Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

“Tak mampu jalan, kini pakai kerusi roda” – Pencipta Prince of Tennis luah isu kesihatan

Razin Syafiq by Razin Syafiq
February 27, 2023
in Anime, Artikel, Berita, Manga
0 0
0
“Tak mampu jalan, kini pakai kerusi roda” – Pencipta Prince of Tennis luah isu kesihatan
Share on FacebookShare on Twitter

Dalam dunia manga, tidak boleh dinafikan bahawa Takeshi Konomi adalah antara artis paling hebat dalam industri selepas karyanya, The Prince of Tennis berjaya berubah menjadi ikon global. Cuma baru-baru ini, kami menerima maklumat membimbangkan tentang kesihatannya di mana Konomi menjelaskan dia kini perlu memakai kerusi roda kerana tidak mampu berjalan lagi.

現在歩行困難で車椅子生活を余儀なくされテニミュを観劇出来ない私にテニミュチームからの激励動画が…涙#ミュージカルテニスの王子様4th#テニミュ4th #青学vs氷帝 pic.twitter.com/oXy9TmWDGw

— 許斐剛 (@konomi_takeshi) February 26, 2023

Semalam, ramai peminat terkejut apabila melihat mesej Konomi di halaman Twitter peribadi. Di sini, dia mengakui sedang mengalami “isu sukar berjalan” dan “terpaksa menggunakan kerusi roda”. Oleh kerana masalah ini, dia tidak dapat menghadiri muzikal terbaru The Prince of Tennis. Bersama mesej ini adalah video daripada kakitangan dan pelakon muzikal yang meminta Konomi untuk cepat sembuh.

Takeshi Konomi

Malangnya, Konomi tidak kongsi maklumat lanjut tentang keadaannya tubuhnya atau betapa teruk isu kesihatan yang dialaminya. Walau bagaimanapun, jika dia terpaksa bergantung pada kerusi roda, nampaknya keadaan Konomi lebih teruk daripada yang kita sangka.

Ini bukan kali pertama dia tidak dapat menghadiri acara penting. Pada bulan Disember tahun lepas, Konomi tidak dapat menghadiri acara Jump Festa 23 kerana isu kesihatan yang tidak dapat dinyatakan. Dia menjelaskan pada masa itu bahawa dia mengalami beberapa isu kesihatan sepanjang tahun 2022 kerana penyakit yang tidak dapat ditentukan.

Dan sehingga hari ini, ia masih menjadi misteri…

Namun, itu tidak menghalang beliau untuk menghasilkan bab baharu bagi The Prince of Tennis. Siri asal sebenarnya tamat pada Mac 2008, tetapi selepas setahun, Konomi membuat keputusan untuk menyambung siri ini. Daripada 2009 hingga sekarang, sekuel The Prince of Tennis masih aktif diterbitkan.

Moga-moga Konomi-sensei cepat sembuh! Untuk mengikuti segala perkembangan semasa beliau, ini adalah link kepada akaun Twitter rasminya.


Untuk membaca segala liputan kami tentang francais The Prince of Tennis, sila tekan pautan ini.

Source: Takeshi Konomi’s Twitter account via Hachima Kikō

Tags: animePrince of TennisTakeshi Konomi
Previous Post

Jujutsu Kaisen: Pertarungan Antara Yuji dan Sukuna Bermula!

Next Post

[Review] OddBallers – Inspirasi daripada Dodgeball ke dunia game yang menarik!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Mahukan Telefon Gaming Yang Boleh Buat Lebih Daripada Sekadar Bermain Game? Kenali POCO F9 Ultra!
Smartphone

Mahukan Telefon Gaming Yang Boleh Buat Lebih Daripada Sekadar Bermain Game? Kenali POCO F9 Ultra!

September 5, 2026
Previu Age Twisters – Apabila “Usia” Menjadi Kunci Kerjasama Antara Dua Pemain
Preview

Previu Age Twisters – Apabila “Usia” Menjadi Kunci Kerjasama Antara Dua Pemain

September 4, 2026
SEGA/ATLUS Umum Barisan Game Di Tokyo Game Show 2026; Persona 4 Revival, STRANGER THAN HEAVEN & Banyak Lagi
Pameran/Expo

SEGA/ATLUS Umum Barisan Game Di Tokyo Game Show 2026; Persona 4 Revival, STRANGER THAN HEAVEN & Banyak Lagi

September 4, 2026
Next Post
[Review] OddBallers – Inspirasi daripada Dodgeball ke dunia game yang menarik!

[Review] OddBallers - Inspirasi daripada Dodgeball ke dunia game yang menarik!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Bleach: Zaraki Kenpachi Akhirnya Pakai Bankai; Hitsugaya Tōshirō Lepaskan Bankai Sebenar
Anime

Bleach: Zaraki Kenpachi Akhirnya Pakai Bankai; Hitsugaya Tōshirō Lepaskan Bankai Sebenar

August 20, 2026
Bos WIT Studio Dedah Sebab MAPPA Ambil Alih Attack on Titan Untuk Musim Terakhir
Anime

Bos WIT Studio Dedah Sebab MAPPA Ambil Alih Attack on Titan Untuk Musim Terakhir

August 19, 2026
Kingdom Hearts 4 – Gameplay Baru Dunia ‘Coco’, Pelancaran Lewat 2027 Serta Anime Original Disney+
Berita

Kingdom Hearts 4 – Gameplay Baru Dunia ‘Coco’, Pelancaran Lewat 2027 Serta Anime Original Disney+

August 15, 2026
Menurut Data, Ratusan Anak Indonesia Diberi Nama Naruto, Luffy, Nobita & Banyak Lagi
Anime

Menurut Data, Ratusan Anak Indonesia Diberi Nama Naruto, Luffy, Nobita & Banyak Lagi

August 12, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd