Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Tales of Luminaria akan dilancarkan pada November ini!

Maira by Maira
October 29, 2021
in Android, Artikel, Berita, Genre, iOS, Mobile, RPG
0 0
0
Tales of Luminaria akan dilancarkan pada November ini!
Share on FacebookShare on Twitter

Bandai Namco dan pembangun Colopl mengumumkan bahawa permainan mobile terbaru dari siri Tales iaitu, Tales of Luminaria akan dilancarkan ke iOS dan Android pada 4 November ini. Pengumuman itu telah dibuat melalui akaun rasmi Twitter permainan. Versi Jepun akan dilancarkan lebih awal daripada global. Anda yang ingin bermain siri terbaru ini boleh pra-daftar di gedung permainan masing-masing.

【⚔️Launch Date Notice⚔️】#TalesOfLuminaria launches 11/4 (PDT)!

Just one week left until you can explore the world of Luminaria. Get hyped!

Pre-register here:
▶️https://t.co/t74hdz9bwE pic.twitter.com/QESbDtY4FF

— Tales of Luminaria (@to_luminaria_en) October 28, 2021

Kisah

Setiap daripada 21 protagonis mempunyai tujuan dan jalan cerita yang berbeza di mana mereka mesti mengikut jalan yang mereka percayai. Walaupun menghadapi cabaran yang susah, mereka berusaha untuk menghadapinya dengan kuat!

Pilih protagonis dan bantu mereka mengharungi dunia yang bergelora ini dengan tumpuan penuh! Anda juga akan bertemu dengan pelbagai watak yang tidak pernah anda lihat sebelum ini, namun anda akan menyayangi mereka!

RelatedPosts

Fate/EXTRA Record Bakal Tiba 28 Januari 2027 – Info Edisi & Gameplay Yang Perlu Anda Tahu

Nak Serbu Pokémon Center Pop-Up Pertama Di Ombak KLCC? Ini Panduan Masuk Semasa Hari Pembukaan

Medabots S Akan Lancar Secara Global, Prapendaftaran Kini Dibuka

Dunia Tales of Luminaria

Dunia dalam Luminaria dibahagi kepada dua puak iaitu Federation dan Empire. Puak-puak ini berlawan antara satu sama lain untuk mendapatkan “Mana” dari entiti yang digelar Primordial Beasts yang mampu membekalkan kuasa kepada mereka. Federation hidup dengan aman bersama Primordial Beasts tetapi Empire pula berlainan, apabila mereka hanya mengambil kesempatan dari kuasa Beast itu untuk kegunaan mereka sendiri.

Melalui pertempuran untuk keadilan, pemikiran oleh kedua-dua musuh dan kawan akan ditunjukkan dari pelbagai sudut.

Pertempuran

Dengan visual yang cantik, peta yang mempunyai kedalaman dan suasana indah, anda boleh meneroka lokasi yang luas dan memikat dengan bebas! Urutan permainan telah direka bentuk untuk memastikan pertempuran dan acara berlangsung dengan lancar dan pada kadar yang baik. Serangan Asas / Teknik / Secret Mystery boleh diaktifkan dengan tapping dan flicking.Setiap tindakan dan sistem operasi mempunyai ciri-ciri tersendiri untuk menyatakan keperibadian watak-watak!

Anda akan dapat bermain tujuh watak setelah permainan dilancarkan dan akan ditambah dalam kemas kini yang akan datang. Beberapa watak telah ditunjukkan dalam trailer permainan menunjukkan bagaimana misi akan diselesaikan. Tales of Luminaria juga tidak mempunyai dual audio, jadi versi global akan mempunyai lakonan suara berbahasa Inggeris. Tetapi jika mempunyai banyak permintaan, mungkin ia akan ditambah pada masa akan datang. Untuk liputan lanjut mengenai permainan ini, anda boleh klik pada pautan ini.

Tags: Bandai Namcomobile gameTales of Luminaria
Previous Post

Apex Legends mendedahkan lebih lanjut mengenai kemas kini terbaru!

Next Post

Digimon Survive secara rasmi ditangguhkan ke 2022!

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

Fate/EXTRA Record Bakal Tiba 28 Januari 2027 – Info Edisi & Gameplay Yang Perlu Anda Tahu
Berita

Fate/EXTRA Record Bakal Tiba 28 Januari 2027 – Info Edisi & Gameplay Yang Perlu Anda Tahu

September 7, 2026
Nak Serbu Pokémon Center Pop-Up Pertama Di Ombak KLCC? Ini Panduan Masuk Semasa Hari Pembukaan
Jom Singgah!

Nak Serbu Pokémon Center Pop-Up Pertama Di Ombak KLCC? Ini Panduan Masuk Semasa Hari Pembukaan

September 7, 2026
Medabots S Akan Lancar Secara Global, Prapendaftaran Kini Dibuka
Mobile

Medabots S Akan Lancar Secara Global, Prapendaftaran Kini Dibuka

September 7, 2026
Next Post
Digimon Survive secara rasmi ditangguhkan ke 2022!

Digimon Survive secara rasmi ditangguhkan ke 2022!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Bleach: Zaraki Kenpachi Akhirnya Pakai Bankai; Hitsugaya Tōshirō Lepaskan Bankai Sebenar
Anime

Bleach: Zaraki Kenpachi Akhirnya Pakai Bankai; Hitsugaya Tōshirō Lepaskan Bankai Sebenar

August 20, 2026
Bos WIT Studio Dedah Sebab MAPPA Ambil Alih Attack on Titan Untuk Musim Terakhir
Anime

Bos WIT Studio Dedah Sebab MAPPA Ambil Alih Attack on Titan Untuk Musim Terakhir

August 19, 2026
Kingdom Hearts 4 – Gameplay Baru Dunia ‘Coco’, Pelancaran Lewat 2027 Serta Anime Original Disney+
Berita

Kingdom Hearts 4 – Gameplay Baru Dunia ‘Coco’, Pelancaran Lewat 2027 Serta Anime Original Disney+

August 15, 2026
Menurut Data, Ratusan Anak Indonesia Diberi Nama Naruto, Luffy, Nobita & Banyak Lagi
Anime

Menurut Data, Ratusan Anak Indonesia Diberi Nama Naruto, Luffy, Nobita & Banyak Lagi

August 12, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd