan Xbox One pada 7 Mei 2021. Bukan setakat itu sahaja, akan ada demo akhir musim bunga ini untuk semua platform, tetapi pemilik PS5 boleh mendapatkan akses eksklusif hari ini ke demo “Maiden” yang baru!
Gameplay Resident Evil Village Terbaru
Penampilan baru yang dikongsikan Capcom untuk Resident Evil Village sememangnya memuaskan hati peminat. Pertempuran orang pertama kembali sebagai pemain sekali lagi mengambil peranan Ethan Winters, tetapi Capcom telah memperkenalkan elemen jarak dekat baru seperti cara mengelak dalam permainan.
Semasa bertarung melawan preman vampir di dungeon, Ethan dapat dilihat menyekat serangan mereka sebelum menendang dada mereka. Ethan nampaknya telah belajar beberapa langkah sejak peristiwa Resident Evil 7. Serangan Melee juga, musuh nampaknya menyerang dalam gerombolan yang semestinya bererti Ethan perlu penuh dengan kekuatan tambahan untuk mengambil jumlah yang lebih besar. Jadi mungkin itu petunjuk bahawa entri ini akan sedikit lebih susah. Terutama kerana musuh sekarang lebih besar dan lebih bervariasi.
Pengalaman Multiplayer dengan Resident Evil Re:Verse
Bukan setakat RE Village sahaja yang didedahkan, sebaliknya dalam permainan ini nanti akan ada Resident Evil RE:Verse, diumumkan oleh produser Tsuyoshi Kanda, sebuah permainan multiplayer yang percuma tersedia dalam pembelian RE Village. (kiranya macam RE: RESISTANCE lah).
RE: Verse adalahmultiplayer yang kompetitif di mana sehingga empat pemain akan bermain sebagai salah satu daripada beberapa watak Resident Evil yang ikonik. Walaupun senarai penuh belum didedahkan, treler menunjukkan protagonis seperti Chris Redfield, Jill Valentine, Leon Kennedy, dan Claire Valentine; serta musuh seperti Nemesis dan juga Jack Baker dari Resident Evil 7.
RE: Verse akan mempunyai ujian beta untuk RE Ambassadors tidak lama lagi, jadi nantikannya!
Resident Evil x The Division 2
Nampaknya, crossover Resident Evil memang tidak dapat dielak. Ramai peminat yang tahu pelbagai permainan yang mendapat crossover dengan Resident Evil, antaranya seperti PUBG Mobile, LifeAfter dan banyak lagi. Yang terbaru, Ubisoft turut memberi kejutan crossover terbaru dengan Resident Evil! Pembangun The Division 2 secara besar-besaran mengesahkan acara crossover yang akan membawa item hasil bertema RE ke game FPS Ubisoft yang popular ini untuk masa yang terhad. Pemain hanya perlu masuk ke acara pada bulan Februari, dari 2 – 15 Februari untuk mendapatkan Pakaian RPD Leon Kennedy.
Teaser Netflix Movie Resident Evil
Capcom memang banyak perkongsian dengan Resident Evil. Masih ingat dengan filem animasi di Netflix yang diumumkan sebelum ini? Sedikit teased diberi oleh Capcom untuk Resident Evil: Infinate Darkness. Tidak banyak pun yang dikongsikan, tetapi ada sedikit sedutan dari teaser animasi CGI tersebut. Rasa tidak sabar nak tontonnya nanti!
Jangan lupa RE: Village kini dibuka untuk Pre-order juga!
Bonus Pre-order
Bonus pre-order akan terdapat Kandungan:
– Mr Raccoon Weapon Charm
– Pek Sumber Survival
Selain itu edisi-edisi terpilih juga tersedia untuk anda membeli!
Collector’s Edition
Kandungan:
- Resident Evil Village
- Trauma Pack DLC
- Chris Redfield Figure
- 64-Page Hardcover Art Book
- Reversible Microfiber Cloth Map
- Steelbook®
Deluxe Edition
Kandungan
- Resident Evil Village
- Trauma Pack DLC
Complete Bundle
Pek ini mengandungi:
- Resident Evil Village
- Trauma Pack DLC
- Resident Evil 7 biohazard Gold Edition
Selain itu, terdapat Eksklusif dengan pra-pesanan digital di PlayStation 4 dan PlayStation 5 iaitu Soundtrack Mini Resident Evil Village. Bonus terhad hanya tersedia untuk mereka yang membuat pra-pesanan Resident Evil Village dari PS Store. (Pra-pesanan tersedia sehingga 7 Mei 2021 pada 11:59 PM.)
@gamersantaimy
Discussion about this post