Walaupun bermasalah, Cyberpunk 2077 mempunyai “launching digital” paling besar di sejarah permainan video!

Tidak dapat dinafikan bahawa Cyberpunk 2077 dikeluarkan dalam bentuk yang tidak sempurna. Dengan banyak masalah teknikal di konsol dan PC, ramai yang kecewa dengan CD Projekt Red sehingga menyebabkan permainan terpaksa dikeluarkan dari PlayStation Store. Namun, Cyberpunk 2077 masih menerima banyak pujian dan penghargaan tinggi.

Statistik terkini menunjukkan bahawa nama Cyberpunk 2077 akan terukir dalam sejarah sebagai permainan dengan “launching digital” terbesar sepanjang masa. Permainan ini telah memecahkan rekod, dan berjaya menjual sekitar 10.2 juta unit digital! Menurut data, jumlah tersebut termasuk salinan permainan yang dibayar semula. Secara keseluruhan, hampir 80% penjualan digital untuk Cyberpunk 2077 adalah dari versi PC.

Ternyata, kegembiraan ini Cyberpunk 2077 sementara kerana walaupun memecahkan rekod, kemas kini 1.1 masih gagal memperbaiki beberapa masalah yang mengganggu pemain. Nampak gayanya, CD Projekt Red perlu meluangkan lebih banyak masa dan sumber untuk menjadikan permainan lebih stabil. Kalau tidak, reputasi mereka pasti akan terjejas lagi.

Banyak lagi kemas kini akan dikeluarkan dalam masa terdekat untuk mengurungkan masalah terbesar permainan, supaya ia boleh memenuhi harapan pembeli yang masih bermain. Oleh itu, walaupun CD Projekt Red berjaya memecahkan satu rekod besar, saya berharap Cyberpunk 2077 dapat menepati janji dan tunjukkan kehebatannya kepada dunia. Bagi mereka yang berminat, Cyberpunk 2077 kini tersedia di PC, PS4, dan Xbox One. Versi PS5 dan Xbox Series X|S sedang dalam pembikinan. Untuk segala liputan kami tentang permainan, sila tekan pautan ini.

Sumber – SuperData

Cyberpunk 2077
Publisher: CD Projekt
Developer: CD Projekt Red
Release Date: 2020-12-10
Microsoft Windows, PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox One, Xbox Series X|S
Cyberpunk 2077 adalah permainan video permainan peranan 2020 yang dikembangkan dan diterbitkan oleh CD Projekt. Cerita ini berlaku di Night City, dunia terbuka yang terletak di alam semesta Cyberpunk.  
Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Next Post

Discussion about this post

Discord Kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter Kami

Welcome Back!

Login to your account below

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.