Setelah berhempas pulas bermula 7 – 13 Jun untuk MSC 2021 (Mobile Legends Bang Bang SEA Cup), menyaksikan 12 pasukan hebat Asia Tenggara, akhirnya juara tahun ini dimenangi pasukan dari Filipina iaitu Execration!
Mobile Legends: Piala Asia Tenggara membuat #comeback besar pada tahun 2021 yang akan menampilkan aktiviti dalam permainan, acara mini, dan bintang #MLBB. Dua belas pasukan dari negara-negara Asia Tenggara akan bertanding untuk hadiah kumpulan USD 150,000.
Peminat boleh melihat pemain legend Mobile Legends: Bang Bang yang sudah tua atau yang sudah bersara membuat comeback secara eksklusif untuk MSC sebagai tetamu istimewa. Juga dengan skin masa terhad yang akan tersedia dari 29 Mei hingga 13 Jun melalui aktiviti dalam permainan MSC dan “Double Event.”
Execration telah membawa pulang $70,000 (anggaran RM280ribu) malam ini. Dengan perlawanan akhir menentang pasukan Blacklist International yang juga mewakili Filipina dalam mata 1-4! jauh betul pengejaran tu tadi! Memang gempak jika anda melihat apa yang terjadi pada saat akhir hari terakhir MSC 2021.
Execration adalah pasukan Filipina kedua yang memenangi gelaran MSC selepas Aether Main kini adalah Bren Esports pada tahun 2018. Blacklist hanya berjaya mengambil Game pertama dengan skor rendah ketika mereka memanfaatkan jurang pendahuluan menentang Execration. Execration hanya mendapat 3 kill pada awal permainan berbanding dengan Blacklist.
Berikut adalah pasukan yang telah pun berentap selama beberapa hari ini;
Malaysia: RSG MY, Todak; Filipina: Blacklist International, Execration; Indonesia: EVOS Legends, Bigetron Alpha; Singapura: EVOS SG, RSG SG; Laos: Nightmare Esports; Kemboja: KH Impunity; Vietnam: Cyber Exe dan Thailand: IDONOTSLEEP.
Sayangnya tahun ini bukan milik Malaysia. Walau bagaimanapun, RSG MY dan Todak telah membuat yang terbaik dalam beberapa pertempuran mereka. Seperti RSG MY yang juga merupakan pemenang MPL Musim 7, hanya berjaya hampir ke peringkat akhir selepas tewas 2-0 di tangan Blacklist International.
Tahniah sekali lagi kami ucapkan kepada semua pemenang untuk musim tahun ini! Pasukan Malaysia, jangan cepat mengalah, lain kali kita cuba lagi buat yang terbaik ok! Ikuti laman web rasmi MSC untuk ketahui lebih lanjut mengenai perlawanan tahun ini!
@gamersantaimy
Discussion about this post