Baru-baru ini, dua syarikat gaming besar dari Korea Selatan, NX3 dan Smilegate, telah berbincang dengan Malaysia mengenai pelaburan digital di negara ini. Sung Joon Ho selaku Ketua Pegawai Eksekutif Smilegate, dan Henry Choi selaku Ketua Pegawai Eksekutif NX3 Games telah pun bertemu beberapa hari lepas, menurut Menteri Komunikasi dan Digital (KKD), Fahmi Fadzil.
Fahmi Fadzil berkata dalam media sosial;
“Alhamdulillah satu lagi potensi pelaburan ekonomi digital diterima. Kali ini daripada syarikat permainan video Korea Selatan.”
Menurut Fahmi, apabila kedua-dua pihak bertemu dengan NX3 (yang terkenal dengan game Rohan M dan Avatara), mereka bercakap bagaimana Malaysia mungkin adalah tempat terbaik untuk NX3 mengembangkan perniagaan mereka.
Di sini, 2024, syarikat permainan video Korea Selatan NX3 Games berhasrat untuk menjadikan Kuala Lumpur sebagai lokasi ibu pejabat serantau seterusnya. Ibu pejabat serantau ini akan menumpukan pada penerbitan game, R&D dan penciptaan kandungan dan dijangka akan menjana ratusan peluang pekerjaan untuk netizen.
Terrence Kim, Ketua Pegawai Kandungan untuk NX3 Games, mendakwa bahawa NX3 setakat ini hanya mempunyai cawangan di Amerika Syarikat, dan Malaysia akan menjadi pilihan kedua syarikat itu untuk pelaburan. Beliau berkata;
“Menteri, MDEC dan Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) sedang membantu kami untuk memuktamadkannya secepat mungkin.”
“Kami teruja dengan peluang untuk berkembang di Kuala Lumpur. Kami masih lagi di peringkat perbincangan tetapi petunjuknya sudah ada.”
Selain itu, Fahmi Fadzil juga mengadakan perbincangan dengan sebuah lagi syarikat gaming besar dari Korea Selatan iaitu Smilegate, dan kedua-dua pihak berharap dapat mengembangkan kerjasama mereka di Malaysia. Bak kata Fahmi Fadzil, Smilegate yang terkenal dengan game Crossfire dan Lost Ark turut dijemput untuk memilih Malaysia sebagai lokasi pelaburan bagi mengembangkan syarikat mereka.
Beliau berkata bahawa Smilegate dan MDEC mempunyai hubungan kerja yang rapat dan baru-baru ini bertemu di Game Developers Conference 2023.
“Insya-Allah usaha sama ini akan diteruskan, sekali gus melonjakkan lagi sektor ekonomi digital di Malaysia.”
Sumber – Berita Harian
@gamersantaimy
Discussion about this post