Nampaknya, spin-off Yakuza mungkin sedang dalam pengembangan jika kebocoran terbaru dari pembocor yang agak dikenali di luar sana adalah sah. Kebocoran itu menyatakan bahawa permainan ini sepertinya berdasarkan cerita dari Yakuza Online dan menampilkan Ryuji Goda yang boleh dimainkan serta lokasi dari Yakuza 5 dan 6.
Menurut khabar angin terbaru, SEGA dan Ryu Ga Gotoku Studio sudah mula bekerja pada permainan Yakuza seterusnya, walaupun, Yakuza: Like A Dragon, dilancarkan beberapa bulan yang lalu. Khabar angin itu muncul di pembocor tersebut, dan ia merangkumi beberapa perincian mengenai permainan serta dua tangkapan skrin yang telah diduga.
Pembocor tanpa nama menyatakan bahawa permainan akan menjadi judul spin-off, berdasarkan kisah dari Yakuza Online, yang tidak pernah dilancarkan di lokasi lain, hanya di Jepun. Selain itu, catatan tersebut merangkumi maklumat mengenai watak yang boleh dimainkan dan salah satunya ialah Ryuji Goda. Akhir sekali, permainan ini akan menampilkan lokasi dari Yakuza 5 dan Yakuza 6.
“Nampaknya berdasarkan cerita dari Yakuza Online (permainan gacha khas Jepun). Menampilkan Ryuji Goda yang boleh dimainkan dan lokasi dari Yakuza 5 dan 6.”
Sekarang, di sinilah perkara menarik untuk dikongsikan. Pembocor ini juga berkongsi dua tangkapan skrin yang nampaknya merupakan tangkapan langsung dari permainan. Nampaknya spin-off ini kemungkinan sahih dan benar~ Kemungkinanlah~
Tuntutan mengenai kepastian adanya spin-off Yakuza baru tidak dapat disahkan dan pembocor tersebut telah menjadi sumber khabar angin yang mengelirukan pada masa lalu.
Oleh itu, kami masih mencadangkan andajangan terlalu serius kerana ia berasal dari 4chan. Kebocoran yang terdapat di papan pesanan kontroversial biasanya palsu dan ini mungkin salah satu dari banyak perkara. Sehingga kita mendapat lebih banyak maklumat dari sumber yang boleh dipercayai, mohon jangan terlalu teruja.
Permainan Yakuza terbaru, Yakuza: Like a Dragon, dilancarkan pada 10 November 2020 di Xbox One, Xbox Series S | X, PlayStation 4, dan PC. Rilis Yakuza yang akan datang yang lain termasuk Xbox One dan PC versi Yakuza Remastered Collection dan Yakuza 6: The Song of Life. Mereka akan tersedia masing-masing pada 28 Januari 2021 dan 25 Mac 2021.
Sumber: Siliconera
@gamersantaimy
Discussion about this post